Bintang RTM Kembali Dengan Juara Baru 2016 Rosario Dari Sabah | Dunia Penuh Gosip

Bintang RTM Kembali Dengan Juara Baru 2016 Rosario Dari Sabah

Peserta kelahiran negeri Sabah, Rosario Ninih Chamini Bianis, 21, muncul sebagai juara pertandingan akhir Bintang RTM 2016 (BRTM) 2016 pada pertandingan yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini, Sabtu. Dengan kemenangan tersebut melayakkan Rosario berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 dan pakej percutian ke Korea selama lima hari dan empat malam.


Rosario turut membawa pulang trofi Vokal Terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000. Pada peringkat akhir itu, Rosario menyampaikan lagu nyanyian asal Leona Lewis berjudul Run pada segmen solo dan Beribu Sesalan duet bersama bekas juara BRTM 2009 iaitu Ernie.

Enam juri profesional yang mengadili BRTM 2016 ialah Datuk Mokhzani Ismail (ketua juri), Edrie Hashim, Helen Yap, Fauziah Latiff dan Ajai.Penyampai radio Nasional FM, Muazanazzudin Mohamed (Muaz) dan pelakon Amyra Rosli bertindak sebagai pengacara pada malam itu. Pertandingan itu turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada Ramlah Ram, Rohana Jalil, Noraniza Idris, Lan Kristal dan Dia Fadilla. BRTM 2016 turut disiarkan secara langsung menerusi TV2 pada pukul 9 malam.


Bak kat orang "Rezeki Tak Kemana" dengar cerita pula Rosario juga telah dilamar oleh komposer terkenal iaitu Ajai untuk menjadi artis rakaman di bawah syarikatnya. Ini adalah peluang besar buat juara baru itu untuk mengekalkan kareer dan namanya dalam persada dunia nyanyian di Malaysia. 






0 comments: