Mencari destinasi percutian yang menarik dan unik? Nikmati pengalaman melancong yang menggembirakan hati dan mendamaikan jiwa. Lembaga Pelancongan Arab Saudi (Saudi Tourism Authority - STA) kini bersedia untuk melancarkan acara Festival Pelancongan Saudi yang bertempat di IOI City Mall, Putrajaya, dari 12 - 16 November 2025, dengan menjemput semua warga Malaysia untuk menerokai tempat-tempat menarik di Arab Saudi yang kaya dengan budaya, keindahan landskapnya di samping merebut tawaran istimewa yang eksklusif.
Acara tahun ini akan melibatkan 11 buah agensi pelancongan beserta Saudia Airlines dan Touch N' Go Digital (TNGD), di mana pelbagai pakej pelancongan hebat dan diskaun besar-besaran akan ditawarkan.
Para pengunjung Festival Pelancongan Saudi 2025 berpeluang mendapat tawaran penjimatan istimewa seperti yang telah ditetapkan:
Saudia Airlines:
• Nikmati potongan sehingga 25% untuk tambang Kelas Ekonomi dan 20% untuk Kelas Perniagaan bagi penerbangan ke Arab Saudi.
• Rebut tawaran Tambang Istimewa Riyadh — terbang ke Riyadh dari hanya RM3,200 (pergi & balik)! Tawaran masa terhad ini sah untuk tempahan yang dibuat dari 7 November 2025, untuk perjalanan sehingga 31 Januari 2026. Tertakluk pada terma dan syarat.
Touch N' Go Digital (TNGD) (e-wallet):
• Dapatkan tambahan 2% pulangan tunai untuk kesemua bayaran yang dibuat di Arab Saudi melalui terminal POS, yang meningkatkan lagi jumlah pulangan tunai sebanyak 5% (sedia ada 3% + promosi 2%). Tawaran ini akan dilancar dan dipamerkan semasa festival tersebut.
Juara Travel & Tours:
• Pelanggan yang membeli pakej Umrah+ layak untuk menyertai Cabutan Bertuah sempena Sambutan ke-25 tahun (berlangsung dari November 2025 – Jun 2026) dan berpeluang untuk membawa pulang hadiah utama seperti Axia baharu atau motosikal!
Pakej Umrah+ Baharu:
• Alami kembara merentasi AlUla, Jeddah, Taif, Aseer (termasuk Abha), dan Al Baha — yang disediakan oleh agensi pelancongan terkemuka seperti Andalusia, Ikhlas, Rayhar, Tabung Haji Travel, Mursyid Alharamain, KUJDT, Jay Ibrahim, Iman World, MKM, dan In Saff Travel.
Manfaat Pakej Umrah+:
• Nikmati rebat eksklusif, tambang keretapi laju ke Tanah Haram secara percuma, ziarah percuma, diskaun istimewa dan barangan edisi terhad. Setiap tetamu turut menerima set hadiah percuma dengan setiap pakej yang dibeli. (Sementara stok masih ada)
Kembara Merentasi Segi Tiga Emas
• Seperti yang diketahui, AlUla, Jeddah, dan Riyadh telah membentuk “Segi Tiga Emas,” namun Festival kali ini ingin membawa anda mengunjungi sebuah lagi destinasi yang memiliki keindahan semula jadi serta kaya dengan warisan budaya: Abha di Wilayah Aseer dan Al Baha. Ia mempunyai pemandangan padang pasir yang memukau, di mana pengunjung boleh merasai kehangatan aura Arab Saudi yang sungguh bertenaga.
• Abha, Wilayah Aseer: Pergunungan Hijau
o Dikenali sebagai “Mutiara Hijau,” Abha adalah percutian meneroka gunung-ganang yang menyegarkan. Susuri taman-taman indah yang subur, tebing-tebing yang dramatik, dan perkampungan batu bersejarah seperti Rijal Almaa. Iklimnya yang lebih sejuk amat sesuai untuk aktiviti mendaki, pengembaraan luar, dan mengenali tentang kebudayaan Arab Selatan yang autentik.
• Al Baha: Bayu dan Sejarah
o Tersergam tinggi di Pergunungan Sarawat, Al Baha lebih dikenali dengan kabus tebalnya, menara kawalan bersejarah, dan seni bina batu purba. Ia merupakan gerbang menuju ke Pergunungan Tharwan yang indah serta kampung tua berabad usianya seperti Dhee Ayn. Wilayah ini mengajak pengunjung mengenali dengan lebih mendalam tentang warisan pergunungan Arab Saudi, sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan dengan cuaca yang sederhana.
Terokai Program "Winter is Alive" Arab Saudi
Festival Pelancongan Saudi 2025 adalah permulaan untuk anda melalui kembara kerohanian yang epik atau keseronokan yang santai, yang boleh dinikmati melalui program "Winter is Alive" Arab Saudi. Program ini menyediakan kepelbagaian acara bertaraf dunia di bandar-bandar Arab Saudi bermula sekarang sehingga akhir musim sejuk. Jangan lepaskan tawaran penjimatan eksklusif ini dan alami detik-detik meriangkan, serta alami kehangatan percutian ke Arab Saudi di musim terbaik ini.
Riyadh: Pusat Kebudayaan dan hiburan
• Nikmati keseronokan musim Kurma Otaiqah untuk keenakan rasa premium kurma dan kenali asal usul warisannya, berlangsung sekarang hingga 30 November.
• Kunjungi Pameran Arkib Lambang Arab Saudi di Istana Al Masmak sehingga 21 November untuk mengetahui kisah di sebalik lambang kebangsaan Arab Saudi.
• Tarikan dalam zon Ekspo Musim Riyadh termasuklah:
o Pameran rangka tulang dinosaur di Olulou, Boulevard City (sehingga 8 Disember).
o Boulevard World diinspirasikan oleh budaya global (sehingga 2 Mei).
o Pengalaman menyeramkan di The Midnight Manor (sehingga 2 Mei).
o Ekspo Continuum '25 yang mempamerkan karya seni digital inovatif (sehingga 14 Disember).
Diriyah: Tempat bersejarah yang menggabungkan sejarah dengan kesenian moden dan sajian lazat:
• Daerah At-Turaif: Ketahui kisah Negara Arab Saudi yang Pertama di Tapak Warisan Dunia UNESCO ini melalui pelbagai program kebudayaan yang dianjurkan.
• Lembah Bujairi: Alami pengalaman warisan budaya yang unik, alunan muzik secara langsung, dan selusuri pelbagai kedai cenderamata yang dihiasi dengan pemandangan memukau tempat asal Negara Arab Saudi yang Pertama.
• Daerah JAX: Terokai hab kreatif yang menampilkan seni kontemporari, pameran antarabangsa, serta saksikan bakat tempatan dalam suasana ceria yang kaya dengan inovasi dan kreativiti.
Laut Merah: Pengalaman sukan air dan pelayaran yang menyeronokkan
• Luncur Angin: Menyusuri samudera yang biru kehijauan semasa belayar dan meluncur ombak.
• Pengembaraan E-Foil yang Menyeronokkan: Alami keriangan meluncur di atas air dengan e-foil yang dikawal secara elektrikal.
• Berkayak: Hayati keindahan alam semula jadi di perairan yang tenang, di mana elemen penerokaan, kedamaian, dan kecergasan digabungkan.
• Pelayaran: Kuasai cara mengemudi ketepatan bot getah (dinghy) atau kepantasan katamaran (catamaran) dalam pengembaraan menggunakan kuasa angin.
Hail & Qassim: Sejarah dan keaslian di dalam jantung hati negara
• Hail: Temui sejarah dan budaya di mercu tanda ini sehingga akhir musim sejuk
o Istana Airef: Kunjungi kubu bersejarah yang dibina pada tahun 1840 di Gunung A’arif, untuk pelajari warisan asli sambil menikmati panorama yang menakjubkan.
o Al Adham: Saksikan Qumra yang menyinari gunung Al Adham di samping irama mengasyikkan, warisan budaya, dan pertunjukan kuda yang mengagumkan.
• Qassim: Terokai seni bina bersejarah serta oasis semula jadi sehingga akhir musim sejuk.
o Rumah Warisan Al Bassam: Saksikan keindahan pertukangan tangan Najdi yang dapat dilihat di dewan, taman, dan pada asal usul kehidupannya.
o Palms Avenue: Susuri di lebih daripada 700 ladang kurma bersejarah yang turut menyediakan kafe dan restoran, dalam suasana yang tenang dan mendamaikan.
Dengan tawaran hebat yang diberikan untuk penerbangan, ganjaran tunai yang tiada tandingan, serta kalendar acara yang padat dengan aktiviti menarik, Festival Pelancongan Saudi 2025 adalah titik permulaan terbaik untuk kembara rohani atau percutian yang santai! Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan penjimatan eksklusif dan merasai kehangatan tenaga serta keunikan Arab Saudi semasa dalam musimnya yang terbaik.
Festival Pelancongan Saudi 2025 akan berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya, dari 12-16 November 2025.








0 comments: