Anugerah Skrin 2011 Suram | Dunia Penuh Gosip

Anugerah Skrin 2011 Suram

Tamat sudah satu majlis anugerah yg di banggakan sehingga di umumkan anugerah paling berprestig di Asia Tenggara dan juga dunia kata pengacaranyalah. Tapi bila tunggu sehingga ke penamat majlis masih terlalu byk yg perlu diperbaiki. Kalau nak di ikutkan majlis anugerah ini adalah sebuah majlis yg dah bertahun2 di anjurkan oleh sebuah siaran TV yg memang cukup terkenal dengan majlis anugerah yg gempak dan terbaik.

Tapi apa yg terjadi kepada Anugerah Skrin 2011 adalah sesuatu yg sangat memalukan kepada sebuah stesen tv itu. Ini keran terlalu byk kelemahan yg terserlah pada majlis anugerah bukan sahaja daripada pengacara malah juga kepada persiapan serta susunan persembahan masih lemah. Paling ketara apabila nak penyampai masih kaku dan juga kesilapan menggunakan iPad untuk membaca pemenang. Tahu niat penganjur anugerah itu nak jadi yg pertama menggunakan teknologi dalam penyampaian, tapi adakah persiapan meraka betul2 telah lengkap dan juga rapi.

Sedih lagi apabila gabungan pengacara juga tidak nampak serasi. Nak kata kurang latihan mungkin tidak juga pastinya pemilihan sudah lebih daripada sebulan untuk latihan. Tapi mungkin tak ada keserasian antara meraka nampak sgt Ally mengusai semua pementasan pada mlm itu. Respek pada Ally kerana beliau tetap maintain segalanya. 

Ini blog gosip dan juga segala pendapat dtg dari tuan blog. Meluahkan segala pendapat serta ketidak tentuan yg ada dalam dunia artis tempatan. Harap tiada yg marah ok. 

0 comments: