Memaparkan catatan dengan label Ramadan. Papar semua catatan
Sekali lagi stesen televisyen gaya hidup Islam pertama negara TV AlHijrah melakar kejayaan apabila berjaya mencatat 1.6 juta tontonan di kaca televisyen dan 3 juta tontonan di platform digital sepanjang awal Ramadan 1441H.


Menurut Encik Namanzee Harris, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, “TV AlHijrah sentiasa menjadi saluran pilihan penonton setiap kali tibanya Ramadan. Namun peningkatan jumlah tontonan dwi platform kali ini adalah luar biasa dan ia membuktikan sokongan terus menerus penonton setia stesen ini termasuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan kami.”

“Saya percaya ini adalah antara hikmah tersembunyi di sebalik kesedihan dan kebimbangan kita semua terhadap serangan pandemik Covid-19. Umat Islam khususnya mencari makanan rohani yang menangkan jiwa. Justeru, semua rancangan-rancangan baru yang diterbitkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta rancangan sedia ada di TV AlHijrah dipastikan bersifat menyeluruh yang merangkumi aspek moral dan kerohanian.” jelasnya.

Setakat minggu pertama Ramadan, program #QuranTime menjadi pilihan utama penonton dengan capaian hampir 1 juta tontonan di platform televisyen dan 10 juta tontonan di di Facebook Live TV AlHijrah.


Secara tidak langsung ini membuktikan bahawa TV AlHijrah masih kekal releven di mata masyarakat terutamanya golongan muda yang menjadi kumpulan sasaran stesen ini. Ini kerana golongan muda ini adalah penyumbang terbesar yang melayari TV AlHijrah menerusi media digital seperti Alhijrahmedia.com, Facebook Live dan juga aplikasi Spotify yang dilancarkan baru-baru ini.

“Kami bersedia menemui penonton dalam dan luar negara menerusi adaptasi teknologi terkini di platform digital sebagai kaedah baru penyampaian dakwah. Sebagai contoh, menerusi Spotify TV AlHijrah, pelayar internet mempunyai pilihan mendengar semula bacaan Al-Quran, tazkirah, kuliah, nasyid dan rancangan-rancangan lain yang sebelum ini hanya dapat ditonton melalui televisyen. Lebih 200 kandungan audio Islamik akan dikemaskini setiap hari.” jelas Namanzee.


“Kami berbesar hati di atas sokongan padu yang diterima daripada jutaan penonton setia dan berharap agar ianya berterusan. Kami turut menyeru dan membuka peluang buat rakan-rakan strategi korporat dan persendirian untuk sebarang bentuk kerjasama yang memanfaatkan ummah.”

Dalam keterbatasan PKP, TV AlHijrah berjaya menyediakan sebanyak 92 jam kandungan istimewa ramadan yang meliputi program kerohanian, bual bicara, majalah dan travelog.


Antara program-program tersebut adalah seperti rancangan QuranTime, Ihya’ Ramadan, Tazkirah Jumaat, Tausiyah Ustazah Asma, Munajat, Kembara Sufi Jejak Anbiya, Assalamualaikum Istimewa Ramadan, Ngaji On The Go: Ustaz & Artis Lelaki, Ngaji On The Go: Ustazah & Qariah, Tadarus 30 Juzuk, E-Kaunter Netizen Bersama Syamsul Debat.

Jadi, jangan lupa untuk menjadikan TV AlHijrah sebagai ladang ilmu sepanjang zaman. Pastinya kesemua rancangan siaran stesen ini mampu menenangkan, menghilangkan rasa gusar serta mendekatkan seluruh penonton stesen ini dengan Allah SWT.







Menjalani ibadah puasa sewaktu diduga dengan ujian wabak Covid-19 bukanlah alasan untuk umat Islam seantero dunia bermurung durja, lemah serta kalah kepada ujian yang diturunkan oleh Allah SWT.


Umat Islam yang beriman kepada Rukun Islam dan Rukun Iman seharusnya menjadikan pelaksanaan ibadah puasa 1441H saat diserang virus sekecil zarah ini sebagai ruang untuk menambah ketakwaan, keimanan dan nilai integriti di dalam diri.

Oleh yang demikian, TV AlHijrah menyeru seluruh umat Islam terutamanya penonton setia stesen ini untuk menghayati dan menjalani ibadah puasa secara bijaksana dengan sudut pandangan berbeza namun penuh kebaikan mengikut acuan Islam.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Encik Namanzee Harris, “TV AlHijrah meraikan kedatangan Ramadan 1441H kali ini dengan mengangkat tema Ramadan Menyuci Hati sebagai kempen istimewa sepanjang sebulan berpuasa”.

“Tema ini membawa maksud yang jelas iaitu mengajak penonton membudayakan penghayatan ibadat berpuasa mengikut sunnah Baginda Rasulullah SAW seperti besederhana dalam setiap perbuatan, mengelakkan pembaziran, melipatgandakan ibadah dan banyak lagi.”


“Paling istimewa, menerusi tema ini, kita didik nurani dan melatih empati diri penonton untuk lebih peka kepada nasib golongan yang kurang berkemampuan terutamanya mereka yang sangat terkesan dari sudut ekonomi dan psikososial dek penangan pandemik global ini.” katanya.

“Kita mahu semua yang menonton TV AlHijrah pada Ramadan kali ini beroleh manfaat serta menanam semangat dan iltizam untuk mempertingkatkan amalan hingga ke hari terakhir Ramadan seterusnya mengekalkannya sepanjang kehidupan.”


“Ini adalah peluang terbaik untuk refleksi diri. Jangan jadikan keterbatasan berpuasa pada saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai alasan untuk tidak mengejar markah penuh ibadah ini. Kita diciptakan sebagai sebaik-baik kejadian. Kita adalah umat Nabi Muhammad SAW. Kita harus menjadi juara.”

Perencanaan kempen Ramadan Menyuci Hati ini dilaksanakan di dwi platform iaitu di platform televisyen dan di platform digital. 12 rancangan baru sajikan secara segar buat penonton di rumah. Kesemua rancangan ini menyeimbangkan empat kompenen penting di dalam diri manusia iaitu qalb (hati), al-ruh (ruh), al-nafs (nafsu), al-aql (fikiran).


“Kita yakin, TV AlHijrah akan menjadi stesen pilihan utama rakyat Malaysia sepanjang Ramadan ini dek nadi penyiarannya yang mampu memberikan makanan jiwa buat penonton. Lihat sahaja, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, TV AlHijrah menjadi pilihan utama penonton untuk kandungan Islam dengan syer saluran 2 kali ganda di hadapan saluran-saluran Islamik yang lain. Malahan laman Facebook TVAH dilayari oleh 10.6 juta pengguna pada bulan ini iaitu 7 kali ganda melebihi jumlah pengikut sedia ada.”

“Tontonlah rancangan kami. Ia pasti mampu menenangkan, menghilangkan rasa gusar serta mendekatkan seluruh penonton stesen ini dengan Allah SWT.” Dalam keterbatasan PKP, TV AlHijrah berjaya menyediakan sebanyak 92 jam program khusus untuk kandungan istimewa ramadan yang meliputi program kerohanian, bual bicara, majalah dan travelog.


Antara program-program tersebut adalah seperti rancangan QuranTime, Ihya’ Ramadan, Tazkirah Jumaat, Tausiyah Ustazah Asma, Munajat, Kembara Sufi Jejak Anbiya, Assalamualaikum Istimewa Ramadan, Ngaji On The Go: Ustaz & Artis Lelaki, Ngaji On The Go: Ustazah & Qariah, Tadarus 30 Juzuk, E-Kaunter Netizen Bersama Syamsul Debat.

Disamping program-program ramadan ini, TV AlHijrah juga sedang menyusun dan merangka strategi bagi kempen musim haji yang akan datang. Kerjasama dari pihak-pihak korporat yang berminat untuk menaja pada kempen musim haji hadapan amatlah dialu-alukan. Jadi, jangan lupa untuk menjadikan TV AlHijrah sebagai ladang ilmu anda pada bulan ramadan ini. Banyak perkongsian bermanfaat untuk semua lapisan umur telah disediakan.







Berpuasa bukan hanya sekedar menahan diri dari makan, minum, dan semua hal yang dapat membatalkannya. Namun, puasa juga bertujuan untuk mendidik nurani serta melatih empati diri kita untuk peka kepada nasib golongan yang kurang berkemampuan.


Mahu berkongsi ilmu dan maklumat, TV AlHijrah menyeru seluruh umat Islam terutamanya penonton setia stesen ini untuk melaksanakan ibadah puasa mengikut acuan Islam.


Menurut Pengerusi TV AlHijrah, Datuk Hussamuddin Yaacub, “ TV AlHijrah meraikan kedatangan Ramadan 1440H kali ini dengan mengangkat tema Ramadan Menyuci sebagai kempen istimewa sepanjang sebulan berpuasa”.


“Tema ini membawa maksud yang jelas iaitu mengajak penonton membudayakan ibadat berpuasa mengikut sunnah Baginda Rasulullah SAW seperti besederhana dalam setiap  perbuatan, mengelakkan pembaziran dan lain-lain.” katanya.


“Kita mahu semua yang menonton TV AlHijrah pada Ramadan kali ini beroleh manfaat serta menanam semangat dan iltizam untuk mempertingkatkan amalan hingga ke hari terakhir Ramadan seterusnya mengekalkannya sepanjang kehidupan.” tambah beliau lagi.

Perencanaan kempen Ramadan Menyuci ini didokong oleh sebelas program baru yang bukan sahaja boleh ditonton di kaca televisyen, namun juga boleh dilayari di platform digital iaitu menerusi laman sesawang https://alhijrahmedia.com/ dan juga laman sosial Facebook.



Sebanyak 450 jam diperuntukkan khusus untuk kandungan istimewa Ramadan yang meliputi program dokumentari, rancangan kanak - kanak, bual bicara, masakan, majalah dan kerohanian. 



Antara program-program tersebut adalah seperti rancangan Ihya’ Ramadan, Moment Ramadan, Interaksi Bersama Al Quran, Tali Allah, Jom Taranum, Motokar Muallaf, Sentuhan Hati Dari Haramain, Kasihku, Mutiara Kasih, Senang Je Masak Ni dan Ekspress Iftar.






Disamping program-program ramadan ini, TV AlHijrah juga sedang menyusun dan merangka strategi bagi kempen musim haji yang akan datang. Kerjasama dari pihak-pihak korporat yang berminat untuk menaja pada kempen musim haji hadapan amatlah dialu-alukan.



Jadi, jangan lupa untuk menjadikan TV AlHijrah sebagai ladang ilmu anda pada bulan ramadan ini. Banyak perkongsian bermanfaat untuk semua lapisan umur telah disediakan.







Sepanjang bulan Ramadhan yang makin hampir ke arah Hari Raya Aidilfitri, Resorts World Genting sekali lagi memainkan peranan untuk masyarakat dengan Majlis Berbuka Puasa tahunan dengan warga Orang Asli, yang diadakan dengan penduduk orang asli yang tinggal di sekitar bukit Gunung Ulu Kali pada 25 Mei, 2018 di Kampung Orang Asli Sg Merjuk.

 

Sebagai acara yang diadakan setiap Ramadhan selama lebih kurang sedekad, Majlis Berbuka Puasa dengan Orang Asli tahun ini membawa seramai 200 orang asli dari Kampung Sungai Merjuk dan Kampung Sungai Dua Hulu di Bentong, Pahang. Sebagai wakil dari Resorts World Genting, Katherine Chew (Naib Presiden Perhubungan Awam dan Komunikasi), bekerjasama dengan penduduk kampung untuk berpecah apabila doa Maghrib menyeru di atas gunung itu, sebelum duduk bersama untuk ceria dan peribumi makan iftar.

 

"Dari semua upacara buka puasa saya menghadiri setiap Ramadhan, ini adalah yang paling istimewa," kata Katherine Chew. "Ramadhan di Malaysia adalah sebulan kesabaran dan perpaduan, dan kami berbangga berada di sini hari ini - seperti yang kita telah selama bertahun-tahun - untuk berkongsi hidangan buka puasa dengan orang asli yang tinggal di hutan sekitar Genting Highlands untuk generasi . Kami adalah sebahagian dari komuniti yang sama, bersatu dengan gunung. Ini mungkin merupakan isyarat kecil, tetapi ia adalah satu yang kita harap akan membuat perbezaan dalam kehidupan mereka. Selagi saya bersama Genting Malaysia, saya selalu membuat satu titik untuk menghadiri upacara buka puasa ini, dan setiap orang sentiasa istimewa. "

 

Setelah makan selesai, setiap keluarga dari dua buah kampung menerima satu set barang kemas sebagai cenderahati dari Genting Malaysia Berhad - yang termasuk makanan ruji seperti beras dan minyak masak, serta merawat seperti mi Milo, Maggi Cup dan biskut - untuk memastikan bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri akan menjadi berlimpah. Semua kanak-kanak dari kampung juga menerima set alat tulis yang disesuaikan, hadiah untuk menekankan pentingnya pendidikan dan bermain kepada generasi orang asli.