Dunia Penuh Gosip - Tersingkir Dunia Penuh Gosip: Tersingkir - All Post
Memaparkan catatan dengan label Tersingkir. Papar semua catatan
Minggu separuh akhir pada malam tadi menyaksikan bahawa hanya 6 orang finalist yang akan ke peringkat akhir Gegar Vaganza. Peserta yang berjaya ke peringkat akhir adalah Aishah sudah pasti, Hazami, Firman, Tia, Liza Hanim dan Lan Solo. Semua keputusan adalah di tangan 4 orang juri untuk peringkat separuh akhir ini.


Dua juri jemputan pada malam itu adalah Datuk Ahmad Tamimi Siregar dan Dato Wah Idris. Pada malam itu persembahan Syura bagi Tok Ram sangat teruk dan banyak masalah teknikal. Juga ditambah komen oleh Hetty Koes Endang apabila Syura bertukar kepada rentak dangdut bagaikan tembak tidak mengenai sasaran. Ini menyebabkan juara program Masterchef Celebriti Malaysia Musim ke 2 ini tersingkir.

Pada malam separuh akhir ini semua peserta menyampaikan dua buah lagu iaitu satu lagi solo dan satu lagi lagu OST filem. Aishah terus menyerlah dan mendapat pujian melambung daripada Dato Ramli serta dato memberikan terus tiket ke final buat Aishah selepas habis persembahan pertama beliau pada malam itu.


Minggu depan adalah minggu final yang akan di adakan di Studio Iskandar Johor Bahru secara langsung dari sana dan di Astro Ria serta Ria HD. Tiket juga telah habis dijual kepada semua yang mahu menyaksikan secara langsung di sana. Tema minggu akhir adalah battle dan lagu solo. Siapa kali ini bakal dinobatkan juara Gegar Vaganza musim ke 4.





Semalam dalam program paling ramai peminat dan penyokong Gegar Vaganza 4 digemparkan dengan dua berita sedih sekaligus. Semua orang tak sangka dan ini bukan drama tapi realiti kerana program ini memang real dan nyata ok bukan sebab nak naik ranking.


Berita sedih pertama adalah minggu terakhir buat Elyana yang tersingkir pada malam minggu ke 5. Elyana yang membuat persembahan penuh semangat dan bersunguh-sungguh akhirnya terpaksa akur dengan keputusan juri yang tidak menyebelahi beliau. El menyampaikan lagu Sepi dengan konsep baju tidurnya.

Berita sedih kedua pula adalah pada masa sama penyingkiran Elyana itu beliau juga turu membuat pengumuman bahawa beliau adalah seorang pesakit kanser tahap 4 yang sedang yang telah bertarung selama 7 tahun penyakit ini. Juga memohon kepada semua mereka diluar sana yang mengidap sakit agar terus bersemangat untuk berjuang demi kelangsungan hidup jangan mengalah.


Setalah pengumuman itu dibuat ramai peminat dan penonton di dewan mahupun di rumah bagaikan terkejut dan tak kurang yang juga turut bersimpati dengan nasib menimpa Elyana ini. Menurut sumber bahawa Elyana sekarang serang melawan sakit kanser Limfoma yang serius. Tapi El nampak bergitu ceria sihat bila buat persembahan di atas pentang memang hebat.

Respek pada beliau kerana ia membuktikan bahawa orang sakit jangan hanya menunggu dah terbaring jer kat rumah tapi kena berusaha untuk melawannya dengan cara masing-masing. Sama-sama kita dioakan kepada kesihatan kepada Elyana melawan penyakit yang dihadapi sekarang. 

Malam minggu ke 5 ini juga persembahan hebat kelihatan pada persembahan Aishah, Hazami, Lan Solo dan juga Liza Hanim. Minggu depan semua 7 peserta yang tinggal akan mebawa teman "Jangan Kata Tak Tahu' iaitu tema lagu popular budak-budak baru nak up serta yang popular tahun 90an. Selamat maju jaya semua.





Tema duet dengan menyampaikan lagu Memori Daun Pisang bersama dengan Ezad menyebabkan Haida tersingkir pada minggu ini. Haida nampak kurang selesa dengan lagu dangdut seperti mana kata juri Haida kurang menghayati lagu dangdut tersebut. Sebelum ini persembahan Haida begitu meningkat dan lain dariapada lain setiap minggu.


Mungkin juga bukan dah rezeki Haida tak apa masih ada peluang untuk terus berjaya dalam industri diluar sana. Juga persembahan yang kurang menyengat adalah Tia Jinbara. Aqasha juga hampir tersingkir dengang persembahan yang banyak kekurangan tapi masih terus terselamat pada minggu ini.

Manakala persembahan paling menyerlah adalah nyanyian Aishah yang memang memukau dapat menarik lagu Ceritera Cinta nyanyian Jac dengan cara sendiri sehebatnya. Juga persembahan memukau dari peserta yang biasa dapat pujian iaitu Liza Hanim, Lan Kristal dan Syura

Minggu ke 5 pula tema Kaun Kerabat menyaksikan lagu yang disampaikan adalah lagu artis yang ada adik-beradik serta sedara mara dalam industri yang sama menyanyi. Sapa pula bakal menyerlah minggu depan dan siapa bakal tersingkir. Juga menarik minggu depan akan ada penampilan istimewa Upiak Isil yang viral dengan lagu Tak Tuntuang nantikan macam mana persembahan beliau bersama pengacara Jihan dan Nabil tu.





Rancangan yang dinantikan peminat dan selalu menjadi trending di sosial media Gegar Vaganza sekali lagi beraksi minggu ke 3. Kali ini menyaksikan semua 11 peserta menyanyikan lagu bukan forte mereka dengan tema 360.


Menyaksikan minggu ini akhirnya Raja Azura tersingkir jua setelah bekerja keras untuk terus berada dalam persaingan yang hebat ini. Menyampaikan lagu Perhaps Perhaps Perhaps dengan  persembahan menarik namun masih tidak mampu memukau juri. 

Juga mendapat markah terendah adalah Elyana juga Aqasha namun masih terselamat. Liza Hanim terus mengekalkan kehebatan minggu ini apabila mendapat markah tertinggi dari juri dan juga menerima Anugerah Vida Vaganza pilihan penonton. Liza menyanyikan Lagu Untukmu yang dipopularkan oleh Meet Uncle Hussain.


Juga tidak kurang hebatnya adalah nyanyi Syura, Haida dan Hazami. Yang sentiasa mengagumkan juri setiap minggu dan memberi persembahan hebat. Minggu depan pula bertemakan duet bersama artis jemputan dan siapa pula bakal tersingkir dan siapa bakal menyerlah. Sama-sama kita saksikan.






 
Memegang tiket sebagai bekas juara AF 2015 tidak menjamin peserta AF Megastar tidak akan tersingkir dan itu yang menjadikan ia begitu getir sekali. Nasib Sufi jauh lebih teruk apabila ia menjadi mangsa penyingkiran minggu lepas setelah berada pada kedudukan bottom 3 untuk dua minggu beturut-turut.


Persembahan sufi minggu ini sangat teruk dan tidak seperti minggu Rock yang mana kali ini beliau menyampaikan lagu Izinkan Ku Pergi. Pihak juri juga tidak yakin dengan persembahan Sufi yang nampak sangat lemah. Walaupun pada minggu itu beliau dinobatkan sebagai Juara Raku dan juga Star Of The Week 2 minggu berturut-turut. 

2 lagi peserta yang berada di bottom 3 adalah Syahir dan juga Amir terselamat kerana hanya ada satu penyingkiran sahaja minggu itu. Keseluruhan persembahan adalah sangat memberangsangkan seperti persembahan Bob, Marsha dan Syamel.

Manakala peserta lain perlu memberbaiki banyak lagi terutama dalam pemilihan lagu dan juga penghayatan kepada lagu agar ia memberikan kesan kepada juri yang banyak memberi markah. Siapa pula bakal tersingkir adakah juara juga atau mereka terus merebut peluang kemasan ini nantikan secara langsung setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria dan Ria HD.







Apa sudah jadi kepada kumpulan Virus yg telah tersingkir di peringkat separuh akhir Maharaja Lawak Mega semalam. Kumpulan Virus gabungan antara kumpulan Jambu dan juga Zizan telah di umumkan tidak layak ke peringkat akhir oleh pengacara Dato AC Mizal. Pengumuman tersebut sgt mengejutkan buat peminat kumpulan tersebut yg cukup memberi sokongan penuh kepada kumpulan ini.


Bagi juri juga agak terkejut dengan penyingkiran kumpulan Virus. Di mana silapnya atau memang kumpulan ini tidak serasa semenjak awal penggabungan mereka. Ini kerena minggu demi minggu kelihatan lawak Virus tidak konsisten. Ada masa kadang2 lawak mereka langsung tidak menjadi dan seperti masing2 masih belum ada keserasian.


Hanya beberapa minggu sahaja dapat di lihat lawak kumpulan Virus ini menjadi seperti mana yg di katakan oleh Dato Jalaludin Hassan. Mungkin juga kerana kontroversi antara Zizan dan juga Fazura yg berlaku minggu lepas. Adakah kerana ini ramai peminat agak meluat dan menyampah dengan lawak Zizan. Tapi semua itu hanya spekulasi sahaja dari penonton dan juga keyboard warrior.

Apa pun tahniah kepada 5 kumpulan lagi yg telah layak ke peringkat akhir Maharaja Lawak Mega. Sepahtu juga hampir tersingkir pada mlm separuh akhir bersama dengan kumpulan Shiro. Namun kejutan untuk kumpulan Zero yg telah berjaya melayakan diri ke peringkat akhir kerana MLM sebelum ini mereka tersingkir awal. Apa pun pasti akhir Maharaja Lawak Mega 2014 akan lebih meriah dan lebih memberi saingan kepada mereka2 yg pernah menjadi juara dan juga peserta peringkat akhir. Tahniah kumpulan Zero, Bochey, Sepahtu, Nabil dan juga Shiro siapa bakal menjadi juara.







Program lawak realiti yg menonjolkan bintang2 lawak tanah air kini telah sampai ke minggu ker 6. Hanya tinggal 5 peserta dari kumpulan Semut Sentap dan 5 peserta sahaja dari kumpulan Keta Konfius. Super Spontan semakin spontan dan semakin menghiburkan dengan telatah hebat daripada barisan pelawak hebat negara.

Namun minggu ini adalah minggu malang buat peserta kerana ada dua penyingkiran di lakukan sekali dalam satu hari rancangan. Di mana penyingkiran peserta wanita terakhir dalam program ini iaitu Nurkhairiah setelah kumpulan mereka gagal meraih mata juara minggu lepas. Begitu juga nasib Shuib apabila beliau juga turut tersingkir minggu ini apabila kumpulan mereka juga telah tewas dan di umumkan di singkir dari program ini.


Penyingkiran kali ini telah menyaksikan sekali lagi pelawak wanita terus tewas dalam program realiti lawak. Sebelum ini  juga dalam program Raja Lawak atau Maharaja Lawak juga semua kumpulan atau peserta wanita tersingkir awal. Adakah pelawak wanita tidak pandai berlawak atau kurang hebat daripada pelawak lelaki. Adakah akan ada generasi pewaris untuk pelawak wanita atau general lawak ini khas untuk kaum lelaki.

Harap program realiti lawak ini akan lebih menonjolkan peserta lawak wanita di masa hadapan untuk mencari pewaris pelawak wanita. Adakah kita akan lihat pelawak lelaki yg berpakaian wanita sahaja di masa depan dan tidak ada pelawak wanita yang tulin. Super Spontan adalah antara arena sesuai untuk menaikan pelawak wanita tetapi bila kita akan lihat itu semua. Saksikan Super Spontan setiap hari Jumaat jam 10.00mlm di Astro Warna dan Astro Mustika HD.





Begitulah kehidupan dikala kita rasa disanjung kita akan berada di atas dan dikala kita jatuh kita akan di lupakan oleh semua. Resam dalam dunia nyata begitu juga dalam dunia program realiti. AF2013 telah  masuk minggu ke 4 dan telah pun betukar Inspirer baru datang dari tanah seberang. Melly Goeslaw adalah satu bintang yg cukup hebat dibawakan oleh Astro bagi bintang2 Akademi Fantasia 2013.

Namun satu penangan hebat buat Melly yg baru sahaja mengenali bintang AF2013 ini kerana terkejut dengan penyingkiran bintang berpotensi iaitu Nona. Nona anak kelahiran Sabah ini menjadi mangsa ke4 program realiti AF2013 apabila di singkirkan melalui AFUNDI. Adakah Nona tidak cukup peminat atau Nona punya persembahan paling teruk pada mlm itu.


Itulah nasib menimpa bakat2 hebat pelajar AF seperti mana pernah berlaku dahulu dalam AF2 apabila Zarina tersingkir awal walaupun bakat beliau ketika itu hebat. Serta belaku pada AF 6 & 7 penyingkiran yg tidak di sangkakan. Padahal mlm itu kita sendiri sebagai penonton dpt menilai persembahan sapa paling hamba sekali. Tapi itu adalah tuah AFUNDI kepada yg lemah kerana kuat pada penyokongnya.

Apa pun mungkin format AF2013 ini perlu di teliti semula kerana bakat2 hebat tidak lagi menjadi taruhan tetapi populariti menjadi ukuran mereka. Adakah akan tinggal mereka yg tidak mampu tampil hebat dalam AF lagi. Adakah tugas Melly akan lebih berat selepas ini untuk memastikan bahawa yg hebat terus kekal dan yg lemah akan di singkirkan. Jgn lupa untuk saksikan Akademi Fantasia 2013 setiap Ahad jam 9.00 mlm di Astro Ria.