Johan Tewas Kali Kedua, Jep Terus Meningkat Dalam Super Spontan | Dunia Penuh Gosip

Johan Tewas Kali Kedua, Jep Terus Meningkat Dalam Super Spontan

Tahniah kepada Jep Sephatu kerana telah membuktikan bahawa usaha keras dan juga ketabahan dalam dunia lawak mampu merubah kedudukan sesorang. Ini terbukti setelah Jep telah berjaya menjadi juara Super Spontan 2 dengan menewaskan 5 lagi peserta lain. Lagi manis buat Jep ia adalah kemenangan kedua beliau tahun ini melalui undian penonton dimana sebelum ini Jep pernah memenangi anugerah Pelawak Lelaki Pilihan di Anugerah Lawak Warna.

Jep sebelum ini lebih di kenali dalam kumpulan Sepah dan telah di tukar kepada Sepahtu kerana ketiadaan Mamat. Kini Jep lebih senang untuk bergerak sendiri dalam semua program lawak di Astro dan lawaknya lebih segar dan bersahaja. Tahniah sekali lagi buat Jep atas kejayaan di Super Spontan dan melayakan Jep untuk memenangi wang tunai RM100,000 dan juga trofi dan kereta.


Namun berita kurang senang buat Johan yg tewas buat kali kedua dalam Super Spontan. Pada musim pertama Johan di kalahkan oleh Zizan dan untuk musim kedua di tewaskan pula oleh Jep. Adakah ini petanda bahawa lawak Johan tidak berkuali atau penonton sudah bosan dengan lawak Johan. Mingkun perlu kepada perubahan agak nama Johan tak tenggelam dalam industri lawak ini. Atau Johan makin hilang taring kerana telah tidak bergabung dalam Jozan lagi.

Penonton makin berani dan makin tahu dimana pilihan mereka dan ia adalah perkara biasa dalam dunia insudtri hiburan ada naik bangunnya. Apa pun kita nantikan dalam Anugerah Bintang Popular menentukan siapa paling popular pilihan penonton. Tahniah kepada peserta akhir Super Spontan dan kepada penganjur kerana berjaya menghiburkan penonton.





1 ulasan:

  1. 2 kali naib johan, dah RM100,000 juga jumlahnya haha...Jep ramai peminat, kalau Zizan masuk lg rasa siapa menang..?

    BalasPadam