Dunia Penuh Gosip - AME Dunia Penuh Gosip: AME - All Post
Memaparkan catatan dengan label AME. Papar semua catatan
Tahniah Siti Nordiana dan Haqiem Rusli dinobatkan sebagai arti Top Top MeleTOP ERA Wanita dan Lelaki pada malam Anugeram MeleTOP ERA 2020 (AME 2020) pada 20 Dis 2020. Haqiem juga berjaya membawa pulang 2 lagi anugerah iaitu Penyanyi MeleTOP ERA dan juga Lagu MeleTOP ERA. Manakala Nana pula membawa pulang 3 lagi trofi anugerah lain iaitu Artis Versatail MeleTOP ERA, Group/Duo MeleTOP ERA dan Top Top MeleTOP Duo/Berkumpulan.



Senarai penuh pemenang setiap kategori AME 2020:

Fesyen Meletop - Syafiq Kyle

Influencer Meletop - Syahmi Sazli Production

Artis Baharu Meletop - Han Byul

Couple Meletop - Hanis Zalikha dan Hairul Hazreen

Si Cilik Meletop - Alisa Aisyah

Program Meletop - Sepahtu Reunion 2019

Artis Versatil Meletop - Siti Nordiana

Drama Meletop - Sweet Dreams

Lagu Meletop - Lembah Kesepian ( Haqiem Rusli)

Duo/ Kumpulan Meletop - Khai Bahar dan Siti Nordiana

Bintang Filem Meletop - Syafiq Kyle

Filem Meletop - Ejen Ali The Movie

Hos Meletop - Alif Satar

Pelakon Meletop - Ben Amir (Sweet Dreams)

Penyanyi Meletop - Haqiem Rusli

Top Top Meletop Group/Duo - Khai Bahar dan Siti Nordiana

Top Top Meletop Wanita - Siti Nordiana

Top Top Meletop Lelaki - Haqiem Rusli 

AME 2020 juga lebih istimewa kali ini dengan penampilan khas penceramah bebas Ebit Lew selain Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menerima Anugerah Khas AME 2020.

Pelakon Kamal Adli turut membuat kejutan kepada umum apabila melamar buah hatinya, Uqasha Senrose semasa siaran langsun AME 2020 yang diadakan di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya.







Siapa sangka siapa menduga rezeki telah tertulis bukan milik kita terima dengan redha dan pasrah. Itu yang mampu diumpamakan pada pemenang paling banyak dalam Anugerah MeleTOP ERA 2019. Majlis anugerah itu telah berlangsung dengan meriah malam tadi di Arena Axiata Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung di Astro Ria dan Ria HD. 


Semua orang tahu bahawa Syafiq Kyle paling banyak menang anugerah pada malam itu namun itu bukan jaminan untuk beliau memenangi anugerah utama Top Top MeleTOP Lelaki. Kyle berjaya memenangi 3 anugerah utama iaitu Fesyen MeleTOP, Pelakon MeleTOP dan juga Bintang Filem MeleTOP. 


Namun kemenangan untuk kategori utama itu masih diungguli oleh juara tahun lepas iaitu Khai Bahar. Beliau berjaya memenangi satu ketegori sahaja iaitu Penyanyi MeleTOP tapi cukup kuat untuk menobatkan beliau sebagai juara utama Top Top MeleTOP pada malam tersebut.


Begitu juga dengan Siti Nurdiana yang berjaya memenangi kategori Hos MeleTOP sahaja tapi juga berjaya membawa pulang anugerah utama untuk Top Top MeleTOP Wanita. Bagi kategori lain kita dapat teka siapa bakal menang kerana masih banyak pemenang adalah daripada pemenang tahun-tahun lepas. 


Host pada malam tersebut adalah Nabil Ahmad, Neelofa dan juga Jihan Muse. 

Senarai pemenang Anugerah MeleTOP ERA 2019:-

Top Top MeleTOP Lelaki: Khai Bahar
Top Top MeleTOP Wanita: Siti Nordiana
Penyampai Radio MeleTOP: Johan
Filem MeleTOP: Munafik 2
Drama MeleTOP: Lelaki Kiriman Tuhan
Bintang Filem MeleTOP: Syafiq Kyle
Pelakon MeleTOP: Syafiq Kyle
Artis Lawak MeleTOP: Jep Sepahtu
Hos MeleTOP: Siti Nordiana
Program MeleTOP: Sepahtu Reunion Live 2018
Lagu MeleTOP: Jatuh Bangun (Haqiem Rusli)
Penyanyi MeleTOP: Khai Bahar
Grup/Duo MeleTOP: Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
Program Radio MeleTOP: Johara Pagi Era
Si Cilik MeleTOP: Yusoff Al Qardawi
Couple MeleTOP: Nur Fazura & Fattah Amin
Artis Baharu MeleTOP: Eyra Hazali
Fesyen MeleTOP : Syafiq Kyle
Anugerah Khas MeleTOP: Datuk M. Daud Kilau









Tahniah kepada penyanyi yang makin menjadi kegilaan ramai iaitu Khai Bahar apabila buat pertama kali diumumkan sebagai pemenang utama iaitu Anugerah Top Top MeleTOP Lelaki. Selain itu juga Khai membawa pulang 2 lagi anugerah lain iaitu Penyanyi MeleTOP dan juga Lagu MeleTOP melalui lagu Bayang.


Ternyata peminat Khai Bahar membuat kerja mereka apabila berjaya menaikkan nama penyanyi ini. Manakala bagi Anugerah Top Top MeleTOP Wanita pula terus milik Neelofa buat kali kedua. Selain itu juga selebriti yang banyak kontroversi tahun ini juga membawa pulang dua lagi anugerah iaitu Fesyen MeleTOP dan juga Pelakon TV MeleTOP.


Namun penganjuran Anugerah MeleTOP kali ke 5 ini banyak sangat yang tidak kena. Dari segi muzik dan juga pengurusan artis yang membuat persembahan beserta juga dengan penyampai. Moga mereka dapat perbaiki lagi semua kelemahan yang ketara kelihatan bagi mereka yang menonton secara lansung di kaca TV.


Senarai penuh pemenang Anugerah MeleTOP ERA 2018 :-

Top Top Meletop Lelaki  = Khai Bahar 
Top Top Meletop Wanita = Neelofa 

Selebriti
Artis Baharu MeleTOP  = Farah Nabila
Artis Lawak MeleTOP   = Zizan Razak
Couple MeleTOP           = Jep & Sari Yanti
Fesyen MeleTOP           = Neelofa
Si Cilik MeleTOP          = Arif Jiwa Asyraf

Radio
Penyampai Radio MeleTOP  = Johan
Program Radio MeleTOP      = JOHARA Pagi ERA

TV
Drama MeleTOP            = Red Velvet
Program MeleTOP         = Sephatu Reunion Live 2017
Pelakon TV MeleTOP    = Neelofa
Hos MeleTOP                 = Nabil Ahmad

Muzik
Lagu MeleTOP ERA    = Bayang (Khai Bahar)
Penyanyi MeleTOP      = Khai Bahar
Grup/Duo MeleTOP     = Dato Sri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

Filem
Filem MeleTOP                 = J-Revolusi
Bintang Filem MeleTOP    = Nur fazura (J-Revolusi)

Anugerah Khas Meletop     = Datuk Harjit Singh







Tak tahu kenapa memang tak puas hati atas keputusan Anugerah Meletop ERA 2016 yang baru belangsung malam tadi. Bukan tak puas hati apa tapi dari segi perjalanan anugerah tu yang buatkan ia nampak tak betul dan tidak seperti ada rehearsal antara artis, pengacara lupa skrip, penyampai tak tahu nak cakap apa, sound system yang tak memuaskan langsung dan banyak lagi.


Tu baru bahagian teknikal kalau bahagian pemenang lagi lah banyak yang tak puas hati. Tahu anugerah ni ditaja tapi tak adalah perlu ampu lebih2kan. Sampai yang tidak patut menang boleh menang katanya pengundi yang pilih tapi tahu ni semua kerja orang belakang. Tak apalah dah lepas pun menang sekadar di gelanggang sendiri tapi dalam dunia nyata kau tak mampu.

Apa pun tahniah kepada barisan pemenang #AME2016. Kat sini senarai penuh pemenang mengikut kategori :-

Anugerah Top Top Top Meletop Lelaki - JOHAN
Anugerah Top Top Top Meletop Wanita - Ayda Jebat
Anugerah Hos Meletop - Dato AC Mizal
Anugerah Penyanyi Meletop - Ayda Jebat
Anugerah Lagu Meletop - Ayda Jebat (Siapa Diriku)
Anugerah Group/Duo Meletop - Akim & Majestret
Anugerah Artis Lawak Meletop - JOHAN
Anugerah Program Meletop - Gegar Vaganza
Anugerah Penyampai Radio Meletop - JOHAN
Anugerah Program Radio Meletop - JOHARA Pagi ERA
Anugerah Drama Meletop - M.A.I.D
Anugerah Pelakon Meletop - Ayda Jebat
Anugerah Filem Meletop - Polis Evo
Anugerah Bintang Filem Meletop - Zizan Razak
Anugerah Fesyen Meletop - Dato AC Mizal
Anugerah Bintang Online Meletop - Dato Siti Nurhaliza
Anugerah Artis Baru Meletop - Mira Filzah
Anugerah Couple Meletop - Johan & Ozlyn 
Anugerah Khas Meletop - Zulkarnain Hassan 








Tahniah buat semua pemenang yg telah di umumkan dalam Anugerah Meletop ERA 2015 yg telah berlangsung secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil. Paling bermakna buat Dato Siti Nurhaliza apabila beliau masih lagi mendapat tempat di hati peminat apabila memenangi 2 kategori pada malam tersebut. Anugerah Artis Online Meletop dan juga Anugerah Penyanyi Meletop kedua2 dimenangi Dato Siti. 

Dato Siti Nurhaliza Menang 2 kategori

Namun pencapaian kurang baik buat Zizan Razak apabila paling banyak pencalonan dalam AME2015 namun tidak mampu memenangi mana2 kategori. Sedih dan adakah ini pencapaian terburuk buat Zizan Razak atau zaman kejatuhan beliau. Apa pun ini semua kuasa peminat dan juga jgn kita cepat sgt bangga diri bila berada di atas. 

Johan menang 3 kategori

Di sini senarai penuh pemenang Anugerah Meletop ERA 2015 untuk anda.
  1. Drama TV Meletop - Bukan Kerana Aku Tak Cinta
  2. Artis Lawak Meletop - Johan
  3. Hos TV Meletop - Datuk AC Mizal
  4. Pelakon TV Meletop - Zul Ariffin
  5. Program TV Meletop - Maharaja Lawak Mega 2013
  6. Lagu Meletop - Mewangi – Akim & The Majistret
  7. Penyanyi Meletop - Datuk Siti Nurhaliza
  8. Grup Duo Meletop - Akim & The Majistret
  9. Penyampai Radio Meletop - Johan
  10. Program Radio Meletop - JoHaRa Pagi Era
  11. Filem Meletop - Abang Long Fadil
  12. Bintang Filem Meletop - Nelydia Senrose
  13. Fesyen Meletop - Nur Fazura
  14. Artis Baharu Meletop - Ayda Jebat
  15. Bintang Online Meletop - Datuk Siti Nurhaliza
  16. Couple Meletop - Scha Al-Yahya & Awal Ashaari
      Anugerah Top Top Meletop Wanita - Ayda Jebat
      Anugerah Top Top Meletop Lelaki - Johan




*Gambar dari Facebook Media Hiburan







Beberapa perkara yg sempat di saksikan sepanjang Anugerah Meletop ERA yang telah berlangsung pada hari sabtu yang lepas. Semua barisan pemenang telah di umumkan dengan Zizan yang berjaya membawa pulang 4 anugerah termasuk anugerah utama. Saksikan corat coret yang sempat di komenkan di sini.

1) Pada acara pembukaan penonton di sajikan dengan bahagian buntut Neelofa yang paling jelas ketara dalam aksi beliau turun daripada atas dengan tali pengikat pinggang dan juga baju yg licin seperti baju renang.


2) Neelofa dilihat lebih menyerlah dengan baju seperti baju renang tapi adakah itu fesyen daripada designer atau baju tangkap muat sahaja. Namun Neelofa bertindak dengan berdiam diri daripada menjawab tentang isu ini.

3) Persembahan pembukaan kareografi daripada Alam Wakaka dengan baju LED di lihat meniru persembahan peserta America's Got Talent 2012 yg lalu.

4) Zizan dan Hafiz adalah antara artis yg tidak mengikut kehendak AME untuk hanya berucap 5 patah perkataan sahaja setelah di umumkan pemenang.

5) Hafiz mencatat rekod apabila buat pertama kali menaiki pentas untuk tiga anugerah berturut yang di menanginya iaitu Duo Berkumpulan Meletop, Lagu Meletop dan Penyanyi Meletop.

6) Buat pertama kali penampilan Najwa Latif dengan single terbaru beliau 'Hilang' yg begitu lain daripada biasa dengan konsep beliau sebelum ini.

7) Zara Zya di umumkan sebagai pemenang Anugerah Artis Baru Meletop dan juga Artis Top Top Meletop Wanita tetapi drama lakonan beliau LYMA tidak berjaya merangkul anugerah Program TV Meletop.

8) Persembahan Waris pada lagu penutup dilihat termengah-mengah kerana mungkin kepenatan akibat terlalu meloncat-loncat.

9) Anugerah Meletop ERA berjaya menjadi tranding world wide selama 2 jam apabila penonton menggunakan twitter #Meletop pada malam itu

10) Pada keseluruhan menyaksikan Zizan merangkul 4 anugerah, Hafiz 3 anugerah, Nabil 2 Anugerah dan Zara Zya 2 Anugerah.











Anugerah Meletop ERA yg telah belansung semalam menyaksikan 17 anugerah di sampaikan pada mlm yg penuh gilang gemilang itu. Semua pemenang adalah undian daripada penonton dan peminat artis kegemaran mereka. Paling byk merangkul anugerah pastinya pengacara dan pelawak popular Zizan Razak apabila berjaya memenangi 4 kategori iaitu Artis Top Top Meletop Lelaki, Fesyen Meletop, Bintang Cyber Meletop dan Anugerah Wechat Meletop.


Manakala bagai Anugerah Top Top Meletop Wanita pula di menangi oleh Zara Zya pelakon baru yg tercalon melalui drama meletop nya iaitu Love You Mr Arrogant. Namun sedih drama ini gagal untuk memenangi kategori Program TV Meletop. Selain itu juga Zara Zya berjaya merangkun Anugerah Artis Baru Meletop. Selain daripada itu artis yg byk juga membawa pulang anugerah pada mlm tersebut adalah Hafiz yg berjaya merangkul 3 anugerah dan juga Nabil Ahmad 2 anugerah.


Senarai penuh pemenang Anugerah Meletop ERA :-

Anugerah Top Top Meletop (Lelaki) – Zizan Razak
Anugerah Top Top Meletop (Wanita) – Zara Zya
Anugerah Fesyen Meletop – Zizan Razak
Anugerah Couple Meletop – Nabil Ahmad & Nazira
Anugerah Bintang Siber Meletop – Zizan Razak
Anugerah Artis Baru Meletop – Zara Zya
Anugerah Program Radio Meletop – Johara Pagi Era
Anugerah Penyampai Baru Radio Meletop – Nabil Ahmad
Anugerah Group / Duo Meletop – Hafiz dan Dato Siti Nurhaliza
Anugerah Penyanyi Meletop – Hafiz
Anugerah Lagu Meletop – Bahagiamu Deritaku (Hafiz)
Anugerah Program TV Meletop – Maharaja Lawak Mega 2012
Anugerah Bintang TV Meletop – Jep Sepahtu (Super Spontan)
Anugerah Bintang Filem Meletop – Aaron Aziz (KL Gangster 2)
Anugerah Filem Meletop – KL Gangster 2
Anugerah Artis Serantau Meletop – Sleeq
Anugerah WeChat Meletop – Zizan Razak

Tahniah kepada semua yang menang dan juga tahniah kepada Astro berjaya membawa satu lagi koleksi anugerah kepada pengiat seni tanah air. Program ini akan menaikkan semangat mereka untuk terus berkarya dan bukan untuk di megah-megah. Nantikan pula kehangatan anugerah seterusnya iaitu ABPBH 2014.



 


Bagi Zizan satu kemenangan besar buat beliau walaupun anugerah masih belum belangsung. Mendapat pencalonan bagi separuh kategori dalam anugerah ini menjadikan beliau paling mendapat perhatian dalam AME. Tercalon dalam 7 kategori adakah mampu Zizan memenangi semua atau membawa pulang satu anugerah pada malam tersebut.


Bakal di acarakan oleh Dato AC Mizal, Neelofa dan juga Nabil satu2 anugerah baru daripada Astro buat semua penonton mereka. Tapi bila tgk senarai top 5 ni kebanyakan pencalonan adalah daripada artis dan program di Astro. Adakah ini anugerah syok sendiri atau anugerah yg khas untuk satu2 stesen sahaja. Penonton pandai menilai dan juga undian daripada anda.

Senarai top 5 Anugerah Meletop ERA

Lagu Meletop

1) Bahagiamu Deritaku: Hafiz Suip
2) Galau: Dato' Siti Nurhaliza
3) Infiniti Cinta: Zizan Razak & Kaka Azraff
4) Muara Hati: Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz Suip
5) Kita : Forteen

Penyanyi Meletop

1) Akim
2) Dato' Siti Nurhaliza
3) Hafiz Suip
4) Najwa Latif
5) Stacy

Grup / Duo Meletop

1) Dato' AC Mizal & Mawi
2) Forteen
3) Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz Suip
4) Najwa Latif feat Syamkamarul & Sleep
5) Zizan Razak & Kaka Azraff

Program Radio Meletop

1) Carta Era 40
2) Carta Fulamak Sinar
3) Carta Meletop 40 Era
4) Johara Pagi Era
5) Sinar Pagi

Penyampai Baru Radio Meletop

1) Aril Era fm
2) Feeya Iskandar Sinar fm
3) Nabil Era fm
4) Shasha Al Khred Era fm
5) Zahid Era fm

Filem Meletop

1) Highland Tower
2) KL Gangster 2
3) KL Zombie
4) Lawak Ke Der?
5) Sepah the Movie

Bintang Filem Meletop

1) Aaron Aziz: KL Gangster 2
2) Jep: Sepah the Movie
3) Siti Saleha: KL Zombie
4) Yana Samsudin: Minyak Dagu
5) Zizan Razak: KL Zombie

Program TV Meletop
1) Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
2) Love You Mr. Arrogant
3) Maharaja Lawak Mega 2012
4) Masterchef Selebriti Malaysia 2013
5) Super Spontan 2013

Bintang TV Meletop
1) Azlee Khairi: Love You Mr Arrogant
2) Jep: Super Spontan 2013
3) Johan: Maharaja Lawak Mega 2012
4) Zara Zya: Love You Mr. Arrogant
5) Zizan Razak: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

Bintang Siber Meletop

1) Aaron Aziz
2) Dato' Siti Nurhaliza
3) Emma Maembong
4) Najwa Latif
5) Zizan Razak

Couple Meletop


1) Aeril Zafrel & Wawa Zainal
2) Diana Amir & Habib
3) Fizo Omar & Mawar
4) Izzue Islam & Awin Nurin
5) Nabil Ahmad & Zira

Artis Baru Meletop

1) Azhael
2) Faizul
3) Risteena Munim
4) Syafiq Kyle
5) Zara Zya

Fesyen Meletop

1) Elfira Loy
2) Nora Danish
3) Nur Fazura
4) Shila Amzah
5) Zizan Razak

Artis Serantau Meletop

1) Afgan
2) Randy Pangalila
3) Sleeq
4) Smash
5) Tegar






Lepas satu anugerah kini adalah lagi satu anugerah anjuran Astro. Anugerah Meletop ERA buat pertama kali di anjurkan oleh Astro. Anugerah lebih kurang sama iaitu anugerah hasil daripada pilihan penonton dan pendengar di Astro. Melibatkan beberapa bidang hiburan di Malaysia iaitu Radio, TV, Filem, Muzik dan digital. Mcm biasa tgk jer anugerah mcm ni.


100% pilihan daripada pendengar dan penonton melalui dua cara pengundian iaitu online di lama facebook mereka atau secara SMS. Peminat setia artis kesayangan bolehlah buat pemilihan sekrang untuk peringkat pertama bagi 20 pencalonan yg telah di tapis oleh pihak juri profesional. Bermula 19 Disember 2013 hingga 10 Januari 2014 untuk peringkat pertama.

Selepas itu akan ada top 5 dan akan ada undian sekali lagi oleh pedengar dan penonton. Bagus ada anugerah byk kat Malaysia ni dapt menghargai bakat dan juga usaha artis2 tempatan. Tapi kalau terlalu bbyk anugerah tak ada karya yg bagus lah kerana buat sikit2 jer boleh masuk anugerah dah kerana terlalu byk sgt anugerah hehehe. Bosan lak semua anugerah lebih kurang sama tapi masing2 nak menangkan artis masing2 dalam anugerah dan biasalah kroni. 

Apa pun pengguna juga yg akan buat pilihan dan pengguna juga yg akan berhabis duit nak mengundi artis kesayangan mereka. Kalau artis tempatan ni masih sombong dan masih bongkak terhadap peminat mereka tak tahu lah nak ckp mcm mana. Semua anugerah peminat yg pilih dan peminat tentukan, so jgn lupa jasa peminat buat konset murah sikit lain kali ok wakakakaka. Layari facebook MyMeletop untuk undian anda bagi 16 kategori yg di berikan.

Lagu MeleTOP
Penyanyi MeleTOP
Grup/Duo MeleTOP
Program Radio MeleTOP
Penyampai Baru Radio MeleTOP
Filem MeleTOP
Bintang Filem MeleTOP
Program TV MeleTOP
Bintang TV MeleTOP
Bintang Siber MeleTOP
Couple MeleTOP
Artis Baru MeleTOP
Fesyen MeleTOP
Artis Serantau MeleTOP