Memaparkan catatan dengan label Festival. Papar semua catatan
Buat julung kalinya,  dengan suasana endemik di Malaysia, Kuala Lumpur Garden of Eid festival 2022 mempersembahkan sebuah festival yang bersifat Islamik namun santai dan menghiburkan. Diberi nama Garden of Eid Festival, ia diilhamkan bersempena terjemahan aksara Garden yang membawa maksud taman yang digambarkan dalam Al Quran sebagai Jannah atau syurga. Garden of Eid Festival juga menjadi acara yang meraikan dua perayaan terbesar umat Islam iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.



Festival ini menepati konsep festival yang melestarikan kerohanian dan agama namun disampaikan dalam perayaan yang lebih santai dan mesra. Justeru, ia menampilkan pendekatan termasuk hiburan yang sesuai syariah sekaligus mengusung pendidikan bermanfaat buat semua lapisan masyarakat.

Menggabungkan barisan selebriti popular diketuai oleh kumpulan yang banyak mengharumkan nama negara lewat alunan muzik kerohanian, Raihan, Garden of Eid Festival juga disemarakkan dengan nama nama yang sentiasa membesarkan mesej positif dalam setiap karya yang dihasilkan. Mereka adalah Datuk Jamal Abdillah, Faizal Tahir dan Naim Daniel serta Altimet (selaku hos) yang akan muncul dalam persembahan kerohanian pada 28 Mei 2022, 8.30 malam di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur



Manakala sebagai malam penutup Garden Of Eid, buat julung kalinya, Ahmad Dhani diterbangkan khas dari negara jiran untuk muncul dalam sebuah persembahan ‘Malam Munajat Cinta’ pada 29 Mei 2022, 8.30  malam di Panggung Anniversari. Pastinya para pecinta muzik dan elemen kerohanian merindui kemunculan pemuzik handalan ini dan tidak mahu ketinggalan menyaksikan persembahan yang akan mempamerkan kelainan dan keistimewaan tersendiri.



Tidak semata mata mengangkat hiburan, festival ini turut menonjolkan gaya hidup masyarakat masa kini tanpa membelakangkan agama dan kekal dengan nilai nilai murni lewat pelbagai aktiviti untuk generasi muda seperti pertandingan papan seluncur (skateboarding). Malah, pendekatan pendidikan kanak kanak juga disuntik secara santai dengan kemunculan karakter animasi Islamik yang sudah mendunia iaitu Omar & Hana, Didi & Friends serta Ejen Ali.



Dengan tema The Great Reunion (metafora kepada kegembiraan selepas berjaya mengharungi pelbagai rintangan dunia termasuk kepayahan melewati fasa pandemik), festival ini dijadualkan berlangung selama tiga hari bermula 27 sehingga 29 Mei 2022.



Turut mengisi jadual selama tiga hari bermula 10 pagi sehingga 10 malam festival berlangsung adalah sesi perkongsian motivasi & bual bicara santai tentang kemanusian & pendidikan islam secara general. DI segment ini kolaborasi bersama Qalby, islamik aplikasi oleh Mizz Nina & Ahlan Academy.



Jika sudah namanya festival, tidak lengkap ia tanpa ‘makan makan’. Makan beragam jenis juadah yang berkonsepkan ‘Flavors of Malaysia’ dijual dari food truck akan memenuhi cita rasa pengunjung. Dan menjadi bonus, budaya sambutan perayaan dari beberapa negara Nusantara dan jiran termasuk Brunei, Indonesia dan Thailand siap menyapa pengunjung.

Garden of Eid berharap karnival ini dapat dijadikan acara tahunan bagi merancakkan ekonomi, menaikkan industri seni dan menjadi produk pelancongan (halal tourism) bagi Kuala Lumpur Malaysia. Garden of Eid sudi membuka peluang kepada Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mendukung acara ini buat masa hadapan. Sekaligus kepada Kementerian Pelancongan Malaysia untuk bekersama di masa akan datang bagi menyajikan program – program yang dianggap dapat menarik pelancong – pelancong luar untuk mempelajari cara – cara sambutan Aidilfitri juga budaya – budaya di Malaysia.



Meski negara sudah memasuki fasa endemik, festival yang menjangkakan kehadiran masyakarat dari pelbagai latar belakang dan negara ini dipastikan mematuhi segala peraturan dan SOP yang ditetapkan kerajaan sebagai langkah mengekang sekaligus menghapuskan rantaian COVID 19.








Dalam usaha untuk memperkenalkan seni dan budaya Malaysia melalui aspek makanan, aktiviti kesenian dan kebudayaan, dengan bangganya Pelajar Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan menganjurkan My Southern Food And Culture Festival 2017. Maklumat festival adalah seperti ketetapan berikut :

MY SOUTHERN FOOD AND CULTURE FESTIVAL 2017
Tarikh : 20 & 21 Mei 2017
Tempat : Perkarangan Dewan Orkestra, Akademi Seni Budaya Dan
Warisan Kebangsaan (ASWARA), Jalan Tun Ismail,
Kuala Lumpur

Masa : 9.00 pagi – 10.00 malam

My Southern Food and Culture Festival” merupakan sebuah Program festival yang mengetengahkan 3 elemen utama iaitu makanan tradisional, permainan tradisional dan persembahan kebudayaan yang terdiri daripada negeri-negeri yang terletak di zon selatan Semenanjung Malaysia iaitu Negeri Sembilan, Melaka & Johor. Justeru itu juga festival ini merupakan inisiatif oleh para Pelajar Tahun 1 & 2 Ijazah Sarjana Muda Fakulti Pengurusan Seni Dan Budaya (ASWARA) dalam mempertengahkan Makanan Tradisional , Permainan Tradisional dan Persembahan Kebudayaan bagi Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor) yang menjadi sebahagian Warisan negara. 

Festival ini adalah sebahagian daripada keperluan subjek yang dinilai yang terdiri daripada Pelancongan Budaya, Projek Seni Masyarakat, Pengurusan Muzik, Pemasaran & Publisiti dan Dana Penajaan. Dalam penganjuran festival ini, pelbagai aktiviti yang disediakan antaranya pameran dan penjualan makanan tradisional, permainan rakyat serta persembahan kebudayaan yang mewakili negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Sejajar dengan misi program iaitu menyajikan pelbagai jenis makanan tradisional, permainan rakyat dan persembahan kebudayaan yang terdiri dari 3 buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, festival ini berkonsepkan “Warung” dengan tema "Citarasa Tiga Negeri". Terdapat 1 buah warung utama dengan diikuti oleh 3 buah warung kecil yang akan mewakili setiap negeri. Warung utama akan menjual menu utama yang menjadi hidangan simbolik setiap negeri seperti laksa johor bagi negeri johor, asam pedas bagi negeri melaka dan tempoyak daun bagi Negeri Sembilan. Manakala, 3 warung kecil setiap negeri itu akan menjual kuih-muih tradisional dan juga minuman.

Menerusi penganjuran festival ini juga akan turut menampilkan selebriti terkemuka iaitu Dato' Khadijah Ismail yang juga akan menjadi 'vendor' dengan mengendalikan Warung Negeri Sembilan yang akan turut terlibat dalam aktiviti demonstrasi makanan. Dalam pada masa yang sama juga, turut serta dibawakan seorang Juara Pertandingan Memasak Babas iaitu Chef Amir Ghani, yang akan juga terlibat didalam demonstrasi makanan.

Sehubungan dengan itu, kami berharap agar mendapat bantuan dari pihak tuan/puan untuk menghebahkan serta mempromosikan festival kami ini. Pihak media massa juga turut diundang untuk membuat liputan semasa hari festival ini nanti. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya Iffah, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Publisiti My Southern Food and Culture Festival, di talian 011-39880353 atau menerusi email effahmoh@gmail.com.