Kesudahan Operasi X Filem Terbaik 2018

Hari tu ada post trailer untuk filem terbaik 2018 ini Operasi X. Kalau anda masih was-was untuk tonton filem ini boleh pergi kat post Operasi X Filem Terbaru 2018. Masa lepas tengok trailer tu terus rasa nak pergi tonton filem ni sebab nak tahu sebenar jalan cerita filem ini dan juga kesudahan filem ini.


Seperti anda tahu filem ini menggandingkan 2 hero Malaya iaitu Awie dan Aaron Aziz. Ini memberi impak kepada filem ini selain daripada jalan cerita yang juga tidak seperti filem biasa. Hari tu pergi tengok sendiri filem ini kat pawagam GSC Mid Valley kerana lepas waktu kerja free malas nak balik jalan jem jadi plan terus pergi tengok movie ni. Sekarang mudah beli tiker online guna aplikasi kat phone jer senang boleh pilih tempat duduk sebelum orang lain pilih hehehe.


Masa mula masuk panggung tu memang tak ramai orang sebab waktu hari kerja dan juga lepas waktu kerja ramai orang sibuk nak balik rumah. Bila mula-mula filem ini sendiri kita akan tak tahu apa sebenar watak yang mereka bawakan dan juga peranan dalam filem ini kena tonton sampai habis baru tahu.


Pertama tonton movie ini menyaksikan kemunculan Awie sendiri kita dah nak gelak dengan lawak dalam serius yang dilakukan. Kita tahu Awie dah biasa dengan watak lawak tapi dalam filem ini walaupun pegang watak antagonist tetapi tetap ada komedinya sendiri. Sepanjang keluar jer watak Awie ni mesti tak kering gusi dibuatnya hehehe habis satu panggung gelak ok. Awie dalam filem ini memegang watak Belut iaitu ketua kumpulan Geng Belut.


Aaron Aziz pula watak seorang yang macam tu lah macho dan juga kadang-kadang serius. Tapi ada bab menyedihkan dimana masa kematian sahabat baik depan mata dalam operasi khas mereka. Masa tu rasa emosi juga lah sampai nak menitis air mata jantan ni walaupun kita tengok seorang hero yang berani dalam tugasanya. Sejak itu segalanya berubah dan menjadikan jalan cerita ini terus menjadi tanda tanya apa kesudahannya.


Kalau korang nak tahu tentang kesudahan filem ini kena pergi tonton tak boleh lah nak cerita kat sini nanti spoil mood korang jer hehehe. Tapi sebagai kesimpulan keseluruhan filem ini lain daripada lain walaupun kita tengok ia ada isu kepolisan dan juga isu penjahat tapi masih banyak yang menarik dan memberi prespektif lain kita terhadap filem Melayu. Tapi kepercayaan dan juga kejujuran kena ada dalam segala perkejaan yang kita lakukan.


Sedikit info tentang filem ini :

Pengarah : Sandosh Kesavan
Terbitan :  Dream Pictures Production
Durasi : 1 jam 47 minit
Klasifikasi : P13
Pelakon : Dato' Aaron Aziz sebagai ASP Redzuan
                Dato' Awie sebagai Belut
                Datuk Yusof Haslam sebagai Dato Mokthar
                Hanna Aqeela sebagai Ayu
                Hairul Azreen sebagai Pablo
                Hefny Sahad sebagai Ali Mat
                Hairi Safwan sebagai Inspektor Aman


Filem wajib tonton dan kalau secara keseluruhan boleh bagi 4 BINTANG lah untuk lakonan dan juga plot filem menarik.








17 ulasan:

  1. Dah lama tak tengok wayang sejak beranak pinak ni. Last hari tu pun dpt tgk Paskal sbb husband ambik cuti anniversary, hantar anak-anak gi pengasuh. ;D ni mcm menarik gak cerita ni. kena curik masa lagi ni huhu.

    BalasPadam
  2. Wah menariknya eatak awie Dan Aaron mesti best kan

    BalasPadam
  3. Lawak awie yang serius tu buat cerita ni jadi best kan hehe

    BalasPadam
  4. yesza!!scene awie memang best!!

    BalasPadam
  5. Fuhhh lagi memanggil-manggil utk tonton filem Operasi X ni. Lama nak tengok Aaron Aziz. Haha. Suka dia berlakon. Nampak mcm filem also taraf antarabangsa.

    BalasPadam
  6. kita tak boleh betul tengok rambut awie tu kelakar hahaha.banyak dah baca review blogger lagi, excited nak pergi tengok

    BalasPadam
  7. Wah Wau dah gi tengok ke? Aku belum lagi. Nampak cam best je bebudak ni share.

    Pelakon pun gempak je sesemua. Nantilah aku nak pergi tengok.

    Aaron, Awie, Hairul. Perghh

    BalasPadam
  8. oh wow it seems like a good movie. I wish to watch it in the cinema. The actors look good hahaha. Anyhow I like the storyline of this action movie.

    BalasPadam
  9. Cerita baru ke ni maha? Wahh ade awie & aaron aziz la.. Dia mcm cite polis2 ke.. Boleh tonton nnti.. Wawa pon dh lama xtgok wayang...

    BalasPadam
  10. Tak berkesempatan pergi tengok filem ni, hari tu pi GSC Alamanda nak tgk.. mula-mula dan check ada tayangan dekat situ, bila sampai GSC tgh buat renowate pulak... dia dah cancelkan tayang dekat situ. Maha dah bg 4 bintang mmg kena tgk ni he he he

    BalasPadam
  11. Wowow 4 bintang ..mmg kalau awie ada cerita serius pun boleh jadi kelakar.apatah lagi digadingkan bersama aaron lagi berseri perjalanan cerita

    BalasPadam
  12. Emi pun pergi tengok hari bekerja gak, lepas habia kerja terus ke mid valley semata nak tgk movie ni. Tapi penuh hall okay untuk movie ni. nasib baik emi beli tiket online awal2, dapat seat best sket.

    BalasPadam
  13. Kesudahan yang menarik, cerita yang ringkas dan santai. Tapi kita suka asyik gelak jerkk

    BalasPadam
  14. Owh ada unsur komedi yea.. boleh la AM pegi tgk nanti.. best citer yg ada unsur komedi nie, leh relaks dan hilangkan stress..

    BalasPadam
  15. ooo bet ye wak cite ni? haha kte bukan apa tak berapa nak minat cte lakonan Aaron Aziz..eh..hahaha tapi kite minat Awie tu. Sebab Awie multi talented orgnya

    BalasPadam
  16. wow..dapat 4 bintang tu..pelakon pon hebat2..kena tgk laa filem ni..

    BalasPadam
  17. kesudahan yang menarik penuh emosi, lawak, dan aksi

    BalasPadam