Yus Jambu Meninggal Dunia Mengejutkan Semua Peminat | Dunia Penuh Gosip

Yus Jambu Meninggal Dunia Mengejutkan Semua Peminat

Berita yang sangat mengejutkan pagi ini apabila melihat ramai orang memuat naik status pemergian pelawak yang popular dari kumpulan Jambu yang lebih di kenali sebagai PakYus atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo. Melalui laman instagram rakan sekumpulan beliau Taukeh yang memuat naik status seperti di bawah.


Allahyarham disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang setelah sesak nafas pulang daripada satu majlis di Dataran Merdeka malam tadi. Kehilangan ini adalah satu yang sangat2 menyedihkan buat industri hiburan dan lawak tanahair. Anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini memulakan kerjaya seni dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum mula menempah nama dalam bidang komedi tanah air apabila diumumkan juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.

Sama2 kita mendoakan untuk arwah moga roh Allahyarham di tempatkan dalam golongan orang2 yang beriman dan juga di cucuri rahmat olehNya. Selepas ini tiada lagi kumpulan Jambu dan apakah nasib yang terjadi kepada kumpulan Kobis Pedas dalam rancangan Juara Parodi yang turut di sertai Allahyarham bersama dengan penyanyi Misha Omar. Sama2 kita doakan terbaik untuk mereka. Amin.





0 comments: