Dunia Penuh Gosip - Akademi Fantasia Dunia Penuh Gosip: Akademi Fantasia - All Post
Memaparkan catatan dengan label Akademi Fantasia. Papar semua catatan
Tadi telah berakhirnya pusingan pertama konsert Homecoming Akademi Fantasi Megastar yang membariskan 12 peserta menunjukan bakat mereka. Manakala baki akan membuat persembahan minggu depan. Tapi dari pemerhatian yang dapat dibuat tadi beberapa peserta yang kita dapat agak akan menyertai Akademi Fantasia Megastar.

Senarai yang memberi persembahan memberangsangkan dan ada ciri-ciri untuk terus di megastar adalah seperti Idayu, Marsha, Bob, Amir Jahari, Mila dan Firman. Yang lain masih pada tahap yang biasa dan seperti masa mereka menjadi pelajar AF dulu lagi tiada perubahan malah ada yang lebih buruk.


Kesilapan yang sering dilakukan dan masih diulangi adalah salah pilih lagu serta kurang penghayatan pada lagu. Ingat ini adalah pertandingan dan megastar bukan lagi peringkat pelajar AF dulu tiada yang akan tunjuk ajar mereka. Kali ini mereka datang sebagai bintang untuk lagu pilihan mereka sendiri. 

Adakah calon-calon yang disenaraikan itu sama dengan pemilihan korang. Apa pun semua keputusan daripada juri dan masih terlalu awal untuk buat andaian ini kerana ada lagi 12 yang akan membuat persembahan minggu hadapan. Siapa bakal menonjol dan siapa yang akan terus hampa kita nantikan. 





Tahun ni tiada lagi ujibakat AF seperti mana yang berlaku tahun sebelumnya. Tahun ini Astro kembali pula dengan plan lain iaitu recyle balik bintang-bintang yang telah mereka lahirkan daripada program realiti tersebut. 

Apa sudah jadi dengan industri kita nampak sangat bintang yang lahir daripada program realiti ini tidak dapat cari makan. Sampai habis dengan juara sekali pun kena recyle semula apa kejadahnya ini. 


Akedemi Fantasia telah bersiaran selama 13 musim dan seramai 179 orang alumni telah dikeluarkan. Tu belum lagi masuk yang masuk keluar pastu masuk balik dan yang datang hampir setiap tahun muka yang sama jer. 

Apa nak jadi dengan AF ni dah tak ada bajet sangat ker sampai nak recyle semua bintan mereka yang tak laku. Pulak tau paling sedih yang dah juara pun nak bersaing juga bagilah peluang pada yang tak merasa jadi juara untuk gengam kejuaran pula asyik korang jer.

Kalau korang keluar Akedemi Fantasia Megastar ni pun belum tentu korang boleh laku dan terjual. Industri sekarang tak perlu kepada bintang segera sebab sekarang dah banyak bintang sosial media. Macam mana korang nak bersaing dengan semua itu.

Senarai 24 orang pulak tu yang masuk dalam AF Megastar ramai bila nak habis. Good luck untuk semua peserta AF Megastar kali ini.

1. Rosma (AF1)
2. Zahid (AF2)
3. Bob (AF2)
4. Adam (AF2)
5. Anding (AF2)
6. Marsha Milan (AF3)
7. Amylea (AF3)
8. Idayu (AF3)
9. Faizal Ramly (AF4)
10. Mila Jirin (AF5)
11. Nubhan (AF6)
12. Aril Pilus (AF7)
13. Adira (AF8)
14. Shahir (AF8)
15. Amir Jahari (AF9)
16. Faizul Sany (AF 2013)
17. Indah Ruhaila (AF 2013)
18. Azhar (AF 2013)
19. Firman (AF 2014)
20. Ewal (AF 2014)
21. Syamel (AF 2015)
22. Sufi Rashid (AF 2015)
23. Amir (AF 2016)
24. Ara (AF 2016)




Wajah jambu dan mempunyai daya tarikan hebat Amir dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Fantasi Dherbs sekaligus membawa pulang wang tunai RM5000. Kemenangan ini diumumkan sendiri pengasas kepada produk kesihatan D'Herbs Dato Aliff Syukri pada malam akhir tersebut. Pilihan Amir sebagai pemenang adalah memenuhi kreteria seorang yang mempunyai aura dan daya tarikan menarik pada wajahnya menurut kata Dato.


Paling manis lagi pada malam akhir itu anak muda berusia 20 tahun berasal dari Selangor itu juga dinobatkan sebagai juara AF2016. Menewaskan 4 lagi persaing hebatnya iaitu Amal, Reshma, Ara dan Afi. Sebagai juara keseluruhan Amir membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi sumbangan Astro serta voucher beli-belah dari 11street bernilai RM5,000.

Manakala tempat kedua pula milik Amal yang membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi serta voucher membeli-belah bernilai RM4,000. Reshma pula ditempat ke 3 membawa pulang wang tunai RM15,000 serta trofi dan voucher bernilai RM3,000 dari 11street. Tempat ke 4 milik Ara dan tempat ke 5 milik Afi.

Kemenangan pada malam akhir ini agak mengejut kerana selama 6 minggu program realiti ini kedudukan pelajar adalah memihak kepada pelajar wanita. Ia menyaksikan saingan hebat antara Afi dan Rahila. Namun segala berubah pada minggu separuh akhir dan akhir apabila pelajar lelaki lebih mendominasi pentas dan undian.

Pada malam akhir itu juga 5 pelajar membawakan lagu baru masing yang telah dicipta oleh komposer hebat tanah air. Turut menbuat persembahan pada malam itu adalah daripada kumpulan KRU dan Indigo. Apa pun tahiah kepada semua pemenang dan moga sukses dengan lagu masing-masing diluar sana.






VITAGEN minuman susu kultur No. 1 di Malaysia, adalah penaja bersama musim ke-13 Akademi Fantasia, AF 2016. VITAGEN kini bekerjasama dengan supermarket Giant & MYDIN untuk membawa pelanggan mereka 'Pengalaman Red Carpet' VITAGEN Akademi Fantasia.


VITAGEN Akademi Fantasia 'Pengalaman Red Carpet' adalah sekali dalam pengalaman seumur hidup di mana dua pemenang bertuah, masing-masing satu dari Giant & MYDIN, dan rakan-rakan mereka akan dapat menghadiri AF Finale sebagai tetamu VIP, berjalan di permaidani merah semasa ketibaan, dan menikmati 'Meet & Greet' eksklusif dengan khas photo-peluang dengan pemenang AF2016 pada sidang akhbar selepas konsert. Lebih bukti bahawa berikutan naluri usus anda untuk VITAGEN, benar-benar tidak membayar!

Hadiah pengalaman glamor adalah ganjaran untuk peminum VITAGEN lama, yang juga pelanggan setia Giant & MYDIN. Pertandingan, yang berlangsung dari 15 Ogos hingga 25 September 2016 bertujuan untuk mencari pencinta VITAGEN yang paling berbakat dan kreatif dari kedua-dua peruncit, kerana mereka tali pinggang daripada versi mereka lagu Akademi Fantasia 'Menuju Puncak' dengan lirik disesuaikan, semua semasa menggunakan botol VITAGEN mereka sebagai mikrofon.


Untuk mengambil bahagian, peminat VITAGEN dan Akademi Fantasia, perlu untuk menuju ke Giant atau MYDIN terdekat mereka dan membeli dua jalur minuman usus yang sihat kegemaran mereka, merakamkan aktiviti menyanyi korus, dan menyiarkan video tersebut ke Facebook sama ada mereka, atau akaun-akaun Instagram dengan hashtags #VITAGENAF2016 dan memuat #GIANT atau #MYDIN untuk menunjukkan di mana mereka membuat pembelian mereka. Butiran pertandingan boleh didapati di www.facebook.com/VITAGENMalaysia.

VITAGEN adalah memperjuangkan Baik Gut Kesedaran Kesihatan, menggalakkan usus yang sihat melalui pendekatan lima langkah pengambilan minuman susu kultur aktif secara langsung, berjalan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari, mengambil 3-5 hidangan serat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran, tidur yang cukup sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan jam sehari dan mengambil masa untuk berehat. 


Pelanggan Giant adalah pengikut setia Akademi Fantasia, pertandingan Pengalaman VITAGEN Red Carpet akan memberikan mereka peluang untuk menjadi tetamu VIP pada pameran akhir Akademi Fantasia. Terima kasih kepada Vitagen untuk membuat ini mungkin untuk pelanggan kreatif kami. Jadi, ingat untuk menggunakan #giant hashtag apabila anda menyerahkan lagu anda 'Menuju Puncak'.

Mereka yang berminat boleh melawat https://www.facebook.com/VITAGENMalaysia untuk maklumat lanjut Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Kesedaran Kesihatan Gut Baik, kepala di atas untuk www.vitagen.com.my atau menjadi peminat VITAGEN Malaysia untuk mengikuti usus kesihatan dan kecergasan -sy peserta AF2016 ini kegemaran anda.





Seramai 14 orang pelajar Akademi Fantasia (AF) 2016 telah diperkenalkan baru2 ini kepada media. AF2016 menyaksikan tujuh pelajar lelaki iaitu Amal, 21 (Pulau Pinang) Amir, 20 (Selangor), Ikram, 26 (Kuala Lumpur) Zarol, 23 (Johor Bahru), Rais, 22 Selangor), Halmy, 23 (Kuala Lumpur) dan Isa, 23 (Selangor).


Manakala tujuh pelajar perempuan ialah AFI, 23 (Sabah), Ara, 19 (Negeri Sembilan), Rahila, 20 (Singapura), Riana, 26 (Pahang), Jasper, 23 (Johor), Reshma, 18 (Selangor) dan Asha, 20 (Melaka). Hanya 2 orang pelajar perampuan yang bukan Melayu layak iaitu Kareshma Martin John Patrick dan Jasper James Supayah.


Sesi memperkenalkan barisan pelajar baru AF telah berlangsung di Soju, Sunway pada petang Selasa. Istimewanya musim ini, juara pertandingan JoHaRaStar anjuran radio rasmi AF2016, ERA fm akan diserap masuk untuk menyertai 14 pelajar lain pada konsert mingguan ketiga. Masih mengekalkan pengacara yang lalu Zizan Razak. Manakala Dahlia Syazwan, Hazeman Huzir dan CK Faizal sebagai pengacara Diari AF 2016.


AF 2016 akan mula bersiaran secara ekslusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam bermula 21 Ogos ini. Konsert mingguan akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Sementara itu rutin harian para pelajar menjalani kehidupan di akademi boleh ditonton menerusi Diari AF 2016 pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 15 Ogos di saluran sama.








Menuju puncak itulah yang diimpikan ramai anak muda sekarang untuk capai kejayaan dengan cara yang lebih cepat. Menjadi bintang pujaan ramai dengan populariti yang datang tanpa diduga. Kini ujibakat AF2016 bakal bermula pada 15-17 Julai 2016 di Kuala Lumpur. Sebelum ini ujibakat secara online telah dibuka seperti mana tahun2 lepas. 


Seperti tahun2 lalu konsep ujibakat terbuka ini masih sama dimana peserta lelaki dan wanita diberikan lagu wajib untuk disampaikan. Daripada itu mereka yang layak ke peringkat seterusnya akan disaring sekali lagi untuk menjadi pelajar pilihan. Tapi masih terlalu awal untuk menyatakan berepa orang pelajar yang akan ke peringkat saringan akhir sebelum pemilihan 12 pelajar yang sebenar.


Barisan pengajar juga tahun ini masih kekal yang lama cuma ada dua muka baru yang ditampilkan. Kelainan tahun ini adalah pengajar baru iaitu  Mas Idayu yang bakal memikul tanggungjawab sebagai Guru Persembahan Vokal dan Ellie Suriaty Omar sebagai Guru Seni Persembahan. Adakah ini menandakan bakal ada peserta dangdut dalam AF2016 kita nantikan.


Masih orang kuat kepada AF kali ini adalah penaja utama mereka iaitu D'Herbs terlajak laris. Makin larislah Dato Alif ini kan. Apa tunggu lagi datang ker The Boulevard ST Giles Premier Hotel Midvalley Kuala Lumpur untuk ujibakat hujung minggu ini sahaja. Serlahkan bakat anda sekarang juga. 






Saat yang di nantikan telah berlangsung secara langsung semalam di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) peringkat akhir Akademi Fantasi 2015. Majlis yang menonjolkan 4 orang peserta akhir yang sama2 hebat dan sama mantap. Sufi pelajar dari Singapura, Syamel pelajar dengan suara yang mantap, Bila anak kepada ahli kumpulan Wing dan juga Sharul pelajar dari Negori Sembilan.


Masing2 mempunyai kekuatan tersendiri yang tiada tandingan dan mampu merubah dunia hiburan tanahair. Pada malam akhir setiap peserta membuat dua persembahan iaitu lagu baru setiap pelajar dan juga lagu pilihan mereka sendiri. Sufi menyampaikan lagu baru Kisah Dua Muka dan juga lagu Andai Ku Bercinta lagi. Manakala Syamel menyampaikan lagu baru Hidup Dalam Mati dan juga lagu Hazama Sampai Mati. Bila pula menyampaikan lagu baru ciptaan Edry iaitu Diam Saja dan juga lagu Karma. Terakhir Sharul menyanyikan lagu baru bertajuk Hanya Kamu dan lagu Bruno Mars iaitu Just The Way You Are.


Pada malam tersebut pengacara Zizan Razak dan Faizal Ismail mengumumkan juara AF 2015 dengan penuh gemilangnya. Juara milik Sufi telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM50,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi. Syamel yang bergelar naib juara telah memenangi hadiah berupa wang tunai bernilai RM30,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi. Bila pula di tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi. Manakala ke empat milik Sharul pula menduduki tangga keempat dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi. 

Tahniah buat semua pelajar dan juga kini telah bergelar artis dengan single terbaru masing2. Tahniah juga kepada barisan tenaga pengajar yang hebat melahirkan juara dan juga pelajar yang lebih matang dan suara lebih mantap. Juri pada malam akhir juga tidak kurang hebat memberi komen yang bernas daripada Dato Ramli MS, Fauziah Ahmad Daud, Dato AC Mizal dan juga Datuk Aznil Hj Nawawi.









Ujibakat Akademi Fantasia 2015 Melalui Instavideo adalah langkah mula untuk serlahkan bakat nyanyian anda untuk program realiti nyanyian paling popular di Malaysia. Rakam dan muat naik video uji bakat anda di Instagram. Anda mungkin berpeluang mendapat laluan ekspres dan maju ke peringkat ke-2 uji bakat AF2015! Jangan lepas peluang untuk anda lebih popular dan lebih cepat menjadi artis AF2015.


Tahun ini penajaan lebih besar daripada Hotlink untuk AF2015 dan anda juga boleh sertai ujibakat insta dengan serta showcase Hotlink seluruh Malaysia. Bagi yang nak menghantar Insta boleh follow langkah mudah ini. 

Ujibakat AF 2015 melalui Instagram
1) Rakam video ujibakat anda dan hashtag video and dengan #BakatAF2015 #HotlinkAF2015
2) Muatnaik video anda di Instagram dan pastikan akaun anda adalah Public.

Tu ujibakat secara online untuk memudahkan anda mendapat fastline bagi ke stage seterusnya sekiranya anda terpilih. Tapi kalau anda ingin ujibakat secara walkin pun boleh dengan hadiri ujibakat di lokasi2 yang telah di tetapkan seperti berikut. 

Tarikh (2015) Lokasi
2 & 3 Mei The Light Hotel, Seberang Perai (Pulang Pinang)
9 & 10 Mei 1Borneo Hotel, Kota Kinabalu (Sabah)
23 & 24 Mei Berjaya Waterfront, Johor Bahru (Johor)
30 & 31 Mei Kompleks Sukan Negara (Kuala Lumpur)

Syarat penyertaan walkin
1) Terbuka kepada warganegara Malaysia dan Singapura
2) Berusia 18 hingga 35 tahun sahaja
3) Peserta akan dinilai dari segi teknikal seperti kawalan suara, sebutan, pernafasan, intonasi, rentak, keserasian, harmoni serta kreativiti dan penghayatan persembahan.
4) Lagu wajib yang disenaraikan untuk sesi ujibakat adalah seperti berikut.

PESERTA LELAKI
Lagu Penyanyi
Matahari Hafiz
Mewangi Akim & The Majistret
Pencuri Mark Adam
Pelesit Kota Search
Umpan Jinak Di Air Tenang Ahmad Jais
Harus Terpisah Cakra Khan
All Of Me John Legend
Sedetik Lebih Anuar Zain

PESERTA WANITA
Lagu Penyanyi
Gilalah Stacy
Di Pintu Syurga Dayang Nurfaizah
Sesal Separuh Nyawa Alyah
Ya Maulai Datuk Siti Nurhaliza
Madah Berhelah Ziana Zain
Rindu Amelina
Hatiku yang kau sakiti Rossa
Chandelier Sia

Sediakan diri anda sepenuhnya sebelum hadir ujibakat agar anda tidak kecewa dan jangan takut untuk mencuba dan yakin diri. Tapi jangan terlalu yakin yang tidak bertempat nanti anda juga yang rugi dan malu. AF2015 makin mencabar dan makin mantap mencari bakat2 nyanyian di Malaysia. Daftar secara online dahulu sebelum menyertai ujibakat di link ini. Selamat mencuba.







6 Orang Pelajar Wanita





 

 

6 Orang Pelajar Lelaki










*Sumber daripada Astro Gempak 




Begitulah kehidupan dikala kita rasa disanjung kita akan berada di atas dan dikala kita jatuh kita akan di lupakan oleh semua. Resam dalam dunia nyata begitu juga dalam dunia program realiti. AF2013 telah  masuk minggu ke 4 dan telah pun betukar Inspirer baru datang dari tanah seberang. Melly Goeslaw adalah satu bintang yg cukup hebat dibawakan oleh Astro bagi bintang2 Akademi Fantasia 2013.

Namun satu penangan hebat buat Melly yg baru sahaja mengenali bintang AF2013 ini kerana terkejut dengan penyingkiran bintang berpotensi iaitu Nona. Nona anak kelahiran Sabah ini menjadi mangsa ke4 program realiti AF2013 apabila di singkirkan melalui AFUNDI. Adakah Nona tidak cukup peminat atau Nona punya persembahan paling teruk pada mlm itu.


Itulah nasib menimpa bakat2 hebat pelajar AF seperti mana pernah berlaku dahulu dalam AF2 apabila Zarina tersingkir awal walaupun bakat beliau ketika itu hebat. Serta belaku pada AF 6 & 7 penyingkiran yg tidak di sangkakan. Padahal mlm itu kita sendiri sebagai penonton dpt menilai persembahan sapa paling hamba sekali. Tapi itu adalah tuah AFUNDI kepada yg lemah kerana kuat pada penyokongnya.

Apa pun mungkin format AF2013 ini perlu di teliti semula kerana bakat2 hebat tidak lagi menjadi taruhan tetapi populariti menjadi ukuran mereka. Adakah akan tinggal mereka yg tidak mampu tampil hebat dalam AF lagi. Adakah tugas Melly akan lebih berat selepas ini untuk memastikan bahawa yg hebat terus kekal dan yg lemah akan di singkirkan. Jgn lupa untuk saksikan Akademi Fantasia 2013 setiap Ahad jam 9.00 mlm di Astro Ria.






Setelah hampir 2 tahun kehangatan program realiti yg penuh dengan kejutan itu meninggalkan peminat mereka dari kaca tv. Tapi kini ia bakal kembali dengan penuh lagi kejutan kerana Akademi Fantasia 10 kini tiba ke fasa ujibakat. Setelah majlis pelancaran di umumkan oleh Astro baru-baru ini makan betul lah ura-ura mengatakan bahawa AF kini kembali. Tampil dengan format baru kini AF10 dilihat lebih segar dan lebih terkini.

 

Dengan memberi peluang kepada peserta untuk tampil solo atau duo menjadikan peluang AF10 kali ini lebih luas dan jarak umur yg lebih bnyk membuka peluang pada mereka yg tidak sempat merasai dunia AF terdahulu. Uji bakat bakal berlangsung seperti jadual di bawah.


Sapa yg rasa diri tu berbakat boleh tampil untuk menyerlahkan bakat anda dalam dunia nyanyian ini. Jangan pendam bakat anda kerana ini adalah peluang keemasan yg dtg sekali. Tapi pastikan anda sedia dengan latihan dan juga kesungguhan dtg penuh semangat agar tak sia2 kena bantai oleh juri. 

Syarat-Syarat Ujibakat:

  1. Penyertaan terbuka kepada peserta Solo dan Duo
  2. Penyertaan 18 – 35 tahun pada tarikh ujibakat diadakan
  3. Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Singapura
  4. 1 Salinan kad pengenalan untuk warganegara Malaysia dan untuk warganegara Singapura mereka dikehendaki membawa salinan kad pengenalan Singapura dan Salinan Pasport Singapura
  5. 2 keping gambar berukuran 4R (gambar profil dari aras pinggang)
  6. Bebas menyanyikan sebarang genre lagu secara acapella.
  7. Borang penyertaan boleh di muat turun di laman Akademi Fantasia
Tapi AF10 ni lebih hangat apabila gosip liar menyatakan bahawa pelawak Zizan Razak bakal menjadi pengacara untuk program ini. Tapi adakah ia benar atau sekadar gosip untuk menaikkan rangking program ini semula. Tapi apa pun perubahan yg positif ini dapat memeriahkan lagi industri kita kerana kita pelu pada perubahan dan juga aura baru. Tapi nanti bila bab2 sedih tak boleh nak nangis lah mesti nak ketawa kalau Zizan mengacara huhuhuhu.


Lepas ni bakal lahir satu lagi bintang dlm duni seni muzik tempatan ini. Makin meriahlah negara kita dengan bakal2 juara peringkat antarabangsa seperti Hafiz dan ramai lagi. Mungkin akan jadi bakat sehebat Shila Hamzah juga mana tahukan...