Only One With Irwan Program Buat Bicara Baru Di TV AlHijrah | Dunia Penuh Gosip

Only One With Irwan Program Buat Bicara Baru Di TV AlHijrah

Buat pertama kalinya kita akan lihat Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia, YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah akan menghoskan sebuah rancangan bual bicara terbaru terbitan TV AlHijrah, bertajuk #OnlyOneWithIrwan (OOWI).

#OnlyOneWithIrwan (OOWI) adalah rancangan bual bicara lewat malam yang akan disiarkan pada setiap Sabtu, jam 11 malam, bermula 19 Ogos 2017 ini. #OnlyOneWithIrwan (OOWI) akan disiarkan sebanyak 8 episod siaran.


Walau pertama kali mengendalikan rancangan seumpamanya, Tan Sri Irwan dengan ‘trade mark’ kasut merah tampil selesa dengan gaya dan caranya yang tersendiri dalam mengendalikan bual bicara lewat malam ini.

Menerusi #OnlyOneWithIrwan (OOWI), penonton berpeluang untuk mendengar dan berkongsi kisah-kisah kejayaan yang dilakar oleh tokoh-tokoh jemputan secara santai namun memberikan insprasi yang besar.


Antara nama-nama besar yang akan bersama Tan Sri Irwan bagi memeriahkan #OnlyOneWithIrwan (OOWI) adalah YB Khairi Jamaludin, Dato’ Seri Asyraf Wajdi, Afdlin Shauki, Irfan Kahiri, Puteri Zarith Sofea dan beberapa nama lain.

Dipersembahkan secara santai dengan persembahan muzik yang mendamaikan, para penonton di studio berpeluang untuk berkomunikasi secara dua hala bersama Tan Sri Irwan dan juga tetamu jemputan setiap minggu.


Menariknya, episod pengenalan yang telah ditayangkan Sabtu, 19 Ogos 2017 lalu membawakan tokoh yang dikenali dengan tagline “tall, dark and handsome” YB Khairi Jamaludin yang akan berkongsi kisah anak muda dan aspirasi 111 Emas untuk bergelar juara Sukan Sea KL2017. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan rancangan #OnlyOneWithIrwan (OOWI) hanya di TV AlHijrah.





1 ulasan: