#Lofattah Ungguli Senarai Pemenang Di Anugerah Meletop ERA 2017 | Dunia Penuh Gosip

#Lofattah Ungguli Senarai Pemenang Di Anugerah Meletop ERA 2017

Terbukti kekuatan gabungan Neelofa dan juga Fattah Amin dalam drama Suri Hati Mr Pilot dari tahun lepas terbawa-bawa ke tahun ini apabila mereka berjaya merangkul paling banyak kemenangan dalam Anugerah Meletop ERA 2017 yang telah berlangsung sebentar tadi. 


Anugerah ini telah menobatkan Artis Top Top Meletop lelaki dan wanita kepada pasangan hebat ini. Majlis anugerah AME17 telah berlangsung secara live dari Stadium Melawati Shah Alam dan juga di Astro RIA dan RIA HD. Di hoskan oleh Nabil, Neelofa dan Johan.


Tahniah kepada mereka kerana berjaya membuat fenomena kepada dunia seni tanah air walaupun hakikat ia hanyalah drama sahaja. Juga mengejutkan kekalahan Aiman Tino dalam semua kategori yang dipertandingkan sedangkan viewer youtube mencecah 30juta. Apa sudah jadi kepada peminat Aiman Tino?


Apa pun semua keputusan telah dibuat dan juga kemenangan tiada guna untuk dipertikaikan. Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang dan senarai penuh pemenang pada malam AME17 seperti beritkut.

Anugerah Top Top MeleTOP Lelaki
Fattah Amin

Anugerah Top Top MeleTOP Wanita 
Neelofa

Pelakon TV MeleTOP - Fattah Amin
Fesyen MeleTOP - Fattah Amin
Bintang Online MeleTOP- Fattah Amin
Hos MeleTOP - Neelofa
Program TV MeleTOP - Taste Selebriti (episod Neelofa)
Drama MeleTOP - Suri Hati Mr Pilot
Artis Lawak MeleTOP - Johan
Penyampai Radio MeleTOP - Johan
Program Radio MeleTOP - JoHaRa Pagi ERA
Lagu MeleTOP - Pencuri Hati (Ayda Jebat)
Penyanyi MeleTOP -  Siti Nordiana
Bintang Filem MeleTOP - Fasha Sandar (Anak Mami Nasi Kandar)
Filem MeleTOP - Munafik
Si Cilik MeleTOP - Yusof Iskandar
Couple MeleTOP - Akim & Stacy
Group / Duo MeleTOP - Dato Siti Nurhaliza & Faizal Tahir (Cinta Digarhayu)
Artis Baru MeleTOP - Khai Bahar





0 comments: