Yuna Sah Sudah Bertunang Dengan Adam | Dunia Penuh Gosip

Yuna Sah Sudah Bertunang Dengan Adam

Akhirnya spekulasi mengenai pertunangan Yuna dengan Adam Sinclair yang juga adik kepada pelakon Ashraf Sinclair terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan mengenai perkara itu pada Sabtu lalu.


Yuna atau Yunalis Datuk Mat Zara'ai, 31, menerusi kenyataan akhbar memberitahu pertunangannya dengan Adam berlangsung di kediaman ibu-bapanya di Shah Alam dan hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat sahaja.

Keluarga Adam atau Adam Yousof Mohamed Sinclair, 33, terdahulu merisik Yuna pada 27 Mac lalu. Ibu Adam, Khadijah Abdul Rahman menyarungkan cincin ke jari Yuna.

Bercakap mengenai perkenalan mereka, Yuna berkata dia mula mengenali Adam yang juga seorang pengarah di set rakaman untuk iklan televisyen pada awal tahun 2013.

Pada awalnya kata Yuna, hubungan mereka sekadar teman biasa namun semakin rapat dan mula merancang dengan lebih serius untuk berkahwin.

Sementara itu, Yuna turut menyifatkan ikatan pertunangan itu adalah sebagai langkah pertama mereka untuk hidup bersama dan bersyukur dipertemukan dengan seorang lelaki yang penyayang dan baik hati seperti Adam.





0 comments: