TV AlHijrah Penyiar Majlis Tilawah dan Menghafaz Al–Quran Peringkat Kebangsaan | Dunia Penuh Gosip

TV AlHijrah Penyiar Majlis Tilawah dan Menghafaz Al–Quran Peringkat Kebangsaan

TV AlHijrah mengambil posisi penting dalam meraikan setiap majlis dan keraian agama Islam. Ini selari dengan misi TV AlHijrah selaku stesen yang memartabatkan kandungan penyiaran Islam untuk mendidik minda dan jiwa penonton setianya, seterusnya memartabatkan Al-Quran dan ruang rasa TV AlHijrah sebagai sebuah stesen TV Islam Terbaik Asia.


Terbaru, buat pertama kalinya TV AlHijrah bakal menyiarkan Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H / 2018 yang akan berlangsung sepanjang 1 hingga 6 April 2018 bersamaan 14 hingga 18 Rejab 1439H bertempat di Auditorium, Kompleks Islam Putrajaya, Putrajaya (KIP) dengan kerjasama RTM.


Tambah menarik, Program Assalamualaikum akan bersiaran secara langsung dari Kompleks Islam Putrajaya memberi liputan sempena Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada dua sesi bermula 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan sesi kedua pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.


Sepanjang bersiaran secara langsung, penonton akan ditemani oleh pengacara iaitu Ustaz Nabil Ahmad dan Mohamamed Zawazi yusof yang akan mengulas latar belakang peserta yang bertanding serta menemubual barisan juri dalam memberi informasi kepada penonton teknik hafalan yang terbaik serta cara pemarkahan yang dinilai oleh juri.


Disamping itu juga, TV AlHijrah akan berlintas langsung memberi liputan terkini Majlis Tilawah Al-Quran terus menerus dibawakan daripada Auditorium Kompleks Islam Putrajaya dan akan dikemudikan oleh pengacara yang tidak asing lagi di TV AlHijrah iaitu Saudara Syed Amir, Fadzli Aziz dan Hajah Dr Insyirah secara santai dan berinfomasi bermula jam 8.30 malam sehingga 11.00 malam sepanjang berlangsungnya Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan.


TV AlHijrah akan memberikan informasi terkini berkaitan pencapaian para Qari dan Qariah dari seluruh Malaysia yang menyertai pertandingan tersebut, serta kupasan berkaitan ayat-ayat Al-Quran yang akan diperdengarkan kepada para hadirin serta mewawancara bersama tokoh agamawan bagi memberi galakan dan dorongan kepada penonton TV AlHijrah untuk mencintai dan istiqamah dalam membaca Al-Quran.


Marilah bersama-sama menjayakan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan secara langsung di TV AlHijrah di saluran 114 dan secara atas talian menerusi platform www.alhijrahmedia.com/  dan Facebook Live yang akan berlangsung pada 1 hingga 6 April 2018, di Auditorium, Kompleks Islam Putrajaya.






 

0 comments: