Jun Dari Sabah Juara Ceria Popstar Musim Ke 4 Tahniah | Dunia Penuh Gosip

Jun Dari Sabah Juara Ceria Popstar Musim Ke 4 Tahniah

Berakhirnya program realiti nyanyian untuk kanak-kanak Ceria PopStar secara langsung semalam di Astro Ceria dan Astro Maya HD. Tahniah buat anak watan dari Sabah Jun atau Junaidah yang mendendangkan lagu "Sesal Separuh Nyawa" dan lagu pusingan battle "Bahtera Merdeka". Jun berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000 dan juga trofi. Selain itu juga Jun turut di nobatkan sebagai Bintang Paling Cilik pada malam itu setelah menerima undian SMS paling tinggi sepanjang program.


Dengan kemenangan itu Jun sekali lagi bawa pulang wang tunai RM3,000 dan juga trofi dari Dato Seri Vida. Tempat kedua pula milik Rezza yang membawa pulang wang Tunai RM15,000 dan juga trofi. Manakala tempat ketiga milik Aniq yang membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi. Tempat keempat milik Hazmil yang membawa pulang wang tunai RM3,000 dan trofi.

Kesemua peserta diadili 50% melalui 3 juri tetap iaitu Awie, Dato Siti Nurhaliza dan Zizan Razak. Juga 50% daripada undian SMS yang di hantar oleh penonton. Kemudian dua peserta yang mendapat markah tertinggi akan ke pusingan Battle yang juga menyampaikan satu lagu pilihan juri. Di peringkat battle pemenang di tentukan oleh barisan juri. Jun yang di latih oleh cikgunya Black berjaya membuktikan kehebatan vokalnya dengan dua2 lagu nyanyian beliau.

Tahniah kepada Astro kerana sekali lagi berjaya melahirkan bintang kecil yang bukan sahaja pandai menyanyi tapi pintar. Moga lepas ini akan lebih ramai lagi penyanyi cilik yang akan keluar dan kemudian diberi peluang untuk berada dalam industri agar lebih meriah lagi. Juga mereka diberi peluang untuk buat lagu dan album sendiri. Tahniah semua pemenang. 









0 comments: