Undian SMS Berubah Penentu Juara AF 2013 Milik Faizul | Dunia Penuh Gosip

Undian SMS Berubah Penentu Juara AF 2013 Milik Faizul

Berakhir sudah sebuah lagi program realiti yg kembali di Astro, Akademi Fantasia 2013. Menampilkan 6 peserta akhir Faizul, Amira, Indah, Nabila, Aisyah dan kemasukan semula Azheal setelah tersingkir pada minggu separuh akhir. Debaran peminat siapa bakal juara telah di ketahui secara langsung di Astri Ria dan juga penonton Stadium Negara Kuala Lumpur. 


Siapa sangka penternak kambing ini begelar juara AF2013 kerana sebelum ini nama Faizul tidak pernah berada di kedudukan tempat pertama atau kedua. Selalu berada pada kedudukan selamat dan tidak pernah juga berada pada kedudukan bawah sekali. Mungkin merendah diri dan terlalu lurus menjadikan anak muda berusia 25 tahun ini menjadi pilihan penonton pada konsert akhir.

Ramai menyangka bahawa Azheal yg menerima Anugerah Buzz pada malam itu kerana pengikut yang ramai di Facebook, Twitter dan Instagram sebagai juara. Namun undian penonton adalah segalanya dan juga ia sungguh mengejutkan. Namun mengikut persembahan pada malam akhir itu menonjolkan kehebatan Faizul dengan dua lagu yang di sampaikan iaitu Hanyut dan juga lagu baru Sepasang Sayap.

Tahniah kepada semua pelajar AF2013 kerana anda telah begelar artis dan kini telah masuk dunia hiburan sebenar. Tahniah juga kepada Inspire dan juga barisan tenaga pengajar yg telah berjaya melatih pelajar2 AF2013 ini dengan teknik dan kehidupan dunia hiburan sebenar. Moga kelahiran Faizul sebagai juara AF2013 menjadi penyeri dalam dunia hiburan tanahair yg dahagakan bakat2 baru yang hebat.







0 comments: