Dunia Penuh Gosip - Nora Danish Dunia Penuh Gosip: Nora Danish - All Post
Memaparkan catatan dengan label Nora Danish. Papar semua catatan
Filem pertama Malaysia yang mengadakan majlis pelancaran trailer bersama media dan juga barisan pelakon. Itu yang diungkapkan oleh pengarah muda Syamsul Yusof merupakan salah seorang pelakon utama dalam Filem Makrifat Cinta . Beliau berkata begitu dihadapan hampir 100 orang yang hadir dalam jemputan pelancaran trailer filem baru ini yang bertempat di IRDKL Mall Shah Alam.


Filem ini bakal ditayangkan sepenuhnya pada 1 Februari 2018 nanti tapi seakrang semua media dan tetamu dapat menonton trailer filem ini. Pada sidang itu juga turut diadakan acara roadtour ke menara IRDKL Shah Alam yang baru milik penuh TSR Flims Sdn Bhd. Dalam bangunan itu bukan sahaja ada kedai tapi dilengkapi dengan pawagam sendiri TSR Cinemax dan dewan conference.


Berbalik kepada filem Makrifat Cinta ia adalah adaptasi daripada kisah benar yang diarahkan oleh pengarah muda Kamal G. Barisan pelakon lain yang juga turtu hadir pada malam gala tersebut adalah Dato Adi Putra, Puteri Balqis dan Sabrina Ali. Filem ini juga membariskan pelakon hebat seperti Nora Danish, Nabila Huda dan Datuk Aznil Haji Nawawi.

Sinopsis Filem


Ia adalah filem kisah kekeluargaan dan juga terselit aksi dan emosi menjadikan penonton lebih terjua untuk menghabiskan filem ini. Ia berkisarkan kehidupan sepasang suami isteri iaitu Mahathir lakonan Sayamsul Yusof dan Zara lakonan Nabila Huda serta mempunyai seorang anak perempuan iaitu Aisha lakonan Puteri Balqis.


Kehidupan yang miskin ditengah kota memberi tekanan kepada Mahathir ditambah dengan mengahwini seorang isteri yang hidup penuh dengan kemewahan. Akhirnya Mahatir berjaya mencipta satu applikasi yang mampu untuk merubah hidupnya menjadi jutawan sekelip mata.


Tapi kerena hutang beliau bersama Ah Long yang masih banyak juga adik iparnya Rizal lakonan Adi Putra seorang pengedar dadah membuatkan beliau terus terhimpit. Bertemu dengan Sophea lakonan Nora Danish mengubah kehidupan beliau kepada yang penuh masalah menjadi tenang. Namu banyak dugaan yang Mahathir lalui sepanjang beliau mengenali Sophea dan juga adakah mereka akan jatuh cinta. 

Kelebihan filem ini 


Filem ini paling dihadapan dari segi penggunaan kamera kerana menjadi filem melayu pertama di Malaysia yang menggunakan lensa kamera Cooke Optics yang di sewa khas dari Mumbai, India. Filem terbitan Dhananwood Films Sdn Bhd ini menelan belanja hampir 4 juta untuk merealisasikan semua itu. 


Termasuk juga menggunakan 20%-30% kesan CGI kalau korang tengok beberapa aksi lasak kemalangan, letupan dan pelbagai menjadikan ia lebih rea. Kami yang datang tengok trealer ini pun dah rasa filem ini menarik dan mampu membawa penonton jauh menghayati jalan ceritanya dan juga gaya barisan pelakon yang hebat.


Nantikan filem ini akan ditayang pada 1 Februari 2018 nanti di semua pawagam seluruh Malaysia. 

Layari laman di bawah untuk info lanjut:-










PELAKON Nora Danish mengesahkan sedang hamil tiga bulan selepas lima bulan mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri.

“Saya gembira dengan berita ini... Suami lagilah bertambah teruja. Cuma pada peringkat awal dan atas nasihat doktor, saya tidak boleh terburu-buru.

 Gambar Nora Danish hamil hasil perkahwinan pertama beliau.

“Pada usia saya sekarang, apa saja boleh terjadi. Saya kena lebih berhati-hati dan atas nasihat doktor serta suami, kerja seni terpaksa diperlahankan.

“Tumpuan saya sekarang lebih kepada menjaga kandungan dalam perut ini,” katanya.

Tambah pengusaha label fesyen Owl By ND ini, suaminya orang yang paling gembira.

“Sekalipun saya dan suami sudah mempunyai pengalaman memiliki anak, keterujaan itu jadi berbeza. Malah, ini menjadi tanda cinta saya dan suami.

 “Nampaknya impian Rayqal hendak ada adik akhirnya dipermudahkan. Sebelum ini pun, dialah yang begitu mahu saya berikan adik,” katanya.

Mengenai jantina bakal anaknya, Nora dan suami, tidak kisah sama mereka bakal dikurniakan puteri atau putera.

“Tapi dapat anak perempuan pun okay juga... Boleh jadi penyeri dalam keluarga kami.

“Namun, semuanya masih terlalu awal untuk dijangka,” katanya kepada BH Online.

Nora, 35, yang memiliki seorang anak daripada perkahwinan lalu, bernikah dengan Nedim pada 30 Mac lalu.





Hujung bulan lepas 3 orang artis popular tanah air telah mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang mereka. Tapi dalam 3 orang artis ini paling mengejutkan adalah keputusan Nora Danish untuk mengahwini kekasih hati yang telah dikenali lebih dari 5 tahun. Majlis akah nikah dan juga persandingan Nora bersama Nedim sangat mengejutkan dah tidak ramai media tahu.


Majlis pernikahan yang diadakan pada 30 Mac di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur. Majlis tertutup dihadiri 200 orang sahaja ahli keluarga terdekat dan juga rakan-rakan rapat pasangan pengantin. Tapi apa pun tahniah kepada Nora dan Nedim setelah berteka-teki apa bila titanya tentang status perkahwinan mereka hari tersebut telah terlaksana.

Moga pasangan ini terus bahagia hingga Jannah dan mendapat cahaya mata yang comel dan terus popular. Murah rezeki Nora lepas ni makan banyak berlakon dan mana tahu jadi penyanyi. Satu lagi pasangan yang juga hangat dalam dunia seni dengan kisah cinta asyik putus jer telah selamat berlangsung perkahwinan.


Sapa lagi kalau bukan Sharnaaz Ahmad bersama tunangnya iaitu Noor Nabila yang telah belangsung pada 31 Mac bertempat di Hotel The Royale Chulan, Damansara. Pada malam tersebut Sharnaaz menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan. Manakala mas kahwin pula sebanyak RM 1000 dan wang hantaran dirahsiakan.

Sebelum pasangan ini hangat dengan isu bergaduh dan juga isu kad kahwin bertatah Batu Swarozski. Wow memang hangat lah beliau dan akhirnya tamat juga segala isu ini selepas mereka selamat berlangsung dengan tenang dan aman. Doa kami moga beliau terus bahagia hingga Jannah dan dapat cahaya mata yang ramai itu impian Sharnaaz hehehe.


Juga artis yang tamat zaman bujang bulan lepas iaitu Ammar dari kumpulan Titan. Amar memilih Amalina Jamil sebagai pasangan hati mengadakan majlis pernikahan yang berlangsung di Farar Place, Kampung Sungai Buah, Dengkil, Selangor. 

Tahniah buat Ammar dan pasangan moga juga terus bahagian dan kekal hingga Jannah dan mempunyai cahaya mata yang comel. Bila pula turn Mahagosip untuk menglangsungkan perkahwinan adakah orang nak sponser meriah sikit hehehe.