Tahniah kepada penyanyi bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelima, pelakon dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi, 36 telah selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan jutawan bergelar Datuk Seri.
Siapa tak kenal Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman jutawan muda dan juga pemilik syarikat pengasas dan Presiden AUF MBZ Concortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan. Beliau juga pernah menerima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 pada acara Muslim World Biz anjuran Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya baru-baru ini. Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran daripada suaminya. Manakala majlis resepsi akan diraikan di sebuah hotel terkemuka pada malam keesokkannya.
Heliza mengakui tidak pernah tertekan saat disoal mengenai jodoh. Katanya lagi, keutamaannya adalah pada keluarga dan misi kemanusiannya dan tidak pernah terfikir mengenai soal untuk berumah tangga. Sehingga pada tarikh ini akhirnya mereka disatukan juga. Pandai Heliza dan suami simpan rahsia percintaan mereka.
0 comments: