Big Stage Musim Kedua Membawa Peserta Dari 5 Buah Negara Asia Termasuk Korea Selatan | Dunia Penuh Gosip

Big Stage Musim Kedua Membawa Peserta Dari 5 Buah Negara Asia Termasuk Korea Selatan

Program realiti hiburan Big Stage sebelum ini telah melahirkan penyanyi Sarah Suhairi, kini kembali untuk musim kedua.

Kali ini, ia tampil berbeza kerana pihak produksi membawakan peserta-peserta berbakat bukan sahaja dari Malaysia, malah dari Indonesia, Brunei, Thailand dan juga Korea Selatan. Gabungan ini bakal membuatkan peserta Big Stage lebih dikenali ke peringkat Asia. 


Peserta lelaki terdiri daripada Aziz Harun (Brunei), Han Byul (Korea Selatan), Irfan Haris (Malaysia), Kucaimars (Malaysia), Santesh (Malaysia) dan Adzrin (Malaysia). Manakala peserta perempuan pula adalah Chaleeda (Thailand), Dinda Permata (Indonesia), Fieya Julia (Malaysia), Neeta (Malaysia), Sheryl Shazwanie (Malaysia) dan Syada Amzah (Malaysia).

Pengurus saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, fenomena yang berlaku pada musim pertama membuatkan pihak pengurusan Astro bersedia mengembangkan jenama Malaysia ke peringkat antarabangsa.


Penyanyi tersohor negara Dato' Sri Siti Nurhaliza juga kembali menjadi juri tetap di samping dua penyanyi dari Indonesia iaitu Judika dan Cakra Khan yang akan menjuri secara begilir. Turut sama akan ada juri jemputan setiap minggu. Pengacara Big Stage masih kekalkan yang sesi lalu iaitu Sherry Al Hadad dan juga Alif Satar.

Big Stage akan mula siaran secara langsung pada 18 Ogos 2019 setiap hari Ahad jam 9.00 malam di Astro RIA dan RIA HD. Anda juga boleh menyaksikannya aksi serta aktiviti semua peserta di laman web rasmi www.bigsatge.gempak.com.








0 comments: