Ariff Bahran Gagal Melangkah Ke Final Big Stage | Dunia Penuh Gosip

Ariff Bahran Gagal Melangkah Ke Final Big Stage


Tahniah kepada lima peserta yang telah diumumkan tadi layak untuk ke peringkat akhir program Big Stage. Syafiq Farhain, Wani Kayrie, Afieq Syazwan, Sarah Suhairi dan Baby Shima berjaya melangkah ke pentas akhir minggu depan. Menyaksikan akhirnya Ariff Bahran terpaksa melupakan hasrat untuk bersaing di peringkat akhir setelah diumumkan tersingkir minggu separuh akhir ini.


Pada minggu depan semua peserta akan menyampaikan 2 buah lagu dimana pertama adalah lagu pilihan dan kedua adalah lagu baharu yang dicipta khas untuk mereka. Diantara lagu baharu yang akan disampaikan adalah bertajuk Nyawa & Raga nyanyian Sarah Suhairi, lagu Darjat nyanyian Afieq Syazwan, lagu Aku Jatuh Cinta nyanyian Syafiq Farhain, Saat Terindah nyanyian Wani Kayrie dan lagu tajuk Sirna nyanyian Baby Shima.

Pada minggu keenam ini juga terdapat anugerah khas iaitu pilihan Gempak BBNU of the week yang telah dirangkul oleh Syafiq Farhain untuk kali yang kedua. Manakala Baby Shima pula memenangi Vivo Nex Superstar pada minggu ini dengan mambawa pulang sebuah handphone Vivo terbaru. 

Apa pun good luck untuk semua lima peserta akhir yang bakal berentap dan salah seorang bakal menjadi juara pertama Big Stage yang membawa pulang wang tunai RM100,000. Diminggu itu juga menyaksikan sistem pemarkahan berubah dimana 70% datang dari juri profesional manakala 30% adalah dari undian dalam aplikasi TikTok penonton. Jadi nak artis kesayangan anda menang cepat undi sekarang.






0 comments: