Wartawan Penyiaran Shaza Bae 24 Tahun Juara Dewi Remaja 2019 | Dunia Penuh Gosip

Wartawan Penyiaran Shaza Bae 24 Tahun Juara Dewi Remaja 2019

Wartawan penyiaran berasal dari Kuala Lumpur, Shaza Bae dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2019. Shaza, 24, berjaya menumpaskan empat finalis lain iaitu Adriana Ghafar, 21, Nynaa Harizal, 23, Shatirah Amanda, 19 dan Syamira Izzati, 22. Menerusi kemenangan ini, Shaza membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.


Tempat kedua dimenangi oleh Adriana Ghafar, manakala Nynaa Harizal pula di tempat ketiga yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM7,000 dan RM5,000. Kedudukan keempat dan kelima pula memenangi wang tunai RM1,000 yang dimenangi oleh Syamira Izzati dan Shatirah Amanda.

Biarpun tidak berada di kedudukan lima finalis, Sharlina Gilbert memenangi kategori Dewi Kegemaran, manakala Nina Amin pula dinobatkan sebagai Dewi Inspirasi. Pada malam kemuncak yang berlangsung secara langsung pukul 9 malam tadi, finalis diuji menerusi cabaran video kempen kesedaran dan sesi soal jawab bersama panel juri.


Juri pula terdiri daripada Yusry Abdul Halim dan Scha Al-Yahya selaku juri tetap dan disertai Datuk Aznil Nawawi serta Dr. Soo Wincci sebagai juri undangan. Rancangan Dewi Remaja akhir dihoskan oleh Amelia Handerson dan Kamal Adli.

Program Pencarian Dewi Remaja edisi terbaru bermula pada 26 Oktober lalu, membabitkan 12 peserta. Malam kemuncak Dewi Remaja 2019 disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).







0 comments: