Rezeki Mazleen Juara Kilauan Emas 2025 | Dunia Penuh Gosip

Rezeki Mazleen Juara Kilauan Emas 2025

Rezeki Penyanyi Pancaragam Askar Timbalan Setia Negeri Johor, Mazleen dinobatkan sebagai juara Kilauan Emas 2025. Sekali gus membawa pulang wang tunai RM30,000 dan trofi.



Mazleen menyampaikan lagu Bertamu Di Kalbu nyanyian asal Jaclyn Victor.  Untuk persembahan kedua pula, Mazleen mempersembahkan lagu duet bersama Arip KE4 berjudul Naluri Cinta nyanyian asal Rohana Jalil dan To’ki.

Peserta berusia 45 tahun dari Kluang, Johor itu berjaya mengalahkan finalis lain iaitu Zekrai, Nawary, Zanie, Ezan dan Majid.

Naib juara pula menjadi milik Zekrai yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi sumbangan Astro, pakej percutian tiga hari dua malam ke Bali, Indonesia sumbangan Amartrips.com.

Manakala tempat ketiga milik Nawary melayakkannya menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,000, beserta trofi sumbangan Astro, pakej percutian tiga hari dua malam ke Danang, Vietnam sumbangan Amartrips.com.

Sementara itu, Zanie pula dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat, Ezan pemilik tempat kelima dan Majid di tempat keenam.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Majid juga diumumkan sebagai penerima Anugerah Emas Berkilau of The Week. Pemenang cabaran 30 Hari Nestle Omega Gold dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 5,000 dimenangi oleh Ezan yang berjaya menurunkan tahap kolestrol paling banyak.









0 comments: