Senarai Penuh Pemenang 11 Anugerah Gempak Most Wanted 2022 | Dunia Penuh Gosip

Senarai Penuh Pemenang 11 Anugerah Gempak Most Wanted 2022

Dunia sosial media sekarang tidak boleh dinafikan lagi dalam memberi pengaruh yang kuat kepada masyarakat. Makin ramai anak muda dan tak kurang juga yang berusia cuba menjadi pempengaruh sebagai kerjaya. Maka dengan itu Astro terus mengiktiraf mereka ini melalui satu malam anugerah Gempak Most Wanted 2022.



Gempak Most Wanted 2022 telah berlangsung dengan meriah pada malam Ahad lepas dan mengiktiraf golongan pempengaruh ini. Sebelas anugerah telah disampaikan pada malam tersebut manyaksikan usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad, dinobatkan sebagai pemenang utama Anugerah Gempak Most Wanted 2022, sekali gus bergelar individu paling berpengaruh di media sosial.

Meraih jumlah undian tertinggi iaitu 125,288, Hafiz membawa pulang trofi dan mata ganjaran McDonald’s. Selain kemenangan tersebut, Hafiz turut membawa pulang trofi Anugerah Digital Influencer Tergempak 2022, menewaskan calon lain iaitu Nelysa Norazlan, Imran Bard, Ceddy Ang dan Azfar Heri.



Sementara itu, trofi Gempak Hall of Fame pula dijulang personaliti media sosial, Sofyank yang popular dengan bahan kandungan kreatif. Kreativiti Sofyank diakui apabila anak kelahiran Kelantan itu mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, termasuk di Hollywood menerusi penghasilan bahan kandungan di media sosial.

Tuah turut berpihak kepada kumpulan Dolla yang membawa pulang dua anugerah menerusi kemenangan dalam kategori Video Muzik Tergempak dan Lagu Trending Tergempak. Dolla mengetepikan persaingan daripada nama besar seperti Datuk Vida, Janna Nick, Joe Flizzow dan SonaOne.



Sementara itu, Meerqeen pulang dengan senyuman apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori Video Trending Tergempak dan Drama Trending Tergempak menerusi naskhah Melur Untuk Firdaus.

Senarai penuh pemenang bagi kategori dipertandingkan:
1) Gempak Most Wanted Awards 2022 : Hafiz Mahamad
2) Gempak Hall Of Fame 2022 : Sofyank
3) Drama Trending Tergempak 2022 : Melur Untuk Firdaus
4) Video Muzik Tergempak 2022 : Bad - Dolla
5) Lagu Trending Tergempak 2022 : Bad - Dolla
6) Digital Content Creator Tergempak 2022: Ryan Bakery
7) Digital Influencer Tergempak 2022 : Hafiz Mahamad
8) Motivator Digital Tergempak 2022: Cikgu Fathi
9) Personaliti Gamer Tergempak 2022: Kambing Golek
10) Selebriti Digital Tergempak 2022: Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin
11) Video Trending Tergempak 2022: Meerqeen, Swipe Challenge








0 comments: