Cepat Sangat Enam Minggu Sahaja Program FIT FOR ACTION Sudah Nobat Juara | Dunia Penuh Gosip

Cepat Sangat Enam Minggu Sahaja Program FIT FOR ACTION Sudah Nobat Juara

Selepas enam minggu beraksi dan mempelajari teknik-teknik lakonan, kini FIT FOR ACTION telah melabuhkan tirainya pada 9 Oktober 2022 yang bersiaran dari pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam di TV3.



FIT FOR ACTION, program pertandingan realiti baharu yang berkonsepkan cabaran lakon – layar dan fizikal untuk mencari pelakon lelaki dan pelakon wanita versatil Malaysia telah mengumumkan Muaz dan Raden sebagai juara manakala Marc Syammie dan Lisa sebagai naib juara.

Juara FIT FOR ACTION telah memenangi kontrak tawaran berlakon di saluran Media Prima beserta trofi. Naib juara juga membawa pulang trofi.

Sepanjang dua bulan, tunjuk ajar daripada pengarah terkemuka iaitu Datuk Yusof Haslam, Aziz.M.Osman, Heykal Hanifah dan Ellie Suriaty telah melengkapkan 12 peserta untuk melebarkan sayap mereka ke industri seni lakonan. Para peserta juga diuji dengan cabaran fizikal oleh Nana Al Khaled. Selain itu,

Mereka juga berpeluang untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman berlakon di samping pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Sharifah Rose dan Gambit Saifullah.

Juara bersama FIT FOR ACTION, Muaz 25 tahun berasal di Selangor menyatakan bahawa kejayaan ini adalah sesuatu yang tak diduga kerana beliau tidak mempunyai apa-apa pengalaman berlakon sebelum
ini. Tahniah kepada juara. 









1 ulasan: