Dunia Penuh Gosip - MTHQA Dunia Penuh Gosip: MTHQA - All Post
Memaparkan catatan dengan label MTHQA. Papar semua catatan
Tahniah kepada qari dan qariah Malaysia diumumkan sebagai johan kategori tilawah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-61.


Abdul Khair Jalil memperoleh 93.02 markah dan kemenangan itu membolehkan beliau menerima kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000 yang berlangsung di Pusat Konvesnyen Kuala Lumpur. Tempat kedua milik qari dari Algeria, Yassine Bekouassa, manakala tempat ketiga, Ilyas Lamhayahoui (Maghribi).

Nor Farhatul Fairuzah Panut qariah dari Malaysia pula mendapat 87.05 markah membolehkan beliau juga menerima kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000. Wakil Indonesia, Wardatun Nisa Hasa menduduki tempat kedua, manakala tempat ketiga, Karimah Hayibaraheng (Thailand). RAJA Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyampaikan hadiah kepada johan Qariah Tilawah Al-Quran.

Bagi kategori Hafazan lelaki, peserta dari Sweden, Mohamed Abdi dinobatkan sebagai juara manakala untuk kategori wanita, ia dimenangi peserta dari Niger, Fatouma Ousseni Moussa. 

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang di majlis di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, malam ini. Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.