Tahniah Jaclyn Victor Menepati Ramalan Juara Gegar Vaganza 9 | Dunia Penuh Gosip

Tahniah Jaclyn Victor Menepati Ramalan Juara Gegar Vaganza 9

Jaclyn Victor menepati ramalan apabila mengalahkan lima peserta yang lain di pentas akhir untuk muncul juara Gegar Vaganza 9 (GV9) sekali gus membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan percutian ke Paris.



Jaclyn mendendangkan lagu It's All Coming Back to Me Now nyanyian asal Celine Dion pada pusingan pertama, sebelum membawa lagu The Real Slim Shady dan Sang Saka Biru dalam pusingan rap bersama kumpulan V.E. Jaclyn sebelum ini menjuarai empat episod pertandingan tersebut sepanjang 10 minggu lalu.

Di tempat kedua pula adalah milik Bob Yusof yang membawa pulang wang tunai RM80,000, manakala Shila Amzah membawa pulang RM30,000 di tempat ketiga.



Penyanyi versatil, Tomok memenangi tempat keempat dengan wang tunai RM20,000, disusuli kumpulan V.E. di tempat kelima yang membawa pulang RM15,000. Bintang Singapura, Hazrul Nizam meraih tempat keenam, sekali gus membawa pulang RM10,000.

Malam akhir Gegar Vaganza 9 diadili oleh 4 juri di mana 3 juri tetap iaitu Dato' Ramli M.S, Bonda Hettykus Endang dan Dato' Syafinaz. Manakala seorang juri jemputan khas pada malam itu adalah Eddry KRU. Tahniah buat semua pemenang dan moga terus sukses dalam dunia seni tanah air. 







0 comments: