Memaparkan catatan dengan label #AME2016. Papar semua catatan
Tak tahu kenapa memang tak puas hati atas keputusan Anugerah Meletop ERA 2016 yang baru belangsung malam tadi. Bukan tak puas hati apa tapi dari segi perjalanan anugerah tu yang buatkan ia nampak tak betul dan tidak seperti ada rehearsal antara artis, pengacara lupa skrip, penyampai tak tahu nak cakap apa, sound system yang tak memuaskan langsung dan banyak lagi.


Tu baru bahagian teknikal kalau bahagian pemenang lagi lah banyak yang tak puas hati. Tahu anugerah ni ditaja tapi tak adalah perlu ampu lebih2kan. Sampai yang tidak patut menang boleh menang katanya pengundi yang pilih tapi tahu ni semua kerja orang belakang. Tak apalah dah lepas pun menang sekadar di gelanggang sendiri tapi dalam dunia nyata kau tak mampu.

Apa pun tahniah kepada barisan pemenang #AME2016. Kat sini senarai penuh pemenang mengikut kategori :-

Anugerah Top Top Top Meletop Lelaki - JOHAN
Anugerah Top Top Top Meletop Wanita - Ayda Jebat
Anugerah Hos Meletop - Dato AC Mizal
Anugerah Penyanyi Meletop - Ayda Jebat
Anugerah Lagu Meletop - Ayda Jebat (Siapa Diriku)
Anugerah Group/Duo Meletop - Akim & Majestret
Anugerah Artis Lawak Meletop - JOHAN
Anugerah Program Meletop - Gegar Vaganza
Anugerah Penyampai Radio Meletop - JOHAN
Anugerah Program Radio Meletop - JOHARA Pagi ERA
Anugerah Drama Meletop - M.A.I.D
Anugerah Pelakon Meletop - Ayda Jebat
Anugerah Filem Meletop - Polis Evo
Anugerah Bintang Filem Meletop - Zizan Razak
Anugerah Fesyen Meletop - Dato AC Mizal
Anugerah Bintang Online Meletop - Dato Siti Nurhaliza
Anugerah Artis Baru Meletop - Mira Filzah
Anugerah Couple Meletop - Johan & Ozlyn 
Anugerah Khas Meletop - Zulkarnain Hassan