Dunia Penuh Gosip - Rock Dunia Penuh Gosip: Rock - All Post
Memaparkan catatan dengan label Rock. Papar semua catatan

Sebuah persembahan muzik, Konsert Hip Rock ’19 Culture Syiok merupakan acara yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahun Dua, Fakulti Pengurusan Seni, Budaya dan Warisan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan bimbingan sepenuhnya oleh Encik Wan  Mohamed Syamil Wan Shamsul Anuar, pensyarah kursus kuliah. Persembahan ini akan diadakan di Panggung Eksperimen, ASWARA. Butiran seperti berikut:

Nama Persembahan : Konsert Hip Rock ’19 Culture Syiok
Tarikh : 22 November 2019 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Panggung Eksperimen, ASWARA


Konsert Hip Rock ’19 Culture Syiok akan membawakan kepada penyampaian dua genre yang berbeza iaitu Hip Hop dan Rock di mana setiap susunan lagu yang ditampilkan diberikan nafas baharu khas kepada semua penonton yang hadir. Konsert Hip Rock ’19 Culture Syiok ini akan mempersembahkan lagu-lagu Hip Hop dan diikuti juga Rock yang digabungkan menjadi satu untuk tontonan semua. Objektif utama Konsert Hip Rock ’19 Culture Syiok diadakan adalah untuk memperkenalkan sub genre dalam genre utama Hip Hop dan Rock seterusnya digabungkan menjadi HipRock, konsep Edu-Tainment juga merupakan nadi yang ingin ditonjolkan dalam konsert ini.

Konsert Hip Rock ’19 Culture Syiok ini mengenakan tema “Mix & Match” berikutan kesesuaian gubahan, nafas dan cara persembahan yang kreatif pada keseluruhannya. Antara barisan artis yang bakal mewarnai sepanjang persembahan Konsert Hip Rock’19 Culture Syiok ialah Radhi OAG, FareedPF (K-Clique), Azri AF9 , Alyssa Rosli dan Lawalah Familia serta penampilan khas DJ Mocx. Artis lain seperti Serra Kamal, Akmal Ayub, Syawal Afro, Elly Yusni, Jiha Akhir, Irfan,  May,  Dekwa,  Asif Zaim, Dhiya Suhaili dan juga Mior Ahmad serta Afiq Rahim. Konsert Hip Rock ’19 Culture Syiok telah mendapat kerjasama dan penajaan dari Puffy Enterprise dan 2Twenty2 Studio. 

Pihak Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya, ASWARA ingin mewar-warkan Konsert Hip Rock ’19 Culture Syiok ini dan berharap agar mendapat sokongan dari pihak media untuk mempromosikan persembahan konsert ini untuk tujuan publisiti. Hebahan melalui laman sosial dan ruang media amatlah digalakkan mengenai persembahan Konsert Hip Rock ’19 Culture Syiok.

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi saya, Husnol Khotimah Binti Ali , Pengurus Perhubungan Awam, Pemasaran dan Publisiti di talian 011 1322 8215 atau Nur Shazwani Mohd Yusof, Penolong Pengurus Perhubungan Awam, Pemasaran dan Publisiti di talian 018 983 0060. Tuan/Puan juga disarankan untuk berhubung secara langsung menerusi email husnolkhotimahali@gmail.com / nurshazwaniyusof@gmail.com / culturesyiok19@gmail.com.