Dunia Penuh Gosip - Puteri Dunia Penuh Gosip: Puteri - All Post
Memaparkan catatan dengan label Puteri. Papar semua catatan
Kini satu lagi animasi bakal menggegarkan dunia kartun di Malaysia setelah kejayaan Upin & Ipin. Puteri adalah sebuah lagi siri animasi hasil karya syarikat animasi Les' Copaque Production yg popular di Malaysia. Animasi ini telah mula ditayangan di TV3 pada 20 November yg lalu pukul 9 malam. Hari pertama tayangan sahaja telah mendapat sambutan yg luar biasa di Malaysia.


Animasi ini menceritakan tentang kisah 5 org Puteri yang hidup di sebuah Kerajaan Limau. Manis mempunyai suara yang merdu, Kasturi mempunyai hati seorang pahlawan, Purut yang pemalu, Bali seorang yang penyayang and Nipis si budak nakal bersama kucingnya bernama Jebat. Masing-masing dari lima beradik mempunyai kemampuan yang luar biasa yang apabila digabungkan, mampu menjaga keamanan dan keharmonian dalam kerajaan dengan mengalahkan ancaman jahat, makhluk mistik, dan sihir gelap


Animasi yg di hasilkan ini adalah dari team yg sama seperti animasi sebelum ini namun keperincian di jelaskan dan segala pegerakan dan warna juga telah di tambah baik untuk hasil yg lebih kemas. Animasi ini juga mempunyai runut bunyi lagu Puteri yg di nyanyikan oleh penyanyi cilik Adreena. Menonton untuk episod pertama sahaja begitu mengujakan sekali hasilnya dan pasti ia akan menjadi fenomena hebat seperti Upin & Ipin.