Keliru Ingat Dato Siti Nurhaliza Juara Gegar Vaganza 3 | Dunia Penuh Gosip

Keliru Ingat Dato Siti Nurhaliza Juara Gegar Vaganza 3

Malam tadi dapat tonton secara langsung program paling drama tahun ini iaitu apa lagi kalau bukan Gegar Vaganza 3. Siaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam dan juga Astro Ria dan Ria HD. Diacarakan oleh pengacara yang popular Nabil Ahmad dan Jihan Muse tak kerign gusi malam tadi gelak tengok telatah mereka.

6 peserta akhir yang bertanding merebut gelaran juara pada malam itu. Azharina memang telah diramalkan menjadi juara pada malam itu dan ianya ternyata benar. Azharina membawa pulang wang tunai RM100,000, tanah lot banglo, barang kemas, pakej percutian ker Itali, voucher GoShop, rakaman lagu single terbaru dan juga trofi GV. 


Beliau menewaskan Siti Sarah yang mendapat tempat kedua dan Zarul tempat ke tiga. Tapi Siti Sarah juga dipilih peminat menerima anugerah persembahan terbaik pilihan penonton yang membawa pulang wang tunai RM5000. Tempat keempat pula adalah milik Ameng, kelima milik Intan Sarafina dan yang terakhir milik Gmie.

Tapi semua itu tidak mampu menewaskan persembahan mantap dan hebat dari penyanyi no 1 Malaysia siapa lagi kalau bukan Dato Siti Nurhaliza. Tok Ti memukau semua penonton di auditorium dan juga di rumah dengan persembahan medlay 3 buah lagu beliau iaitu Kau Kekasihku, Dialah Dihati, dan Balqis

Persembahan pada malam itu mendapat pujian semua penonton dan juga ramai netizen memuji kehebatan vokal artis paling banyak menang anugerah ini. Ternyata kehebatan Tok Ti tiada ganti dan jangan lupa saksikan konsert Dato Siti Nurhaliza And Friend di Astro Ria pada 11 Disember ini.






0 comments: