Nyanyian Dan Gelekan Fitri Menobatkannya Juara Dangdut Star Musim Pertama | Dunia Penuh Gosip

Nyanyian Dan Gelekan Fitri Menobatkannya Juara Dangdut Star Musim Pertama

Program mencari bakat waris dangdut Malaysia yang pertama telah melabuhkan tirainya semalam setelah berakhir konsert akhir Dangdut Star. Program berlangsung di Dewan CIDB disiarkan di Astro Prima dan juga Astro Maya HD. Konsert akhir menyaksikan semua 4 peserta menyampaikan 2 buah lagu.


Dari 10 peserta pada peringkat awal kini 4 sahaja yang bersaing di peringkat akhir iaitu Jiwa, Fitri, Elda dan Roger. Namun tuah memihak juga kepada Fitri yang di nobatkan sebagai juara sulung program ini. Fitri membawa pulang wang tunai RM50 ribu dan pakej percutian ker Sydney juga trofi khas Dangdut Star. 


Tempat kedua pula milik Elda yang membawa pulang wang tunai RM20 ribu percutian ke Korea dan juga trofi. Tempat ketiga pula milik Jiwa yang berjaya membawa pulang wang tunai RM15 ribu dan percutian ke Bali serta trofi. Di tempat ke empat milik Roger membawa pulang wang tunai RM10 ribu dan trofi.

Program pada malam akhir itu di adili oleh 2 juri tetap iaitu Mas Idayu dan Pak Ngah juga 2 juri khas iaitu Amelina dan juga Edry KRU. Pada malam itu juga dimeriahkan oleh persembahan Siti Nurdiana dan juga Amelina. Tahniah kepada semua peserta dan juga pemenang juga harap program ini menghidupkan semula industri Dangdut di Malaysia.






0 comments: