Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke 4 Selamat Kembali Otai Masih Berbisa | Dunia Penuh Gosip

Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke 4 Selamat Kembali Otai Masih Berbisa

Masuk musim ke 4 Gegar Vaganza tahun ini dan menyaksikan ramai lagi senarai otai bakal beraksi. Pasti tahun ini akan memeriahkan lagi program tersebut dengan ramai artis lama yang menjadi kegilaan ramai.


Senarai majlis terlah berlangusng untuk memperkenalkan peserta GV 2017. Nama-nama tersebut adalah Aqasha, Elyana, Ferhad, Firman, Noorhaida, Hazami, Lan Kristal, Aishah, Liza Hanim, Tia Jinbara, Syura dan Raja Azura. Nama-nama yang hebat kali ini dan pasti kita tak sabar nak nantikan persembahan pertama mereka setelah lama tidak beraksi dipentas.

Ada peserta yang telah terjun dalam dunia politik tapi setelah kalah bertanding pilihanraya masuk balik menjadi peserta tak laku dah ker. Apa pun kita tengok mampukan mereka yang otai ini mengembalikan kegemilangan pada zaman mereka dulu.

Masih mengekalkan penaja yang sama iaitu Vida Beauty atau senang nak tahu Dato Sri Vida adakah kali ini akan ada persembahan Dato sendiri di atas pentas. Adakah akan berlaku aksi rampas mikrofon dan berebut pentas. Juga pengacara masih di kekalkan iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Pasti ia meriah dan menggamatkan melihat gelagat dua pengacara ini.

Bakal mula siaran langsung pada 29 Oktober 2017 di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD. Masih mengekalkan juga konsep juri profesional tapi tak tahu lagi adakah juri masih kekal yang sama atau ada kejutan tahun ini sama-sama kita nantikan. 









 

0 comments: