Memaparkan catatan dengan label Persembahan Pentas. Papar semua catatan
Musim cuti sekolah tiba lagi hujung tahun ini pelbagai aktiviti menarik mula dirancang oleh ibu bada untuk mengisi masa cuti anak-anak. Salah satu yang ibu bapa boleh lakukan adalah dengan menyaksikan persembahan secara langsung Nickelodeon's Dora The Explorer. Sapa tak kenal Dora seorang watak kanak-kanak perempuan pintar yang bermain teka-teki dalam dunia pengembaraan yang menyeronokan.





Siri rancangan tv yang cukup popular ini kini telah berada di pentas Resort World Genting untuk selama cuti sekolah ini. Membawa watak sebenar Dora dan rakan-rakan satu hiburan yang berguna dan berfaedah untuk kanak-kanak. Masin mengekalkan konsep esplorasi dan teka-teki serta pendidikan melalui hiburan lagu Dora pasti akan membuatkan anak anda tidak keruan menyaksikannya.




Sedikit sinopsis kisah Nickelodeon’s Dora the Explorer LIVE! Search for the City of Lost Toys. "Dora telah kehilangan Osito teddy bear hadiah harijadinya dan dia memerlukan bantuan untuk mencari teddy miliknya itu. Melibatkan penonton melalui lagu, tarian dan menyelesaikan masalah, tidak ada keraguan bahawa Dora akhirnya berjaya, sehingga dia dapat menyanyikan kata kunci pada akhirnya - We Did It!"



Tayangan Dora ini boleh disaksikan di Genting International Shoowroom bermula dari 24 November 2018 hingga 1 Januari 2019. Waktu tayangan pula hanya pada pukul 7.30 malam untuk hari Isnin hingga Jumaat, manakala 4.00 petang dan 7.30 malam untuk hari Sabtu dan 4.00 petang pada hari Ahad. Tiada tayangan pada tarikh 26 November, 3 Disember, 17 Disember dan 24 Disember.




Tiket pula boleh didapati dengan harga RM186.00 (VIP), RM143.00 (PS1) dan RM101.00 (PS2). Harga tambahan untuk yuran pemprosesan sebanyak RM4.00 akan dikenakan. Ahli GRC (Genting Rewards Card)  akan dapat menikmati diskaun standard sebanyak 10% melalui pembelian secara tunai, kad kredit atau penebusan mata ganjaran Genting.


Resorts World Genting juga menawarkan promosi pakej bilik  istimewa Dora The Explorer, termasuklah tiket untuk tayangan. Standard Room untuk bilik di Hotel First World bernilai RM330.00 sebuah bilik pada hari biasa dan hujung minggu RM359.00 termasuklah dua PS1 tiket tayangan Dora.


Bagi pakej Hotel Theme Park pula, promosi yang ditawarkan RM529.00 untuk King Room termasuk dua PS1 tiket tayangan, RM847.00 untuk Quad Room termasuk empat PS1 tiket dan RM1,105 untuk bilik 6 orang termasuk enam PS1 tiket. Tayangan ini ditaja penuh oleh PPB Property Development Sdn. Bhd.




Jadi tunggu apa lagi ibu bapa yang masih tiada perancangan cuti sekolah ini masa untuk membawa anak-anak menyaksikan Dora The Explorer Live ini. Mungkin ia akan memberi kegembiraan yang tiada di tempat lain sambil bercuti dipuncak gunung yang sejuk dan nyaman. Maklumat lanjut layari laman web www.rwgenting.com atau hubungi talian +603 2718 1118. Selamat menonton dan berhibur semua.

Menangi 4 tiket Dora The Explorer Live di sini.





Penampilan 6 wanita hebat, Ella, Aishah, Noraniza Idris, Nora Ariffin, Elda Susanti dan Yuka Kharisma yang akan digandingkan dengan orkestra dbkl pada 11hb Ogos 2018 di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.


Semua dijemput hadir bagi memeriahkan Konsert Voices Of Ladies ini Pada Tarikh dan di Tempat yang tertera di bawah ini. Masuk adalah percuma. 

Daftar RSVP, sila hubungi di https://klix.cc/2ZIHl
Tarikh: 11hb Ogos 2018
Tempat: Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur





Actor Studio dengan kerjasama Pentas Sila mempersembahkan sebuah persembahan kontemporari bertajuk Langkau. Persembahan kontemporari Langkau ini merupakan gabungan dua disiplin persembahan yang berbeza iaitu tari dan teater. Langkau yang melibatkan lima pengkarya tari dan teater yang kini juga bekerja sebagai pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan dipersembahkan pada bulan Ogos di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC)


Persembahan ini merupakan hasil garapan dan cetusan idea Faillul Adam dan Murni Omar yang mendapat inspirasi mengenai persembahan ini muncul yang ketika mereka terlibat dalam sebuah program Step-Up anjuran Dance Ireland, semasa melanjutkan pengajian sarjana mereka di sana. Penglibatan dan pengalaman yang dikutip di peringkat antarabangsa mencetuskan buah fikiran untuk berkongsi pengalaman, pandangan, dan informasi kepada bidang seni persembahan Malaysia.

Setelah pulang ke Malaysia pada tahun 2014, Faillul Adam dan Murni Omar bersama-sama dengan dua lagi pensyarah dari Fakulti Teater ASWARA mengemukakan cadangan untuk mementaskan sebuah persembahan yang menggabungkan dua disiplin persembahan yang berbeza. Shahrul Mizad dan Iefiz Alaudin kemudiannya menyertai untuk memberikan nafas dan gaya persembahan yang berbeza dari segi proses kreatif dan juga persembahan akhir nanti. Kemudian, Fasyali Fadzly menyertai mereka untuk bersama-sama menjayakan produksi ini dan memegang peranan sebagai third eye dan penulis skrip.

Proses kerja silang disiplin (cross-discipline) yang dilakukan antara mereka bertujuan untuk mencari satu pendekatan yang berbeza dalam persembahan kontemporari tempatan. Sesuai dengan dinamika dan perkembangan persembahan di seluruh dunia, kerja kreatif silang disiplin telah banyak diamalkan serta diterapkan untuk mencari pendekatan baru dalam penyampaian emosi dan fizikal. Kedua-dua elemen ini sering dieksperimenkan oleh para artis serta ahli akademik seluruh dunia.


Sinopsis Cerita Asal Socialphobia


Eksplorasi Langkau bertema sekitar isu penyakit fobia-sosial (socialphobia) yang menjadi ancaman kebanyakan rakyat Malaysia pada ketika ini. Bersesuaian dengan kemajuan ilmu dan penggalakan konvensi dan ciptaan baharu, eksplorasi ini disampaikan dengan cara dan gaya persembahan kontemporari. 

Bagaimanapun, proses pencernaan merupakan proses yang sangat menarik kerana melibatkan pertukaran idea, kaedah, teknik dan cara penyampaian yang berbeza antara dua cabang seni persembahan ini. Hasilnya, persembahan ini juga menonjolkan potensi bahasa teaterikal yang unik dalam menyampaikan maksud ketakutan sosial. Menggabungkan elemen tari, gerak fizikal lakon dan pengucapan Langkau menjanjikan pengalaman teaterikal yang berbeza berbanding pementasan biasa.

Apa yang menarik dalam proses penciptaan Langkau ialah pada awalnya ia hanya sebuah percubaan untuk melakukan ekpserimen dan eksplorasi serta berkongsi idea daripada kedua-dua bidang, yakni tari dan tetaer, tanpa memikirkan bagaimanakah produk akhir karya ini nanti. Para pengkarya tidak memikirkan untuk menghasilkan sebuah karya tari yang turut dipersembahkan oleh pelakon, mahupun sebuah teater yang mempunyai penari di dalamnya. Tambahan lagi, proses awal eksplorasi bukan melalui skrip yang sedia ada, tetapi skrip ditulis sejajar dengan perkembangan latihan atau eksplorasi.

Barisan Pelakon Yang Berbakat Besar


Persembahan ini melibatkan lima orang individu yang terlibat dan berbakat besar di dalam seni persembahan. Mereka baru saja menamatkan pengajian dalam bidang seni persembahan di universiti terkemuka luar negara iaitu Faillul Adam, Murni Omar, Fasyali Fadzly dan Iefiz Alaudin yang memperolehi biasiswa penuh dari ASWARA untuk pengajian Pasca-Siswazah di Eropah dan Kanada.

Manakala Shahrul Mizad, seorang penggiat seni teater yang berpengalaman dan memenangi beberapa anugerah iaitu Cameronian Boh Arts Awards kategori Persembahan Terbaik Split Gravy on, Top 5 Best Solo Performance menerusi karya Lembu arahan dan tulisan Shahili Bin Abdan atau lebih dikenali sebagai Namron dan Cameronian Boh Arts Awards dalam kategori Pementasan Berkumpulan Terbaik menerusi karya Alang Rentak Seribu.







Di tengah-tengah Nusajaya, Iskandar Malaysia mengumumkan kemunculan Medini Live! dua hari tentang filem, kesenian dan masyarakat festival di Mall of Medini, Nusajaya, Johor pada 6 Jun dan 7 Jun 2015. Lebih 20 artis kreatif telah dipilih semata-mata untuk Medini Live! untuk memastikan satu pengalaman yang luar biasa seni yang bertujuan untuk meletakkan Medini pada peta tempatan dan antarabangsa untuk kreativiti, budaya dan interaksi masyarakat. Medini Live! akan mempamerkan persembahan muzik secara langsung, tayangan filem dan bengkel dan pameran seni.

 

Program ini juga menyatukan semua artis dan penggiat seni yang berasal dari negeri Johor sendiri, antaranya ada seperti :-
1) Joe Flizzow
2) Sona One
3) Najwa Muhyiddin
4) Darren Ashley


Medini Live! akan menjalankan bengkel eksklusif filem dan lawatan studio. Bengkel akan dijalankan oleh penulis terkenal dan pengarah filem, U-Wei, bersama pelakon Sofia Jane dan pelakon Sabri Yunus yang akan membimbing penonton melalui proses mengarah dan bertindak dalam pembikinan filem.


Selain itu juga, Saw Teong Hin akan berkongsi di belakang tabir cerita Puteri Gunung Ledang, filem Malaysia yang pertama dipilih untuk Festival Filem Venice dan berada di atas selama-senarai untuk Oscar. Pengeluaran jawatan penyelia bunyi dan editor Hiro Ishizaka daripada Imagica SEA, pemain utama Jepun dalam teknologi audio canggih dan peralatan yang berpangkalan di Pinewood Iskandar Malaysia Studios akan mengadakan bengkel mengenai bunyi di pawagam.


Hiburan teater juga di selitkan iaitu antaranya kumpulan-kumpulan teater nomad lepas dari Jogjakarta, Ketoprak Tobong disokong oleh Yayasan AirAsia dan persembahan khas Kesenian Tradisional Johor . Bagi yang berminat untuk datang ke Medini Live! ia adalah PERCUMA. Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari Facebook di https://www.facebook.com/medinilive, Instagram MediniLive dan Twitter MediniLive. Selain itu, e-mel mereka di info@medinilive.com.









Teater bangsawan Malaysia terus maju dan berkembang dengan jaya dan mendapat perhatian di hati peminat teater di Malaysia. JKKN terus membawa teater ke peringkat seterusnya melalui program Siri Semarak Bangsawan 2014. Baru2 ini persembahan teater bangsawan Sinbad telah di tayangkan di Auditorium DBKL Jalan Raja Laut. Mendapat sambutan yg luar biasa dan tepukan gemuruh daripada penonton.


Sebelum ini JKKN bersama DBKL telah menganjurkan teater bangsawan Merong Mahawangsa. Kalau na ketahui lanjut tentang teater tersebut boleh baca di sini. Ia merupakan rentetan dalam program menyemarakkan teater kepada rakyat bagi tahun 2014. Sinbad adalah teater arahan Rosnan Nordin dan di barisi artis2 dari Grand Opera JKKN.


Di sini sedikit sinopsis tentang jalan cerita teater Sinbad : Dendam Ratu Kala. Kalau baca sinopsis ini anda sendiri dapat bayang tentang babak yg di lakonkan.

"Setelah kematian Ratu Sheeba, Ratu Kala ingin membalas dendam di atas kematian anaknya. Dia menculik Puteri Jasmin sebagai terbusan. Sinbad hilang punca arah di mana kedudukan Kerajaan Ratu Kala di Alam Hitam, dia memulakan pelayaran dan berjanji jika tidak kembali dalam sepurnama, ayahanda saudara Jasmin iaitu Jaafar akan menjadi Sultan.


Sinbad meminta pertolongan tiga setan Ratu Sheeba yg mengetahui kedudukan Kerajaan Ratu Kala. Bagi memujuk setan bertiga itu, dayang-dayang digunakan sebagai pengatara. Sementara itu Puteri Jasmin telah di tukar sifatnya menjadi Sheeba oleh Ratu Kala dan pelayaran Sinbad terhalang dengan kuasa sihir.


Setelah selamat mendarat di Alam Sihir, Puteri Jasmin yang menjadi Sheeba diarah membunuh Sinbad. Dengan menggunakan batu permata dewa, Puteri Jasmin dipulihkan dan dengan bantuan setan-setan bertiga, Sinbad dapat membunuh Ratu Kala denga tongkat sihir kala. 

 


Sementara itu Jaafar berangan-angan ingin memerintah Kerajaan Sinbad tetapi malangnya Sinbad sampai tepat pada waktunya dan terbocor rahsia Jaafar bersengkokol dengan Ratu Kala."

 


Teater ini sungguh menarik kerana bukan sahaja barisan pelakon dan cara lakonan yang berkesan tetapi juga penggunaan teknologi tinggi serta pentas yg di realisasikan dengan sekaran real. Ia sungguh memberangsangkan dan memberi kekuatan kepad satu-satu pementasan teater. 


Kepada anda yg berminat untuk menonton teater ini boleh layari laman sesawang www.jkkn.gov.my dan laman facebook JKKN. Masih ada lagi persembahan teater untuk masa akan datang yg lagi menarik dan seronok. Jutaan terima kasih di ucapkan kepada Destination Malaysia kerana menjemput Mahagosip untuk menonton teater ini.