Dunia Penuh Gosip - Ujibakat Dunia Penuh Gosip: Ujibakat - All Post
Memaparkan catatan dengan label Ujibakat. Papar semua catatan
ADAKAH ANDA YANG KAMI CARI?



JOM SERTAI UJIBAKAT MANHAJJ MUTAWWIF MUSIM KE-2

Tarikh: 15 & 16 Disember 2018
Masa: 10 pagi - 6 petang
Tempat: Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi 019-7078992

Layari :-

Pencarian Mutawwif Terbaik 





Anda rasa anda berbakat dan aktif di sosial media? Anda ramai pengikut di sosial media? Ini masa anda untuk menyerlahkan bakat dan gaya anda. Ujibakat pencarian Miss Social Media (Miss Talent International Competition 2018) telah bermula. Mencari bakat-bakat tersembunyi yang mampu diserlahkan dalam dunia yang nyata. 


Hadiri diri anda dan keyakinan anda seperti maklumat di bawah.

Walk-in Audition untuk Miss Talent International Competition 2018.
Hadiah Wang Tunai bernilai lebih RM200,000 untuk dimenangi.

Tarikh: 14 Mac (Rabu) 2.30PM - 5.00PM
Tempat: Atrium Timur, MyTOWN Shopping Centre








Menuju puncak itulah yang diimpikan ramai anak muda sekarang untuk capai kejayaan dengan cara yang lebih cepat. Menjadi bintang pujaan ramai dengan populariti yang datang tanpa diduga. Kini ujibakat AF2016 bakal bermula pada 15-17 Julai 2016 di Kuala Lumpur. Sebelum ini ujibakat secara online telah dibuka seperti mana tahun2 lepas. 


Seperti tahun2 lalu konsep ujibakat terbuka ini masih sama dimana peserta lelaki dan wanita diberikan lagu wajib untuk disampaikan. Daripada itu mereka yang layak ke peringkat seterusnya akan disaring sekali lagi untuk menjadi pelajar pilihan. Tapi masih terlalu awal untuk menyatakan berepa orang pelajar yang akan ke peringkat saringan akhir sebelum pemilihan 12 pelajar yang sebenar.


Barisan pengajar juga tahun ini masih kekal yang lama cuma ada dua muka baru yang ditampilkan. Kelainan tahun ini adalah pengajar baru iaitu  Mas Idayu yang bakal memikul tanggungjawab sebagai Guru Persembahan Vokal dan Ellie Suriaty Omar sebagai Guru Seni Persembahan. Adakah ini menandakan bakal ada peserta dangdut dalam AF2016 kita nantikan.


Masih orang kuat kepada AF kali ini adalah penaja utama mereka iaitu D'Herbs terlajak laris. Makin larislah Dato Alif ini kan. Apa tunggu lagi datang ker The Boulevard ST Giles Premier Hotel Midvalley Kuala Lumpur untuk ujibakat hujung minggu ini sahaja. Serlahkan bakat anda sekarang juga. 






Ujibakat Akademi Fantasia 2015 Melalui Instavideo adalah langkah mula untuk serlahkan bakat nyanyian anda untuk program realiti nyanyian paling popular di Malaysia. Rakam dan muat naik video uji bakat anda di Instagram. Anda mungkin berpeluang mendapat laluan ekspres dan maju ke peringkat ke-2 uji bakat AF2015! Jangan lepas peluang untuk anda lebih popular dan lebih cepat menjadi artis AF2015.


Tahun ini penajaan lebih besar daripada Hotlink untuk AF2015 dan anda juga boleh sertai ujibakat insta dengan serta showcase Hotlink seluruh Malaysia. Bagi yang nak menghantar Insta boleh follow langkah mudah ini. 

Ujibakat AF 2015 melalui Instagram
1) Rakam video ujibakat anda dan hashtag video and dengan #BakatAF2015 #HotlinkAF2015
2) Muatnaik video anda di Instagram dan pastikan akaun anda adalah Public.

Tu ujibakat secara online untuk memudahkan anda mendapat fastline bagi ke stage seterusnya sekiranya anda terpilih. Tapi kalau anda ingin ujibakat secara walkin pun boleh dengan hadiri ujibakat di lokasi2 yang telah di tetapkan seperti berikut. 

Tarikh (2015) Lokasi
2 & 3 Mei The Light Hotel, Seberang Perai (Pulang Pinang)
9 & 10 Mei 1Borneo Hotel, Kota Kinabalu (Sabah)
23 & 24 Mei Berjaya Waterfront, Johor Bahru (Johor)
30 & 31 Mei Kompleks Sukan Negara (Kuala Lumpur)

Syarat penyertaan walkin
1) Terbuka kepada warganegara Malaysia dan Singapura
2) Berusia 18 hingga 35 tahun sahaja
3) Peserta akan dinilai dari segi teknikal seperti kawalan suara, sebutan, pernafasan, intonasi, rentak, keserasian, harmoni serta kreativiti dan penghayatan persembahan.
4) Lagu wajib yang disenaraikan untuk sesi ujibakat adalah seperti berikut.

PESERTA LELAKI
Lagu Penyanyi
Matahari Hafiz
Mewangi Akim & The Majistret
Pencuri Mark Adam
Pelesit Kota Search
Umpan Jinak Di Air Tenang Ahmad Jais
Harus Terpisah Cakra Khan
All Of Me John Legend
Sedetik Lebih Anuar Zain

PESERTA WANITA
Lagu Penyanyi
Gilalah Stacy
Di Pintu Syurga Dayang Nurfaizah
Sesal Separuh Nyawa Alyah
Ya Maulai Datuk Siti Nurhaliza
Madah Berhelah Ziana Zain
Rindu Amelina
Hatiku yang kau sakiti Rossa
Chandelier Sia

Sediakan diri anda sepenuhnya sebelum hadir ujibakat agar anda tidak kecewa dan jangan takut untuk mencuba dan yakin diri. Tapi jangan terlalu yakin yang tidak bertempat nanti anda juga yang rugi dan malu. AF2015 makin mencabar dan makin mantap mencari bakat2 nyanyian di Malaysia. Daftar secara online dahulu sebelum menyertai ujibakat di link ini. Selamat mencuba.