Akhirnya Shiro Berjaya Menjuarai Maharaja Lawak Mega 2018 Semalam | Dunia Penuh Gosip

Akhirnya Shiro Berjaya Menjuarai Maharaja Lawak Mega 2018 Semalam

Setalah bertahun menyertai program realiti ini akhirnya kumpulan Shiro semalam berjaya menjadi juara Maharaja Lawak Mega (MLM 2018) dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 beserta trofi. Ini kali pertama kumpulan ini melakar kemenangan dalam program terbitan Astro ini.


Duo gandingan Ajak dan Sharol ini mempamerkan persembahan mencuit hati dengan diselitkan pengajaran. Pada malam akhir semua lima peserta MLM membuatkan dua persembahan iaitu bertema bebas dan muzikal.

Shiro menumpaskan juara dua kali berturut-turut Bocey yang akur ditempat kedua dengan hadiah wang tunai RM250,000 dan trofi. Manakala di tempat ketiga milik Zero yang membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 dan trofi.


Dua lagi finalis Puteh dan Taman di tempat keempat dan kelima dengan masing-masing menerima wang tunai RM50,000 dan RM15,000. MLM 2018 berlangsung selama 13 minggu di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam dengan Datuk AC Mizal selaku pengacara. Juga empat juri tetap iaitu Douglas Lim, Tya Arifin, Remy Ishak dan juga Scha Alyahya. 





0 comments: