Babah Gondol Hadiah Utama FFM 34 | Dunia Penuh Gosip

Babah Gondol Hadiah Utama FFM 34

FILEM "Babah" dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, di sini malam Sabtu lalu.



Kejayaan itu melayakkan filem berkenaan menerima insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta dan trofi.

Kemenangan itu sekali gus menundukkan empat lagi finalis dalam kategori sama iaitu Soloz: Game of Live, Takluk: Lahad Datu, Reversi serta Blood Brothers: Bara Naga.

Selain itu, Babah turut memenangi trofi lakon layar terbaik, Cerita Asal Terbaik dan pengarahnya, Mohd Shah Faizul Ibrahim pula menggondol trofi Pengarah Harapan.



Sementara itu, filem yang turut memberi saingan sengit iaitu Blood Brothers: Bara Naga juga memenangi enam kategori iaitu Anugerah Khas Filem Box Office, Lagu Tema Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Sinematografi Terbaik, Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Dua filem iaitu Ejen Ali The Movie 2 dan Takluk: Lahad Datu menerima Anugerah Khas Juri manakala produksi FFM34 menganugerahkan pelakon veteran, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar trofi Khas Sepanjang Zaman.

Bertemakan "Karya Kreatif, Sinema Dinamik”, setiap pemenang FFM34 menerima wang tunai RM5,000 dan trofi, manakala pemenang Anugerah Khas menerima RM10,000 dan trofi.

Senarai Penuh Pemenang FFM 34

Filem Terbaik : Babah
Pengarah Terbaik : Syafiq Yusof & Abhilash Chandra (Blood Brothers : Bara Naga)
Pelakon Lelaki Terbaik : Qi Razali (Babah)
Pelakon Wanita Terbaik : Sweet Qismina (Babah)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Syafiq Kyle & Syazwan Zulkifly (Blood Brothers : Bara Naga) 
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Ellie Suriaty (Telaga Suriram)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik : Puteri Rafasya (Telaga Suriram)
Pengarah Harapan : Shah Faizul (Babah)
Pelakon Lelaki Harapan : Amir Ahnaf (Kahar : Kapla High Council)
Pelakon Wanita Harapan : Michelle Lungan (Tegkang)
Aksi Dan Lagak Ngeri Terbaik : Ubbaidillah Amirzan (Blood Brothers : Baga Naga)
Cerita Asal Terbaik : Nadia Nadzri (Babah)
Lakon Layar Terbaik : Wan Rafiq (Babah)
Sinematografi Terbaik : Nicholas Chin (Blood Brothers : Bara Naga)
Penyunting Terbaik : Ariff Aiman Azahar & co (Soloz : Game Of Life)
Penataan Bunyi Terbaik : Mohsin Othman & Technica Studios (Soloz : Game Of Life)
Penataan Seni Terbaik : Wan Zulkifli Wan Salleh (Kulit Wayang)
Kesan Khas Visual Terbaik : Jehcob & Sam (Soloz : Game Of Live)
Skor Muzik Asal Terbaik : Muhammad Zaiff Sharqil & co (Soloz : Game Of Live)
Lagu Tema Terbaik : Bara Jiwa (Blood Brothers : Bara Naga)
Tatarias/Solekan Terbaik : Ella Sandera (Takluk : Lahad Datu)
Rekaan Kostum/Busana Terbaik : Farah Syaliq (Mencari Ramlee)
Poster Terbaik : Arst (Tegkang) – Pemenang
Filem Pendek Terbaik : Rastech Worldwide Sdn. Bhd. (Saranghae)
Dokumentari Terbaik : Media Prima Berhad (Rindu Tak Berpenghujung)
Anugerah Khas Filem Box Office : Skop Productions Sdn. Bhd. (Blood Brothers : Bara Naga)
Anugerah Khas Juri 1 : Wau Animation Sdn. Bhd. & Primeworks Studios Sdn. Bhd. (Ejen Ali The Movie 2)
Anugerah Khas Juri 2 : Multimedia Film Productions Sdn. Bhd. (Takluk : Lahad Datu)
Anugerah Khas Karyawan : Hassan Muthalib
Anugerah Khas Sepanjang Zaman : Dato’ Ahmad Tamimi Siregar







0 comments: