Minggu Suku Akhir Gegar Vaganza Aqasha Tersingkir Aishah Paling Menyerlah | Dunia Penuh Gosip

Minggu Suku Akhir Gegar Vaganza Aqasha Tersingkir Aishah Paling Menyerlah

Minggu ini adalah minggu ke 6 dan merupakan minggu suka akhir untuk program yang paling ramai peminat di Malaysia iaitu Gegar Vaganza. Minggu ini menyaksikan 8 peserta yang tinggal menyanyikan lagu dengan teman "Jangan Kata Tak Tahu" iaitu lagu-lagu popular zaman sekarang dan 90an. 


Aqasha adalah satu-satunya peserta yang menyampaikan lagu bahasa Inggeris pada minggu ini dan menjadi mangsa penyingkiran. Menurut kata juri yang memberi komen Dato Ramli. M.S. persembahan Aqasha tiada apa yang boleh dikomen kerana terlalu teruk. 

Juri pada minggu ini menampilkan 4 orang juri termasuk 2 juri jemputan iaitu Dato AC Mizal dan Datuk Mokhzani. Manakala persembahan terbaik pada minggu ini adalah milik Aishah yang menyampaikan lagu popular sekarang iaitu Tergangtung Sepi nyanyian Haqiem Rusli. Persembahan bersahaja dan bertenaga mendapat sorakan dan jeritan penonton pada malam tersebut.


Malam itu juga menyaksikan Lan Solo berada dua terbawah juga kerana masalah kesihatan yang beliau alami. Lan kelihatan lemah dan bertongkat ketika menaiki pentas dan turun pentas akibat sakit buasir yang beliau alami minggu lepas.

Apa pun minggu depan adalah minggu separuh akhir dan menyaksikan semua peserta akan menyampaikan 2 buah lagu daripada tema OST. Siapa pula bakal tersingkir dan siapa bakal menyerlah. Nantikan secara langsung di ASTRO Ria dan RIA HD.







0 comments: