Dunia Penuh Gosip - Mydin Dunia Penuh Gosip: Mydin - All Post
Memaparkan catatan dengan label Mydin. Papar semua catatan
Rakyat Malaysia, bersedia dengan troli beli-belah dan lampu suluh kepala Energizer kerana kempen Energizer ‘Shop In The Dark’ dengan kerjasama MYDIN kembali untuk tahun kedua!


Berikutan maklum balas mengujakan daripada kempen Energizer ‘Shop In The Dark’ tahun lalu, Energizer bekerjasama dengan MYDIN sekali lagi untuk menganjurkan Energizer ‘Shop In The Dark’ buat peminat setianya dan pengunjung MYDIN yang bakal merebut hadiah beli-belah bernilai RM3,500!

Tahun lalu, kempen ini merangkumi beberapa siri cabaran Bilik Gelap di pasar raya terpilih MYDIN yang terletak di lima negeri Semenanjung Malaysia – Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor. Dalam cabaran ini, pengunjung perlu membeli-belah dalam gelap merujuk pada satu senarai dalam tempoh yang ditetapkan, memaparkan betapa berkuasanya bateri Energizer Max yang kini mampu bertahan 8x lebih lama. Peserta dengan markah tertinggi pada setiap siri jelajah kemudiannya dijemput menyertai pusingan akhir kempen Energizer ‘Shop In The Dark’ di MYDIN USJ, Subang Jaya.

Tahun ini, untuk meraih lebih ramai pengunjung dan pengguna Energizer di seluruh negara, Energizer menawarkan tiga cara berbeza untuk menyertai seperti:
  1. Siri jelajah (bermula 5 Mei)
  2. Penyertaan menggunakan surat (bermula 1 April)
  3. Peraduan di Facebook (bermula 1 April)

Siri jelajah Bilik Gelap memperkenalkan satu kelainan bagi realiti maya (VR) yang baru bagi cabaran tahun ini di mana pengunjung akan membeli-belah di dalam gelap menggunakan alat VR. Pengunjung yang berminat untuk menyertai menerusi siri jelajah atau penghantaran borang perlu menyertakan resit pembelian minimum RM10 produk Energizer atau Eveready.

Penyertaan bagi Energizer ‘Shop In The Dark’ bermula 1 April bagi penghantaran borang dan peraduan Facebook. Sepanjang Mei nanti, siri jelajah realiti maya akan diadakan di empat rangkaian terpilih MYDIN terletak di empat negeri di Semenanjung Malaysia – Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor.

Empat pemenang daripada cabaran siri jelajah ini, lima pemenang daripada peserta borang dan satu pemenang daripada peraduan Facebook akan memenangi sesi beli-belah selama lapan minit bernilai sehingga RM3,500 sewaktu pertandingan akhir yang akan diadakan di MYDIN USJ, Subang Jaya pada tarikh yang bakal diumumkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara penyertaan dan peraturan peraduan bagi Energizer ‘Shop In The Dark’ ini, orang ramai digalakkan untuk melayari https://www.facebook.com/EnergizerMY/.