Akhirnya teka-teki pemilik suara di sebalik topeng The Masked Singer Malaysia musim ke 3 terjawab sepenuhnya malam ini. Pemilik suara disebalik topeng Betta Fish dipilih sebagai juara dan pemilik topeng itu adalah penyanyi Aida Jebat.
Pada konsert akhir program tersebut, Aida Jebat mendapat markah tertinggi daripada pihak juri menerusi persembahan dua buah lagu iaitu Titanium untuk nyanyia solo dan Salam Terakhir duet bersama Marsha Milan.
Kemenangan tersebut juga sekali gus meletakkan Nyok Muda di tempat kedua. Pemilik topeng ini adalah juga seorang penyanyi siapa lagi kalau bukan Syamel.
Sementara itu, penyanyi yang kini menempah nama di Malaysia dan juga juara Big Stage Musim Kedua, Han Byul memakai kostum Pizza Panas diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.
Tempat keempat pula menjadi milik Mimi Fly yang memakai kostum Dewi Angsa dan kedudukan kelima dimiliki pemakai topeng Brokoli, iaitu seorang penyanyi terkenal Hael Husaini.
Selain itu, lebih menarik apabila kesemua peserta pada malam tersebut diteka dengan betul oleh semua juri. Pada konsert akhir program tersebut, seramai 5 peserta yang membuat persembahan iaitu Beta Fish, Nyoq Muda, Brokoli serta dua lagi peserta iaitu Dewi Angsa dan Pizza Panas adalah pemilik Heal Husaini.
Terdahulu, sebanyak 9 peserta yang telah tersingkir dan didedahkan identitinya pada minggu sebelum ini terdiri daripada Datuk Leong Mun Yee (Lollipop), Dato Malek Noor (Abang Burger), Liza Abdullah (Kurita) dan Dato' Jalaluddin Hassan (Manggis). Selain itu, Norman Hakim (Zirafah), Amsyar Lee (Si Tangkis), Ajai (Mr Parrot), Zizi Kirana (Bertih Jagung) dan peserta terakhir tersingkir ialah Idayu AF (Mawar Berduri).
0 comments: