Kemuncak Bintang Klasik 2025 Milik Sitara Hakimi | Dunia Penuh Gosip

Kemuncak Bintang Klasik 2025 Milik Sitara Hakimi

Sitara Hakimi dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan lima finalis lain menerusi persembahan bertenaga yang memukau juri dan penonton di Auditorium Sri Angkasa, malam tadi.



Hakimi, 33 tahun berkata, kemenangannya adalah sesuatu yang tidak dijangka kerana persaingan sengit di pentas akhir.Naib juara pertandingan menjadi milik Sitara Azmirul, manakala Syaimaa meraih tempat ketiga.

Tiga lagi finalis, Ikmal, Saiful dan Ranisha, masing-masing menerima hadiah saguhati.Pertandingan anjuran RTM itu menampilkan enam finalis dengan format gabungan persembahan solo dan segmen ‘battle’.



Ia sekali gus membuktikan irama klasik tanah air terus relevan dan segar di pentas generasi baharu. Acara gilang-gemilang itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa serta Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman.






0 comments: