Dunia Penuh Gosip - Generasi Fesyen Dunia Penuh Gosip: Generasi Fesyen - All Post
Memaparkan catatan dengan label Generasi Fesyen. Papar semua catatan
Pereka duo yang menggunakan label Wan & Mary dinobatkan sebagai juara program pencarian pereka fesyen tempatan Gen F musim pertama. Wan & Mary milik Hazzerwan Lee, 28, dan Mariam Musa, 28, berjaya menewaskan 9 jenama fesyen lain untuk merebut hadiah wang tunai RM100,000.


"Alhamdullilah syukur, di bulan yang mulia ini, Wan & Mary dinobatkan sebagai juara GenF musim pertama," ucap pereka duo Wan & Mary. Serentak dengan kemenangan itu, Wan & Mary berpeluang untuk menghasilkan koleksi kapsul tajaan FashionValet.

Pusingan akhir menyaksikan Wan & Mary berentap dengan jenama fesyen popular Seth & Luna sebelum diumumkan sebagai juara pada Rabu lalu. Selain itu, lapan jenama fesyen lain yang turut berentap dalam Gen F 2018 ialah Kahou, Jubahsouq, Lolo, Ridzuan Alias, HN, Larf, Calaqisha dan Clothesology.


Gen F dihoskan oleh Hisham Hamid dan melantik pengarah urusan FashionValet, Vivy Yusof serta pereka fesyen ternama Datuk Rizalman Ibrahim sebagai juri tetap setiap minggu. Gen F telah bersiaran setiap hari Rabu pukul 11 malam menerusi Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).