Jozan Akhiri Kemarau Juara Maharaja Lawak Mega 2012 | Dunia Penuh Gosip

Jozan Akhiri Kemarau Juara Maharaja Lawak Mega 2012

Setelah berminggu-minggu kedudukan mereka berada di atas dengan undian tertinggi akhirnya Jozan di tabalkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2012 yg telah berlangsung pada 18 January di Stadium Tertutup MBJB. Kumpulan yg terhasil daripada gabungan dua peserta yg bukan juara di Raja Lawak musim pertama dulu membuktikan kekalahan bukan lah penamat segalanya. Terus berusaha walaupun terpaksa beraksi sorang apabila Johan mengalami kecederaan di kaki dan terpaksa menjalani pembedahan dan berehat di rumah tidak mematahkan semangat Jozan.


Pernah tewas di dalam aksi Maharaja Lawak tahun 2010 dengan kumpulan Sepah menjadikan mereka terus berusaha dalam mencari lawak berkualiti dan menarik minat penonton sekalian. Kini pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 menjadi milik mereka. Memenangi wang tunai RM500 ribu dan juga trofi bukanlah nilai yg sebenar tapi kepuasaan kepada persembahan menghiburkan peminat di seluruh Malaysia. Hampir juga tewas dalam minggu2 yg sudah kerana persembahan yg agak hambar membuatkan mereka lebih tekun berusaha untuk mengekalkan kedudukan juara.


Tahniah kepada Jozan kerana bukan sahaja populariti tapi bakat mereka meletakkan mereke di tempat yg sepatutnya mereka berada sekrang. Siapa bakal menggugat kedudukan Jozan sekrang mungkin akan dtg. Namun tahniah juga kepada tempat kedua milik Jambu yg juga penuh dengan lawak tidak di duga. Tempat ke tiga milik Shiro satu lagi kumpulan baru yg baru bertahtih tapi telah berjaya menempatkan tempat di antara pelawak2 lagend. Tempat ke empat milik Boboi dan ke lima SayWho dari Indonesia.


0 comments: