Minggu Suku Akhir Terakhir Buat Indah Tersingkir AF Megastar | Dunia Penuh Gosip

Minggu Suku Akhir Terakhir Buat Indah Tersingkir AF Megastar

Diam tak diam dah sampai ke minggu suku akhir program Akademi Fantasia Megastar kali ini. Tinggal lagi 1 konsert minggu depan separuh akhir sebelum paserta layak bertanding peringkat akhir. Tak tahu berapa peserta yang ada ke peringkat akhir nanti adakah 6,5,4 atau 3 atau juga 2 orang peserta sahaja. Pastinya saingan makin sengit dan makin hebat semua peserta buat yang terbaik.


Namun bukan rezeki buat peserta Indah Ruhaila minggu suku akhir ini kerana beliau menjadi peserta seterusnya yang tersingkir. Menyanyikan lagu biduanita Saloma nampak tidak menjadi buat Indah. Dua lagi peserta yang mendapat bottom 3 adalah Syamel dan juga Shahir. Bagaikan satu kejutan buat peminat apabila nama Syamel disebut bottom 3. 

Tapi memang ada tidak kena pada persembahan Syamel yang menyampaikan lagi Ahmad Jais. Tapi ada beberapa persembahan hebat seperti Idayu, Amir J dan juga Bob memukau ramai juri dan penonton. Kuasa masih ditangan juri dan penonton hanya 40% sahaja.

Nantikan minggu depan siapa pula bakal tersingkir minggu separuh akhir dan siapa bakal beraksi di konsert akhir AF Megastar nanti. Saksikan secara langsung minggu depan Ahad, jam 9 malam hanya di Astro Ria dan Ria HD.





0 comments: