Raja Azura Tersingkir Juga Gegar Vaganza Minggu ketiga

Rancangan yang dinantikan peminat dan selalu menjadi trending di sosial media Gegar Vaganza sekali lagi beraksi minggu ke 3. Kali ini menyaksikan semua 11 peserta menyanyikan lagu bukan forte mereka dengan tema 360.


Menyaksikan minggu ini akhirnya Raja Azura tersingkir jua setelah bekerja keras untuk terus berada dalam persaingan yang hebat ini. Menyampaikan lagu Perhaps Perhaps Perhaps dengan  persembahan menarik namun masih tidak mampu memukau juri. 

Juga mendapat markah terendah adalah Elyana juga Aqasha namun masih terselamat. Liza Hanim terus mengekalkan kehebatan minggu ini apabila mendapat markah tertinggi dari juri dan juga menerima Anugerah Vida Vaganza pilihan penonton. Liza menyanyikan Lagu Untukmu yang dipopularkan oleh Meet Uncle Hussain.


Juga tidak kurang hebatnya adalah nyanyi Syura, Haida dan Hazami. Yang sentiasa mengagumkan juri setiap minggu dan memberi persembahan hebat. Minggu depan pula bertemakan duet bersama artis jemputan dan siapa pula bakal tersingkir dan siapa bakal menyerlah. Sama-sama kita saksikan.






 

0 comments: