Dari Rakan Sekerja Kini Rakan Serumah Fattah Amin Dan Amira Othman Selamat Begelar Suami Isteri | Dunia Penuh Gosip

Dari Rakan Sekerja Kini Rakan Serumah Fattah Amin Dan Amira Othman Selamat Begelar Suami Isteri

Sebelum ini selalu dilihat bersama atas urusan kerja namun kini kita boleh lihat pasangan Fattah dan Amira sebagai suami isteri. Ini setelah selesai majlis akad nikah yang dilafazkan pada tanggal 14 Feb iaitu pada harijadi Fattah yang ke 35.



Majlis pernikahan dan persandingan Fattah Amin dan Amira Othman berlangsung penuh indah dengan kehadiran keluarga, sahabat serta rakan artis terdekat. Amira sah bergelar isteri kepada Fattah hanya dengan sekali lafaz.

Amira menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin beserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas tujuh dulang hantaran sebagai simbolik penyatuan cinta mereka. Pasangan mempelai itu dinikahkan oleh Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri.



Saksikan Siaran Langsung Eksklusif Majlis Ijab Kabul Setulus Takdir: Fattah Amira melalui aplikasi Unifi TV 2.0, saluran Inspirasi pada 14 September 2025, jam 8 malam!

Bermula dengan majlis khatam Al-Quran Amira Othman dan pada belah malam pula majlis akad nikah yang sarat emosi hingga ke suasana resepsi yang serba elegan, setiap detik pasangan ini sempat dirakam menjadi kenangan berharga.

Pasangan pengantin tampil anggun dalam persalinan serba putih dengan rekaan busana Rizman Ruzaini yang digayakan oleh Fattah, sementara Amira pula menyerlah keayuan dalam persalinan putih rekaan Teh Firdaus. Lebih menarik, para tetamu yang hadir turut mengenakan busana putih bagi menepati tema yang dipilih.



Majlis turut mendapat sentuhan dekorasi daripada Reka Teemor, dengan pengasasnya, Rozana Mumtaz menjelaskan bahawa konsep Al-Zauj dipilih bagi menzahirkan hasrat pasangan yang mahukan pernikahan berkonsep Islamik serta harmoni.

Al-Zauj membawa makna ‘dua jiwa dipertemukan oleh Allah". Fattah dan Amira memang mahukan konsep Islamik, jadi kami ketengahkan tema ini dengan tambahan elemen senja atau sunset yang diselitkan bersama,” katanya.









0 comments: