Memaparkan catatan dengan label Indonesia. Papar semua catatan

Assalamualaikum, pada tanggal 15 Disember hingga 19 Disember 2018 ini melalui rasa kemanusiaan dan membantu mereka yang memerlukan dalam bencana EZ Qurban akan ke Palu, Indonesia. EZ Qurban akan menyertai Misi Kemanusiaan anjuran MAPIM untuk memberi bantuan kepada mangsa gempa bumi di Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia.

Ini untuk memenuhi tuntutan tersebut, semua pelaksanaan Aqiqah (Kecuali permintaan hari ke-7, 14 dan 21) akan dikumpulkan dan diagih kepada mangsa gempa disana. Sekiranya anda berminat untuk turut serta, boleh daftar Aqiqah sebelum 12 Disember ini.

Sekiranya anda berminat untuk mengirim sumbangan dalam bentuk lain, sila hubungi pegawai MAPIM berikut Ustaz Fadhil Osman Penyelaras MAPIM Wilayah Persekutuan 017-333 9668.

Hotline: +6013 238 6000
Fax: +603 6186 7872
Email: admin@ezqurban.org
Tel: +603 618 619 11








Walaupun industri muzik serantau ini penuh dengan cabaran daripada muzik luar namun masih mampu menghasilkan karya yang terbaik dan berkualiti. Tapi kelihatannya Anugerah Planet Muzik tahun ini agar begitu suram dan tidak segah seperti mana penganjuran tahun sebelum ini. Dari segi pencalonan dan juga penganjuran yang seperti 'Melepas Batuk Di Tangga'.



Apa pun keputusan telah dibuat dan kemenang telah dirangkul oleh semua. Tahniah kepad Judika apabila paling banyak membawa pulang anugerah pada malam tersebut. Tidak kurang juga kepada Ayda Jebat yang pertama kali menang Lagu Terbaik Malaysia walaupun ia adalah keputusan yang sengaja dibuat. Tak perlu nak bangga sangat lah sehingga nak perli orang lain kau menang sebab semua yang calon tak sedap dalam kategori tu. 


Senarai penuh pemenang APM 2018


Artis Baru Terbaik (Lelaki) : ADRIAN KHALIF - FLAWLESS / MERONA

Artis Baru Terbaik (Wanita) : SARA FAJIRA - YOU KNOW

Kolaborasi Terbaik (Artis) : DATO’ SRI SITI NURHALIZA & JUDIKA - KISAH KU INGINKAN

Duo/Kumpulan Terbaik : GAMALIEL AUDREY CANTIKA (GAC) - SUARA

Band Terbaik : SHEILA ON 7 - FILM FAVORIT

Lagu Paling Popular (Singapura) : AKU SENDIRI - SUFI RASHID

Lagu Paling Popular APM : TERGANTUNG SEPI - HAQIEM RUSLI

Ikon Media Sosial : KHAI BAHAR

Artis Paling Popular (Singapura) : SUFI RASHID

Artis Paling Popular APM : KHAI BAHAR 

Lagu Terbaik (Singapura) : RACUN - FARHAN SHAH

Lagu Terbaik (Indonesia) : JIKALAU KAU CINTA - JUDIKA 

Lagu Terbaik (Malaysia) : MATA - AYDA JEBAT

Lagu Terbaik APM : JIKALAU KAU CINTA - JUDIKA 

Artis Terbaik (Lelaki) : JUDIKA - JIKALAU KAU CINTA

Artis Terbaik (Wanita) : ISYANA SARASVATI - LEMBARAN BUKU

Anugerah Khas Planet Muzik : ROSSA


Apa pun pada malam tersebut yang paling dinantikan adalah persembahan daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan lagu baru Anta Permana dan juga Judika yang berjaya memukau semua penonton dengan persembahan hebat. Tahniah kepada semua pemenang kita tengok kat anugerah yang akan datang dia yang bangga tu boleh menang lagi ker.






Lagu 'Cindai' yang dinyanyikan oleh penyanyi No 1 Malaysia Dato 'Siti Nurhaliza dicalonkan untuk kategori Lagu Original Soundtrack Filem Terbaik di Box Office Movie Awards Indonesia 2017.

Dipilih sebagai soundtrack asal untuk filem 2016 kategori filem komedi Indonesia-Malaysia bertajuk My Stupid Boss yang diarahkan oleh Upi Avianto dan lakon layar Farid Kamil. Ia menjadikan satu-satunya lagu Malaysia yang dicalonkan di dalam anugerah tersebut.


Dianjurkan oleh Surya Citra Televisi (SCTV), anugerah industri filem tahunan ini bertujuan untuk menghargai usaha para pembikin filem dan pengeluar Indonesia. Tambahan pula, anugerah itu bertujuan untuk memupuk pertumbuhan industri supaya mengekalkan menggalakkan keluaran filem tempatan yang box office.

Edwin Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria Records melahirkan rasa terkejut bahawa lagu lama 20 tahun telah dicalonkan dan sangat bangga untuk mewakili Malaysia pada anugerah itu. Lagu ini telah dikeluarkan pada tahun 1997 oleh Suria Records, dari album yang ketiga daripada Dato 'Siti Nurhaliza sebagai sebahagian daripada usaha beliau pada genre etnik pop.


'Cindai' adalah sebuah lagu tradisional melayu yang dihasilkan oleh komposer terkenal dan penulis lirik, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah dan lirik ditulis oleh Hairul Anuar Harun. Lagu ini menceritakan kehidupan hidup kekecewaan seseorang walaupun banyak halangan.

Bagi 20 tahun yang lalu, 'Cindai' telah menerima pelbagai anugerah - Best Irama Malaysia & Etnik Kreatif Song (1998), Anugerah Juara Lagu (1998), AJL Best Penonton Song (2005), dan Anugerah Perlindungan Hak Cipta (MACP) Music Authors ' Favourite top 90-an (2007). Indonesia Box Office Movie Awards akan diadakan pada 29 Mac 2017. Good luck buat lagu Cindai.






Anugerah Planet Muzik gabungan 3 buah negara nusantara Malaysia, Indonesia dan Singapura telah berlangsung dengan jayanya di Teater MediaCorp Singapura malam tadi. Menganugerahkan 19 kategori yang terbaik kepada yang paling popular dan juga penghargaan. Ini satu-satunya anugerah memartabatkan muzik nusantara keperingkat antarabangsa.


Namun kehebatan beberapa artis tidak dapat dinafikan apabila merangkul banyak anugerah pada malam tersebut. Caliph Buskers yang berjaya membawa pulang 2 anugerah terbaik melalui kategori Lagu Terbaik (Malaysia) dan Lagu Terbaik APM


Juga turut merangkul banyak anugerah pada malam tersebut adalah artis dari Malaysia Ayda Jebat. Ayda berjaya memenangi kategori popular iaitu Lagu Paling Popular APM, Artis Paling Popular APM dan kategori khas Ikon Media Sosial One Drop Perfume. Tahniah kepada semua pemenang lain yang telah mengharumkan nama negara dan industri musik nusantara.

Disenaraikan pemenang keseluruhan pada malam Anugerah Planet Muzik 2016.

Artis Baru Terbaik (Lelaki) : Rizky Febian (Kesempurnaan Cinta)

Artis Baru Terbaik (Wanita) : Yuka Kharisma (Hati Berbisik)

Duo/Kumpulan Terbaik : Afgan dan Raisa (Percayalah)

Band Terbaik : Musikimia (Dan Bernyanyilah)

Artis Paling Popular (Singapura) : Sufi Rashid

Lagu Paling Popular (Singapura) : Kisah Dua Muka (Sufi Rashid)

Lagu Paling Popular APM : Pencuri Hati (Ayda Jebat) 

Ikon Media Sosial One Drop Perfume : Ayda Jebat  

Artis Paling Popular APM : Ayda Jebat 

Kolaborasi Terbaik (Artis) : Awi Rafael dan Ayai (Manusia Sempurna)

Kolaborasi Terbaik (Lagu) : Beautiful (Aziz Harun & Faizal Tahir)

Lagu Terbaik (Singapura) : Bertemu Kembali (Haikal)

Lagu Terbaik (Malaysia) : Hanya Nama Mu (Caliph Buskers)

Lagu Terbaik (Indonesia) : Dan Bernyanyilah (Musikimia)

Anugerah Rentas Planet : Yuna (International Breakthru Artiste Award)

Anugerah Khas Planet Muzik : S.Atan

Artis Terbaik Lelaki : Glenn Fredly

Artis Terbaik Wanita : Raisa 

Lagu Terbaik APM : Hanya Nama Mu (Caliph Buskers)

*Gambar dari Facebook rasmi APM




Apa itu #ITA2016? Ramai tertanya-tanya apa kaitan ITA2016 dengan Upin dan Ipin. Sebenarnya ITA2016 ada sebuah majlis anugerah berprestij di negara seberang Indonesia. ITA atau Indonesia Television Awards 2016 merupakan sebuah penghargaan terbesar dan paling prestij terhadap program TV, pelakon TV serta insan musik di Indonesia, yang terdiri dari 12 kategori.
Upin & Ipin menjadi satu-satunya calon dari Malaysia yang tercalon untuk kategori Program Animasi Terpopuler. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia perlu bangga dan bagi sokongan kepada rancangan animasi yang berjaya mengharumkan nama di peringkat antarabangsa.

Dapatkan DVD terbaru Upin & Ipin di sini sekarang juga



Cara untuk korang mengundi Upin & Ipin adalah seperti berikut :-

1) 1 ID untuk 1 undi.
2) Undian melalui akaun twitter perlu mendaftar sebelum 1 Ogos 2016 dan mempunyai minima 50 follower
3) Undian melalui akaun Facebook harus LIKE Fanpage Indonesia Television Awards dan baru buat undian. 
4) Cara undi adalah dengan komen di foto kategori dalam Fanpage ITA seperti ini.
Type #ITA2016<jarak>Kode Kategori<jarak>Nama Pencalonan. (lihat gambar di bawah).


5) Tempoh mengundi adalah bermula dari 22 Ogos hingga 12 September 2016.

Jadi masih ada beberapa hari sahaja lagi untuk kita mengundi bagi kemenagan besar Upin dan Ipin di sana. Upin dan Ipin adalah animasi yang sangat mendapat tempat dihati penonton di Indonesia. Sehinggakan ia menjadi viral dan ikutan kanak-kanak di sana. Sama-sama kita doakan kejayaan animasi Malaysia ini dipersada antarabangsa.

Nantikan filem terbaru daripada Upin dan Ipin tak lama lagi









Satu lagi filem dari negara seberang yang bakal menemui penonton Malaysia awal September tahun ini. Filem "Kalam-Kalam Langit" yang membawa genre keagamaan pasti akan menyentuh hati semua yang menontonnya. Filem arahan Tarmizi Abka dan dimainkan oleh barisan pelakon yang cukup hebat di Indonesia seperti Dimas Seto, Ibnu Jamil, Elyzia Mulachela, Meriza Febriany dan ramai lagi.


Pratonton filem ini akan diadakan pada penghujung bulan August ini kepada semua media dan juga barisan penggiat seni tanah air. Keunikan filem ini adalah kisah disebalik kehidupan di sekolah pondok sekitar Lombok Barat. Menggunakan latar belakang yang cantik sekitar Lombok dan seni kamera yang menarik menjadikan adegan filem ini mengujakan.

Sinopsis filem Kalam-Kalam Langit

Kisah Jafar yang dari kecil mendapat didik agama yang cukup tinggi dari kedua ibubapanya. Sehingga beliau berjaya mendapat tawaran biasiswa melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah pondok. Di situ bermula segala kisah suka duka dan juga terselit kisah cinta 3 segi antara Jafar, Azizah dan Anissa.


Dalam sekolah pondok itu selalu diadakan pertandingan Tilawah Al Quran untuk mencari mereka yang terbaik. Jafar seorang yang cukup hebat dalam tilawah juga disaingi oleh seorang lagi pelajar iaitu Syatori juga ingin memenagi pertandingan tersebut. Lagi hebat Jafar mendapat tentangan kuat daripada bapanya untuk menyertai pertandingan itu. Sehingga bapanya sakit dan meninggal dunia akhirnya Jafar membawa diri ke Lombok kg asal ibunya. 

Di situ Jafar membina hidup baru tapi kerana kesedapan dan ilmu agama yang kuat dalam dirinya terhadap tilawah menjadikan orang kg memilih beliau mewakili Lombok untuk pertandingan peringkat daerah. Tapi masih ada kekangan dalam beliau meneruskan hajatnya itu. Bagi nak tahu kisah seterusnya harus menonton di pawagam.

Jalan cerita

Ada babak yang sangat menyentuh hati penonton kerana kasih sayang antara anak dan ibubapanya. Kalau nak dengar suara sebenar pelakon2 ini mengalunkan ayat2 suci Al Quran mesti kena tonton filem ini. Filem ini sesuai di tonton oleh semua peringkat usia dan juga seisi keluarga. Walaupun ia berkonsepkan keagamaan namun masih ada unsur humor dalam cerita ini yang kadang2 buat kita tertawa. Kalau nak tonton sesuatu filem yang relax tapi ada pedoman dalamnya filem Kalam-Kalam Langit adalah sangat sesuai. Nantikan tayangannya awal bulan September di seluruh pawagam di Malaysia. 


Detail Filem Kalam-Kalam Langit
Sutradara : Tarmizi Abka
Produser : H.R. Dhoni Ramadhan, Hj. Dian Permata Purnamasari, Asad Amar
Penulis Skrip : Faozan Rizal
Pelakon : Dimas Seto, Ibnu Jamil,Elyzia Mulachela, Meriza Febriany, Mathias Muchus, Henidar Amroe dan Ade Firman
Genre : Drama, Keagamaan
Durasi : 1jam 15minit
Bintang : 4/5 Bintang








Anugerah Planet Muzik 2014 (APM 2014)  yang memberi pengkitirafan kepada bakat-bakat dalam industri muzik Melayu serantau (Malaysia, Singapura, Indonesia) bakal diadakan di Suntec Singapura pada 17 Oktober depan. Pada edisi ke-13 kali ini sebanyak 19 anugerah akan dipersembahkan yang mana telah bertambah satu kategori daripada tahun lalu. Kategori tersebut adalah Kategori Kolaborasi Terbaik.

 

Senarai akhir Anugerah Planet Muzik 2014 ada kategori yg terbaik dan untuk ketegori popular and boleh mengundi artis kesayangan anda. Berikut merupakan senarai pencalonan akhir Anugerah Planet Muzik 2014:

1. Artis Baru Terbaik (Lelaki)
  • Faizul Sany
  • Reyza Hamizan
  • Ryan Sufiyan
  • Sufie Rashid
  • Tulus

2. Artis Baru Terbaik (Wanita)
  • Aisyah Aziz
  • Fatin Shidqia Lubis
  • Fynn Jamal
  • Hanie Soraya
  • Maria Calista

3. Kolaborasi Terbaik (Artis)
  • Altimet  & Awierafael – Kalau Aku Kaya
  • Altimet feat Trisno Trio – Hello
  • Hafiz & Rossa – Salahkah
  • Siti Nordiana & Aliff Aziz – Tak Ada Cinta Sepertimu
  • Stacy & Smash – Hello

4.Kolaborasi Terbaik (Lagu)
  • Cinta Sesungguhnya – Sabhi Saddi/ Bemby Noor
  • Mimpi – Aisyah Aziz / Faizal Tahir/ Omar K
  • Tanpamu – Aryan Band / M. Nasir / Farid Yusof
  • Takdir Cinta- Awi Rafael/ Adi Priyo Sambodo
  • Terbaik Bagimu – Siti Nurhaliza / Ade Govinda

5.Artis Terbaik (Lelaki)
  • Afgan – Katakan Tidak
  • Cakra Khan – Setelah Kau Tiada
  • Hafiz – Matahari
  • Judika – Mama Papa Larang
  • Sabhi Saddi- Cinta Sesungguhnya

6.Artis Terbaik (Wanita)
  • Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga
  • Raisa – Mantan Terindah
  • Rossa – Hijrah Cinta
  • Shila Amzah – Cinta Hati
  • Siti Nurhaliza – Lebih Indah

7.Duo/ Kumpulan Terbaik
  • Aizat & Yuna- Dwihati
  • Altimet & Awi Rafael – Kalau Aku Kaya
  • Bebi Romeo feat Tata Janeeta – Bawalah Cintaku
  • Hafiz & Rossa – Salahkah
  • Trio Lestari – Gelora Cintaku

8. Band Terbaik
  • Aryan Band
  • Bunkface feat Amy Search
  • Hyper Act
  • Noah
  • Tujuhband

9.Lagu Terbaik (Singapura)
  • Kesempurnaan Cinta – Auraz Band / Awi Rafael & Nanaz/ Awi Rafael & Wawan
  • Sayang – Sezairi
  • Setia Cinta- Idi Hakim & Erma / Yazri Malik/ Idi Hakim
  • Suara Kita – Tujuhband/ Shamil Haniff / Irwan Azly
  • Tiada Pengganti – Sufie Rashid/ Izwan Khuzir & Rusdi Badri/ Shafiq Iskandar & Sufie Rashid

10.Lagu Terbaik (Malaysia)
  • Aku Juga Manusia – Amir Jahari
  • Hanya Aku – Hyper Act/ Frozen
  • Lebih Indah – Siti Nurhaliza / Aubrey Suwito/ Ad Samad
  • Relakan Jiwa – Hazama/ Manusia Putih
  • Sepasang Sayap – Faizul Sany / Amir Jahari & AG Coco/ Amir Jahari

11.Lagu Terbaik (Indonesia)
  • Ini Cinta – Noah / Ariel
  • Jangan Cintai Aku Apa Adanya – Tulus/ Ari Aru Renaldi / Tulus
  • Jangan Gila – Bunga Citra Lestari/ Pay & Dewiq
  • Pameran Utama – Raisa / Mohammed Kamga
  • Setelah Kau Tiada – Cakra Khan/ Aldi Nada Permana

12.Artis Paling Popular (Singapura)
  • Aisyah Aziz
  • Aliff Aziz
  • Art Fazil
  • Audionauts
  • Awi Rafael
  • Diorama
  • Ryan Sufian
  • Sezairi
  • Sleeq
  • Sufie Rashid
  • Taufiq Batisah
  • The Sallys

13.  Lagu Paling Popular ( Singapura)
  • Aku Berlalu – Ryan Sufiyan
  • Gelek Sampai Roboh – Comic Strip & The lion Story
  • Ikrar Kasih – Taufiq Batisah
  • Jauh – The Sallys
  • Kau Milik Ku – Klutz & Man Toyak
  • Kesempurnaan Cinta – Aurazband
  • Sebenarnya- Fathin Amira Zubir
  • Setia Cinta- Didi Hakim & Erma
  • Sketsa Segitiga – Diorama feat Zaibaktian
  • Suara Kita – Tujuhband
  • Tanpamu- Aryanband
  • Tiada Pengganti – Sufie Rashid

14. Artis Paling Popular APM
  • Afgan
  • Aliff Aziz
  • Awi Rafael
  • Hazama
  • Hafiz
  • Noah
  • Raisa
  • Rossa
  • Shila Amzah
  • Sleeq
  • Taufiq Batisah
  • Yuna

15. Lagu Paling Popular APM
  • Aku Yang Tersakiti- Judika & Kotak
  • Dia Dia Dia – Fatin Shidqia Lubis
  • Hanya Aku – Hyper Act
  • Havoc – Joe Flizzow feat Altimet & SonaOne
  • Hidup Untukmu Mati Tanpamu – Noah
  • Kalau Aku Kaya – Altimet & Awi Rafael
  • Katakan Tidak – Afgan
  • Mantan Terindah – Raisa
  • Relakan Jiwa – Hazama
  • Rentak Laguku – Bunkface feat Amy Search
  • Tepi Sikit – Sleeq & Joe Flizzow

16. Nova Media Sosial
  • Abdul Thaqif
  • Arians feat Irvan Camily
  • Astika Candra
  • Fadhlan Razali
  • Fatin Majidi
  • Khareez Kasbulah
  • Miiko feat Joenickev
  • Shelma & Keshia
  • Syazni

17. Ikon Media Sosial
  • Afgan
  • Aliff Aziz
  • Hafiz
  • Nidji
  • Noah
  • Sherina Munaf
  • Shila Amzah
  • Sleeq
  • Taufiq Batisah
  • Vidi Aldiano

18.Anugerah Khas Planet Muzik

19.Lagu Terbaik APM