Dayang Juara Ceria Popstar 2015 Anak Didik Stacy | Dunia Penuh Gosip

Dayang Juara Ceria Popstar 2015 Anak Didik Stacy

Program nyanyian realiti kanak-kanak yang telah berlangsung selama 7 minggu di Astro Ceria kini telah sampai ke kemuncak. Pada malam 13 Jun 2015 secara langsung di Astro Ceria dan Studio 1, Astro Bukit Jalil yang telah di jurikan oleh barisan juri profesional iaitu Dato AC Mizal, Johan, Zizan Razak dan juri jemputan Ziana Zain.

Dayang Izyan Zawanie Iraril Juara Ceria Popstar 2015

Dayang atau nama sebenarnya Dayang Izyan Zawanie Iraril, 15, membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM20,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro. Dalam konsert akhir itu, Dayang telah menyampaikan lagu berjudul ‘Terbaik Bagimu’ nyanyian asal Dato’ Siti Nurhaliza bagi pusingan pertama manakala pada pusingan kedua adalah lagu ‘Diam Diam’ yang merupakan lagu barunya sendiri. 


Sementara itu, naib juara pula dimenangi oleh Zack, 13, yang membawakan lagu berjudul ‘Nur Nilam Sari’ dan sebuah lagu baru iaitu ‘Cik Adik Cik Abang’. Peserta dari Sabah itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat ketiga dimenangi oleh Fikry dan keempat iaitu Vanessa masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi. Acara ini dihoskan oleh Nabil Ahmad dan turut dimeriahkan dengan persembahan Aweera, Black, Fiq, Firman AF2014 dan kumpulan Mojo.







0 comments: