Khai Bahar Dan Neelofa Menang Top Top Meletop Anugerah MeleTOP ERA 2018 | Dunia Penuh Gosip

Khai Bahar Dan Neelofa Menang Top Top Meletop Anugerah MeleTOP ERA 2018

Tahniah kepada penyanyi yang makin menjadi kegilaan ramai iaitu Khai Bahar apabila buat pertama kali diumumkan sebagai pemenang utama iaitu Anugerah Top Top MeleTOP Lelaki. Selain itu juga Khai membawa pulang 2 lagi anugerah lain iaitu Penyanyi MeleTOP dan juga Lagu MeleTOP melalui lagu Bayang.


Ternyata peminat Khai Bahar membuat kerja mereka apabila berjaya menaikkan nama penyanyi ini. Manakala bagi Anugerah Top Top MeleTOP Wanita pula terus milik Neelofa buat kali kedua. Selain itu juga selebriti yang banyak kontroversi tahun ini juga membawa pulang dua lagi anugerah iaitu Fesyen MeleTOP dan juga Pelakon TV MeleTOP.


Namun penganjuran Anugerah MeleTOP kali ke 5 ini banyak sangat yang tidak kena. Dari segi muzik dan juga pengurusan artis yang membuat persembahan beserta juga dengan penyampai. Moga mereka dapat perbaiki lagi semua kelemahan yang ketara kelihatan bagi mereka yang menonton secara lansung di kaca TV.


Senarai penuh pemenang Anugerah MeleTOP ERA 2018 :-

Top Top Meletop Lelaki  = Khai Bahar 
Top Top Meletop Wanita = Neelofa 

Selebriti
Artis Baharu MeleTOP  = Farah Nabila
Artis Lawak MeleTOP   = Zizan Razak
Couple MeleTOP           = Jep & Sari Yanti
Fesyen MeleTOP           = Neelofa
Si Cilik MeleTOP          = Arif Jiwa Asyraf

Radio
Penyampai Radio MeleTOP  = Johan
Program Radio MeleTOP      = JOHARA Pagi ERA

TV
Drama MeleTOP            = Red Velvet
Program MeleTOP         = Sephatu Reunion Live 2017
Pelakon TV MeleTOP    = Neelofa
Hos MeleTOP                 = Nabil Ahmad

Muzik
Lagu MeleTOP ERA    = Bayang (Khai Bahar)
Penyanyi MeleTOP      = Khai Bahar
Grup/Duo MeleTOP     = Dato Sri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

Filem
Filem MeleTOP                 = J-Revolusi
Bintang Filem MeleTOP    = Nur fazura (J-Revolusi)

Anugerah Khas Meletop     = Datuk Harjit Singh







0 comments: