Dunia Penuh Gosip - pawagam Dunia Penuh Gosip: pawagam - All Post
Memaparkan catatan dengan label pawagam. Papar semua catatan
Hari tu ada post trailer untuk filem terbaik 2018 ini Operasi X. Kalau anda masih was-was untuk tonton filem ini boleh pergi kat post Operasi X Filem Terbaru 2018. Masa lepas tengok trailer tu terus rasa nak pergi tonton filem ni sebab nak tahu sebenar jalan cerita filem ini dan juga kesudahan filem ini.


Seperti anda tahu filem ini menggandingkan 2 hero Malaya iaitu Awie dan Aaron Aziz. Ini memberi impak kepada filem ini selain daripada jalan cerita yang juga tidak seperti filem biasa. Hari tu pergi tengok sendiri filem ini kat pawagam GSC Mid Valley kerana lepas waktu kerja free malas nak balik jalan jem jadi plan terus pergi tengok movie ni. Sekarang mudah beli tiker online guna aplikasi kat phone jer senang boleh pilih tempat duduk sebelum orang lain pilih hehehe.


Masa mula masuk panggung tu memang tak ramai orang sebab waktu hari kerja dan juga lepas waktu kerja ramai orang sibuk nak balik rumah. Bila mula-mula filem ini sendiri kita akan tak tahu apa sebenar watak yang mereka bawakan dan juga peranan dalam filem ini kena tonton sampai habis baru tahu.


Pertama tonton movie ini menyaksikan kemunculan Awie sendiri kita dah nak gelak dengan lawak dalam serius yang dilakukan. Kita tahu Awie dah biasa dengan watak lawak tapi dalam filem ini walaupun pegang watak antagonist tetapi tetap ada komedinya sendiri. Sepanjang keluar jer watak Awie ni mesti tak kering gusi dibuatnya hehehe habis satu panggung gelak ok. Awie dalam filem ini memegang watak Belut iaitu ketua kumpulan Geng Belut.


Aaron Aziz pula watak seorang yang macam tu lah macho dan juga kadang-kadang serius. Tapi ada bab menyedihkan dimana masa kematian sahabat baik depan mata dalam operasi khas mereka. Masa tu rasa emosi juga lah sampai nak menitis air mata jantan ni walaupun kita tengok seorang hero yang berani dalam tugasanya. Sejak itu segalanya berubah dan menjadikan jalan cerita ini terus menjadi tanda tanya apa kesudahannya.


Kalau korang nak tahu tentang kesudahan filem ini kena pergi tonton tak boleh lah nak cerita kat sini nanti spoil mood korang jer hehehe. Tapi sebagai kesimpulan keseluruhan filem ini lain daripada lain walaupun kita tengok ia ada isu kepolisan dan juga isu penjahat tapi masih banyak yang menarik dan memberi prespektif lain kita terhadap filem Melayu. Tapi kepercayaan dan juga kejujuran kena ada dalam segala perkejaan yang kita lakukan.


Sedikit info tentang filem ini :

Pengarah : Sandosh Kesavan
Terbitan :  Dream Pictures Production
Durasi : 1 jam 47 minit
Klasifikasi : P13
Pelakon : Dato' Aaron Aziz sebagai ASP Redzuan
                Dato' Awie sebagai Belut
                Datuk Yusof Haslam sebagai Dato Mokthar
                Hanna Aqeela sebagai Ayu
                Hairul Azreen sebagai Pablo
                Hefny Sahad sebagai Ali Mat
                Hairi Safwan sebagai Inspektor Aman


Filem wajib tonton dan kalau secara keseluruhan boleh bagi 4 BINTANG lah untuk lakonan dan juga plot filem menarik.








MBO Cinemas yang kini pengendali pawagam dengan lokasi yang paling pelbagai di Malaysia dengan bangganya mengumumkan secara rasmi pawagam baru diubahsuai di Setapak Central, Kuala Lumpur baru baru ini.

Dengan slogan "Membawa Kecerian Berdekatan Anda" dan sebagai penghargaan kepada pelanggan setia, cawangan MBO Cinemas Setapak Central yang diubahsuai kini menawarkan susun atur lebih canggih, ruang lebih terbuka di lobi untuk tetamu menunggu dan perkhidmatan kaunter juga dipertingkatkan.


Pengubahsuaian masa depan MBO akan meneruskan konsep ini untuk membawa pangalaman menonton wayang yang terbaik. Semua dewan akan disediakan dengan kerusi ala kulit hitam, sistem audio  terbaru, projektor laser Barco, serta system bunyi Auro 3D menyeluruh disediakan di Dewan 6.

Pawagam MBO Setapak Central menyediakan kemudahan senang guna untuk golongan orang kurang upaya dengan memberi laluan yang mudah ke dewan tayangan dan bilik air serba baru. Cafecito merupakan konsep F&B tersendiri MBO Cinemas untuk keselesaan penuh para pengunjung menikmati kopi yang menyegarkan dan kek lazat sebelum tayangan bermula atau menonton treler wayang yang baru.


Acara pembukaan rasmi MBO Setapak Central Reborn dimeriahkan lagi dengan pelbagai hiburan termasuk tarian jalan (street dance) bertaraf dunia dari Katoon Network, artis terkenal Ayda Jebat dan para hadiran juga berpeluang bersembang dengan DJ selebriti MYFM Jack Lim, Wai Fun dan Emily Poon.

Selain daripada menikmati kemudahan terkini, pengunjung boleh menyertai program kesetiaan pelanggan MBO StarClub tanpa sebarang caj dan menerima mata ganjaran StarPoints untuk menebus tiket wayang percuma, minuman dan barangan premium.


Pawagam ini ialah satu-satu seumpamanya yang memberi program kesetiaan yang percuma. Ahli MBO StarClub boleh gunakan barisan  keutamaan ahli, memperolehi tiket tayangan percuma sempena bulan harijadi dan juga menonton wayang eksklusif.

MBO juga memberi kemudahan membeli tiket dengan internet “TANPA” bayaran tempahan. Pelangan juga dapat membeli tiket untuk wayang 2D dan 3D pada harga sama. MBO Setapak Central ialah pawagam ketiga diubahsuai dengan konsep yang baru selepas MBO The Spring, Kuching dan KSL CITY, Johor Bahru.  Pelanggan di lokasi lain akan menikmati pengubahsuaian secara beperingkat.


MBO Cinemas juga teruja dengan pembukaan pawagam baru berikut pada tahun 2017 dengan memperkenalkan MBO Starling, Damansara Uptown, Elements Melaka, AEON BIG Farlim Ipoh, Kuantan City Mall dan Atria Shopping Mall, Petaling Jaya.